10-Balik

4K 122 6
                                    

"Syed.",panggil Ain sambil melihat ke arah wajah Syed.Kening Syed terangkat.

"Ya?"

"Aku lapar....",rengek Ain sebelum mencebikkan bibirnya dan mata dikelipkan beberapa kali.Mulut Syed ternganga melihat reaksi Ain.

"Syed...",rengek Ain lagi dan kakinya digoyangkan dengan geram.Dahi Syed pula berkerut.

"Ha ye ye.Tapi jangan buat macam tu lagi.",Syed bangun dari baring lalu rambut diraupkan.Ain terpinga-pinga.

"Haa...buat apa..?",soal Ain dengan nada yang rendah.Syed yang telah menutup televisyen dengan menggunakan remote terkedu apabila mendengar nada suara Ain yang sudah berubah.

Perut Ain mula mengeluarkan bunyi kerana teramat lapar.Ain menjilat bibirnya sekejap bagi mengelakkan bibirnya menjadi kering.

"Cepat lah,Syed...",rengek Ain dengan dahi yang berkerut.

Syed tersedar lalu kepala digelengkan.

Habis kau,Syed.Habislahh.

Sabar wey.Sabar!

Syed berdehem dengan kuat sebelum menelan air liurnya yang berasa kesat.Dia terimbas kembali memorinya dengan Ain di awal perkahwinan.

"Kalau Ain lapar,dia akan bermanja.",gumam Syed.

"Dulu,aku boleh tahan."

"Tapi sekarang..."

Ain yang sedang menjuihkan bibirnya dikerling sekilas oleh Syed.

Fish.

"K-Kau pergi bersiap sekarang.Aku tunggu dekat dalam kereta.",arah Syed sebelum meninggalkan Ain dengan segera.

"Okay!",Ain terus bergerak ke dalam biliknya untuk menukar pakaian dan memakai tudung yang sesuai.

Syed yang telah berada di dalam kereta mengambil nafas dan menghembus nafas dengan perlahan.Matanya dipejamkan untuk menahan sabar.

"Ngekngok lah kau,Syed.Dia jadi macam tu pun..kau dah--",kata-katanya terhenti.Dia terus mengemam bibirnya supaya perkataan yang tidak senonoh terkeluar.

Tiba-tiba,pintu kereta di bahagian pemandu dibuka dari luar.Pandangan Syed teralih ke kanan.

"Syed,kau nak suruh aku ambil telefon kau tak?",soal Ain dengan polos.Mata Syed terkelip-kelip apabila mindanya membayangkan perkara yang negatif.

"Abang!",panggil Ain dengan geram tanpa dia sedar akan nama panggilan yang disebut olehnya.Syed tersentak.

"Ya ya.Abang--eh tak! Sayang tolong ambil jap.",arah Syed dengan tergagap-gagap.Ain tergelak perlahan sebelum melangkah masuk ke dalm rumah untuk mengambil telefon Syed.

"Tolong ambil wallet Abang kat dalam bilik!",jerit Syed sebelum cuba menenangkan debaran di dada.Tangannya mengusap perlahan dadanya yang berlapik baju itu.

"Dah lama aku tak rasa berdebar macam ni.",senyuman terlakar di bibir Syed.

AIN mengangkat kedua-dua bahunya setelah melihat karenah Syed yang tiba-tiba berubah.Telefon Syed dicari di ruang tamu.Dia terus mencapai telefon Syed yang berada di atas sofa.

Kakinya pula melangkah ke dalam bilik Syed untuk mengambil wallet Syed.Tiba-tiba,telefon Syed berdering dengan kuat.

Langkahnya terhenti.Paparan telefon Syed dilihat dengan lama.

Baby Naza is calling...

Air liurnya terasa lekat di kerongkong.Ain terus berasa tiada mood untuk keluar dari rumah.Bibir digigit perlahan lalu panggilan diangkat.

"Abang...balik lah...Naza rindu Abang...",rayu Nazatul setelah panggilannya diangkat.Ain terkedu kerana suara Nazatul teramat serak.

"Naza sakit? Kiranya Syed...kena jaga Naza.Aku tak boleh jadi selfish.",desis hati Ain dengan dahi yang berkerut.

"Abang...tolonglah balik...Naza--",Nazatul mengambil nafas.

"--pregnant."

Dup!

Degupan jantung Ain terhenti.Matanya membuntang kemudian air mata terus mengalir perlahan sehingga jatuh ke lantai.Dia menahan esakkan daripada untuk tidak mengeluarkan suara.

Wallet Syed yang berada di atas katil diambil sebelum dia berlari anak keluar dari rumah.Dia menuju ke arah Syed lalu telefon dihulur.

Dia mengelakkan pandangan Syed dengan memalingkan wajahnya ke arah bertentangan.Dia berundur ke belakang dengan perlahan.Syed pula mempamerkan riak yang bingung.Paparan telefon terus dilihat.

Syed menjengukkan kepalanya keluar dari pintu kereta untuk melihat Ain yang sedang mengesat air mata yang tidak ingin berhenti mengalir.

Telefon ditekapkan pada telinganya.

"Abang balik lah..Naza pregnant,Abang.Naza mengandungkan anak Abang...",rengek Naza.

Dup!

Mata Syed terus membuntang lalu dia keluar dari keretanya.Rambut diraup dengan kasar.

"Apa,Naza?",soal Syed lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Naza pregnant!",balas Nazatul disertakan dengan tangisan.

"Allah."

"Abang...",panggil Nazatul seakan-akan merayu.

"Tunggu.Ab--",mata terpejam lama dan air liur ditelan.

"Abang teman Naza."

Nazatul menganggukkan kepalanya beberapa kali dengan laju disertakan dengan senyuman.Syed terus menutup panggilan itu.

Ain pula menstabilkan pernafasannya.Dia cuba memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan Syed.

"Pergi..balik.",ujar Ain.Syed juga turut membalas pandangan Ain.Syed terus menundukkan kepalanya sambil menggenggamkan telefonnya.

Patutkah dia berasa gembira?

"A-Abang....balik dulu.",ujar Syed dengan perlahan.Sungguh sukar bagi dia untuk tinggalkan Ain sekarang.

Tetapi....Naza.

Syed memusingkan badannya membelakangi Ain lalu pintu kereta dipegang lama dengan tangan kanan.Rahang terus diketap.

Tangan berkulit cerah yang memegang erat tangan kanannya ditenung dengan lama.Masing-masing tidak mengeluarkan suara.Hanya esakkan yang menjadikan suasana di situ tidak sunyi.

"Abang...."


Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now