BEBERAPA minggu yang lepas,
Dahi Nazatul berkerut apabila pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Dia tahu kalau gerangan tersebut bukannya suami dia kerana kunci sudah diberi.
Namun begitu, dia tetap berjalan menuju ke pintu dan tudung sempat disarung. Pintu dibuka dengan berhati-hati sambil kepalanya mengintai ke luar.
"Naza... "
Nazatul terdiam dan matanya memandang terus ke arah sebuah fail yang dipegang oleh gerangan tersebut.
" A-Abang nak sampaikan sesuatu ni. ", jelas Faris yang masih cuba mengumpul keberanian. Wajah Nazatul yang bengang itu dilihat sebelum dirinya tersenyum nipis.
Dia tahu bahawa Nazatul sangat membencinya. Sebab itu dia cuba untuk menyelesaikan masalah mereka.
Nazatul berdecit, tangan memeluk tubuh dan pintu dibuka luas.
"Tch. Naza taknak dengar la. Boleh tak, kalau Faris tak kacau Naza? Naza serabut ! ", tengking Nazatul.
Faris terkaku lalu rahang diketap kuat. Perasaan bersalah mula hadir dalam dirinya tetapi dia kembali berfikir rasional.
" Abang takkan berhenti kacau Naza selagi Abang tak betulkan kesilapan kita. ", jelas Faris dengan nada tekad.
Kening Nazatul bertaut, "Kesilapan Abang ! Bukan kesilapan kita. "
Ayat Faris dibetulkan sambil perkataan Abang ditekankan.
"Arghh ! Serabut ! ",tambah Nazatul lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ya. Silap Abang tapi Abang memang betul-betul serius nak bertanggungjawab ! Lagipun, Syed dah setuju nak ceraikan Na-- ", kata-kata Faris terhenti apabila Nazatul mengangkat tangannya sambil berkerut kehairanan.
"Jap. Jap. Syed-- setuju. Cerai? Hah? ", soal Nazatul dengan terpinga-pinga. Faris tanpa teragak-agak terus mengiyakan.
"Fail ni. Syed dah tandatangan surat cerai. Nanti Naza kena hadir dekat mahkamah. ", terang Faris.
Nazatul terkaku dan mulutnya bergerak-gerak untuk mengeluarkan kata-kata namun dia amat terkesan dengan penerangan itu.
Fikirannya mula bercelaru dan tangan ditahan pada pintu. Dia seakan-akan lupa untuk bernafas sehingga dirinya tercungap-cungap.
" Syed-- ceraikan Naza? ",gumamnya dengan perasaan sebak dan matanya mula bergenang.
Faris turut berasa kasihan tetapi dia perlu betulkan hal tersebut. Perasaan Nazatul juga harus diketepikan.
"Maafkan, Abang. ", ujar Faris dengan nada rendah. Nazatul pula menggigit hujung bibirnya untuk menahan tangisan.
Lama-kelamaan, Nazatul mula meraung dan menangis sehingga terduduk di hadapan pintu itu. Faris juga terus mencangkung lalu tanpa segan silu, badan Nazatul dipeluk.
Mujur sahaja, Nazatul tidak menolaknya. Faris pun cuba menenangkan Nazatul sambil mengusap perlahan kepala Nazatul. Selepas beberapa minit, Nazatul mula tidak sedarkan diri.
"Naza ?! "
Tanpa membuang masa, Faris mengangkat Nazatul dan dibawa ke sofa. Tudung Nazatul ingin dicabut namun dia teragak-agak.
Dia berdecit lalu tudung itu ditanggalkan. Dia cuba menyelesakan kedudukan Nazatul dan kipas angin dibuka.
Kemudian, dia terduduk di atas lantai sebelum meraup mukanya dengan kedua-dua tangan. Fail tadi dibuka dan surat cerai dilihat.
Tarikh untuk Nazatul hadir ke mahkamah ditenung. Beberapa minggu sahaja lagi, Nazatul akan berpisah dengan Syed.
Faris juga sudah merancang untuk bernikah terus dengan Nazatul secepat yang mungkin.
YOU ARE READING
Chubby 2 [COMPLETED]
RandomSambungan CHUBBY "Ain...aku tak kisah pun kalau kau kurus ke tak.Kau tak perlu bersusah payah kuruskan badan kau.",Syed mengusap rambut Ain perlahan. Ain tersenyum sambil menepis tangan Syed. "Iya...kau memang tak kisah.Tapi aku kisah." "...Sayang."...