"Naqiu tu...adik ipar Akak."
"Haaa???",Anis terkejut sambil mulutnya ternganga.
"Means.Abang Naqiu tu,suami Akak?? So,Akak dah kahwin lah ni??",tanya Anis bertubi-tubi.
Ain menganggukkan kepala,"Ya."
"Syed Afiq Daniel?"
"Ya..."
Anis terkedu sebelum membuka telefon pintarnya.Aplikasi Instagram dibuka dan IG seseorang dicari.
"Ni suami Akak?",sebuah gambar ditunjuk.
Ain terdiam melihat gambar yang ditunjuk oleh Anis.
Gambar Syed yang memeluk pinggang Nazatul dari belakang sambil tersenyum.
"Ya...dia suami Akak.",senyuman tipis diberi.
"Tapi kenapa suami Akak peluk perempuan lain?"
Ain bermain dengan jarinya lalu balasan diberi.
"Dia kahwin dua."
Mulut Anis ternganga lagi dan matanya membuntang.
"Akak.Maaf.Anis tak berniat pun na--",tangan digerakkan kerana berasa bersalah.
"Sokay Anis.Akak tak apa-apa.Akak okay je.",ujar Ain yang masih lagi tersenyum.
"Mesti susah hidup Akak kan..",simpati Anis.
"Biasa je.."
Anis menggigit bibir dengan perlahan.
"Akak.Boleh Anis nak jumpa Akak lagi?",pinta Anis.
"Boleh je."
"Nice.Nak nombor Akak.Nanti senang Anis nak contact Akak."
Nombor telefon Ain disebut satu per satu.Anis terus menyimpan nombor telefon Ain di dalam kenalannya.
"Ak--"
Deringan telefon milik Anis berbunyi dengan nyaring.
Mamat Sewel is calling...
Anis berdecit geram.
"Kacau lah.",gumam dia.Ain tersenyum kemudian tudung dibetulkan.
"Em Anis.Akak balik dulu lah ye.Lagipun dah lewat malam ni.",ujar Ain.
"Ouh okok.Hati-hati,Akak.",lambaian diberi sambil tersenyum manis.
"Anis pun hati-hati.",lambaian dibalas.
"Okay byeeee."
Setelah kelibat Ain semakin menghilang,Anis menjulingkan matanya apabila deringan telefon masih lagi berbunyi.
Panggilan diangkat dengan kasar.
"Apa?!",tengking Anis kepada 'Mamat Sewel'.
"Kalau tak nak angkat call,baik pergi campak je telefon dalam sungai!Susah sangat nak jawab panggilan aku!",tengking mamat itu juga.
"Okay!",panggilan terus ditutup.Dia menahan dirinya daripada mencampak telefon miliknya ke atas tanah.Dia melangkah ke hadapan sambil menghentakkan kaki ke tanah.
"Gile!",gumam Anis.
Telefonnya berbunyi lagi.Dia cuba untuk mengabaikan deringan itu.Tetapi masih lagi tidak berhenti.
Dia terus mencabut bateri telefonnya dengan segera.Kemudian dia menghembus nafas dengan lega.
"Kan senang."
Dia menyanyikan beberapa lagu kesukaannya dengan perlahan sambil menuju ke rumahnya.Pandangan daripada orang lain dihiraukan malah senyuman diberi kepada mereka.
Setelah 15 minit berjalan kaki,dia telah tiba di kawasan rumahnya.Tetapi dia terus duduk di hadapan pagar rumahnya apabila kelibat 'Mamat Sewel' berada di halaman rumahnya.
"Oh fish.Mati aku...",bibir digigit lalu dia berjalan itik untuk berpatah balik.
Sekarang,dia tidak boleh balik ke rumahnya.Dia harus mengelakkan diri daripada mamat tu!
Dia bercadang untuk tidur di rumah kawannya saja lalu bateri telefon dipasang.Butang ON ditekan dengan lama.
Baru sahaja dia hendak mendail nombor kawannya,telefonnya berdering dengan kuat.Dia terkejut sehingga telefonnya tercampak namun sempat disambut kembali.
Mamat Sewel is calling...
Mata terus membuntang kemudian dia menolak panggilan itu.
Sunyi.
"Anis..."
Dia memejamkan matanya dengan erat apabila namanya dipanggil dengan perlahan.Bahang yang terasa di belakangnya membuatkan dia menggigil.
Lengan kirinya terus ditarik dengan kuat oleh mamat sewel yang telah mendengar deringan telefon Anis.
"Wey! Sorry! Jangan kacau aku! Aku janji aku takkan buat lagi!"
Mamat itu mendiamkan diri sebelum menarik lengan Anis untuk melangkah masuk ke halaman rumah Anis.
Badan Anis ditolak ke hadapan pintu rumah itu.
"Bukak.",arah mamat itu kepada Anis.
Anis mendengus geram dengan perlahan kemudian dia membuka pintu rumahnnya menggunakan kunci.Kasut dibuka sebelum dia memasuki rumah itu.
Mamat itu turut masuk ke dalam rumah itu dan suis lampu dihidupkan.Dia terus membaringkan badannya ke atas sofa.
Anis masih lagi berdiri tegak di hadapan pintu yang tertutup.
"Kenapa kau datang sini?",soal Anis dengan kasar.
Mamat itu merenung Anis dengan tajam.
"Kalau kau angkat call aku,aku takkan datang sini.",balas mamat itu.
"Aku busy,kau faham tak?! Lagipun,takkan kau kena call aku setiap hari?! Aku serabut tahu tak!",tengking Anis.
"Aku call sebab perkara penting!Bukannya saja-saja!",marah mamat itu kembali.
"Apa yang penting sangat ha?! Bagitahu aku!"
"Aku kena bawa kau pergi kedai mamak depan tu.",balas lelaki itu dengan selamba.Kesabaran Anis menjadi tipis.
"Eh sial lah kau,Naqiu! Kau fikir benda tu penting sangat ke?!Anjing!"
Sunyi.
Anis terus mengemam bibirnya dengan kuat apabila Naqiu bangun dari baring.
"Aku nak kau ulang balik apa yang kau cakap tadi.",arah Naqiu dengan suara mendatar.
Badan Anis menggigil perlahan.Kemudian,dia terus berlari je arah biliknya lalu pintu bilik dikunci.Naqiu juga turut mengejar Anis.
Pintu bilik ditumbuk oleh Naqiu berkali-kali.
"Kau ulang balik apa yang kau cakap tadi!"
Anis menahan pintu biliknya daripada terbuka sambil menahan esakkan.
"Kau panggil aku sial?! Sekarang,kau kuat melawan kata-kata aku kan! Kau bukak pintu ni sekarang,perempuan!",tengking Naqiu lagi.
"Ibu Ayah...Tolong Anis.",gumam Anis.
YOU ARE READING
Chubby 2 [COMPLETED]
RandomSambungan CHUBBY "Ain...aku tak kisah pun kalau kau kurus ke tak.Kau tak perlu bersusah payah kuruskan badan kau.",Syed mengusap rambut Ain perlahan. Ain tersenyum sambil menepis tangan Syed. "Iya...kau memang tak kisah.Tapi aku kisah." "...Sayang."...