38-Epilog

4.6K 137 7
                                    

EMPAT tahun kemudian,

" Awak ? Qayyim ?", panggil Ain di dapur sambil menggaul kuah kari ayam di dalam periuk.

Sunyi.

Mulutnya berdecit geram kerana panggilannya tidak disahut. Dengan cepat, api dapur gas ditutup dan kakinya melangkah ke ruang tamu. Perutnya yang membesar itu dipegang dengan berhati-hati.

Matanya melilau ke sekeliling untuk mencari kelibat suaminya. Ain pun menangkap gelak tawa Syed dan pandangannya teralih ke arah langsir. Dua kelibat terus kelihatan di sebalik langsir tersebut. Hujung kaki mereka berdua yang terbentang luas di hadapan Ain membuatkan dirinya geli hati.

Nafas ditarik dan senyuman ditahan lalu dia berjalan menuju ke langsir dengan perlahan.

" Mana anak ibu ni ya ? Hm. Pandainya dia menyorok. Abah dia pun sama. ", ujar Ain dengan nada meleret sambil bercekak pinggang.

" Saya panggil tak menyahut. Ni kalau saya halau tidur luar pun best ni. "

Syed yang dari tadi melepaskan gelak kecil terus membekukan diri, " Oh no ! Habisla Abah, Yim "

" Kalau awak tak keluar juga, saya-- "

Dengan pantas, Syed mendukung anak lelakinya yang berumur 4 tahun itu dan berjalan ke arah Ain sambil tersenyum kekok.

" Eh, Sayang. Apa ni ugut-ugut. Tak baikkk. Kan, Qayyim kan ? ", ujar Syed lalu pipi Qayyim dicium.

" Nyaaa. Baa. ", jawab Qayyim sebelum tergelak memaparkan giginya yang tersusun rapi.

Ain mengerutkan dahi dan kening diangkat, " Awak ni kan. "

" Ye la ye la. Sorry. Abang gurau je. ", balas Syed kemudian badan Ain dipeluk dengan sebelah tangan. Ain memejamkan matanya dan bau badan Syed dibau.

" Kenapa Sayang panggil Abang tadi ? ", tambah Syed lagi sebelum menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan dengan perlahan.

" Nak minta tolong angkat lauk panas tu. Saya tak larat.. Penat. ", adu Ain dengan nada perlahan. Syed melakarkan senyuman dan ubun rambut Ain dicium.

" Laaa. Sayang penat ya. Okey okey, Abang tolong. Sayang duduk kat meja makan dulu. Biar saya hidang lauk tu. ", ujar Syed dan Ain ditarik ke meja makan kemudian Qayyim yang setia menghisap baju Syed sehingga meleleh air liur itu diletakkan di atas kerusi bayi.

Ain menongkatkan dagunya sebelum tersenyum melihat tingkah laku Syed itu.

Kerusi Qayyim ditarik rapat ke arah Ain dengan berhati-hati lalu air liur Qayyim dikesat perlahan. Syed sempat mengerling sekilas wajah Ain dan tawa dilepaskan.

" Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh hati. ", ujarnya dengan nada yakin dan kening diangkat beberapa kali. Ain pula mencebik dan menjeling.

" Elehh. Perasan. "

Tanpa banyak bunyi, Syed menghidangkan lauk-lauk yang siap dimasak oleh Ain sebentar tadi. Dalam diam, dia terkecur air liur melihat lauk yang masih panas itu.

Dia bangga dengan isterinya kerana mampu masak lagi walaupun sedang mengandung anak keduanya. Mungkin dalam masa sebulan lagi, Ain akan bersalin.

Senyuman terukir apabila dia teringat kejadian semasa Ain bersalin dahulu. Manakala Ain beriak pelik setelah melihat Syed yang tersenyum seorang diri.

" Awak ni dah kenapa ? ", tanya Ain lalu Syed terpinga-pinga sekejap.

" Hah ? "

Dahi dikerut, " Awak tu yang pergi senyum sorang-sorang dah kenapa ? ", soal Ain lagi dengan lebih terperinci.

" Ouh. Takde la... Abang cuma teringat masa awak bersalin hari tu. ", jawab Syed sebelum duduk di kerusi sebelah Ain. Sempat pipi Qayyim dicubit.

Tanpa segan silu, Ain ketawa berdekah, " Yang masa awak pengsan tu ke ? "

Syed berdecit sambil tersengih.

" Ha ah. Masa tu. Tapi tak salah pun kan. Abang cuma terkejut sebab-- Macam mana Qayyim sebesar macam tu--boleh keluar dari- "

" Ish awak ni ! Kita tengah makan kot. Janganla sebut. ", larang Ain dengan pipi yang berbahang selepas memotong kata-kata Syed. Ain pun terus menundukkan kepalanya untuk mengelakkan diri daripada pandangan Syed. Kini, suaminya itu pula yang ketawa terbahak-bahak.

" Saje je gurau. Dah dah. Makan. ", ujar Syed yang masih lagi tersengih.

Ain berdecit kasar dan tangannya laju menggaul serta menghancurkan nasi untuk disuap kepada Qayyim. Anak lelakinya tersengih sebelum mengangakan mulut. Qayyim diam sambil mengunyah nasi tersebut. Pipinya yang kembung itu bergerak-gerak beberapa kali.

Syed yang melihat perbuatan itu terus melakarkan senyuman.

" Eii. Anak Abah ni comel la. ", puji Syed lalu Qayyim meloncat kegembiraan walaupun dia tidak faham kata-kata bapanya itu.

Selepas itu, Ain termenung jauh sambil menggaul nasi dengan perlahan. Dia teringat sesuatu perkara yang membuatkan dirinya berasa sedih dan simpati.

" Awak, kalau saya nak tanya pasal anak Naza boleh tak ? ", soal Ain dan wajah Syed dilihat dengan riak serius. Syed pula mengangkat kedua-dua keningnya. Dia seperti tahu apa yang Ain ingin sampaikan.

" Boleh tak kita jaga anak Naza ? "

Diam.

Syed menghembuskan nafas dengan perlahan, " Ikut Sayang la. Abang ikutkan je. "

Lalu Ain terus melakarkan senyuman yang manis.

" Besok kita jenguk dia eah ? "

" Iyaaa. ", jawab Syed. Ain pun bangun dari duduk dan badan Syed dipeluk erat.

" Ni makin sayang ni. ", puji Ain dan Syed memaparkan riak 'betul-ke'.

Mereka berdua pun terus melepaskan tawa kecil.

Anak kedua Nazatul yang baru sahaja berumur 3 tahun kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan kini dijaga oleh ibu Nazatul. Disebabkan oleh itu, Ain ingin membantu ibu saudaranya untuk menjaga anak Nazatul itu akibat rasa simpati dan kasihan.

Empat tahun yang lepas, Nazatul keguguran akibat jatuh di atas tangga. Berbulan - bulan, Nazatul cuba menerima hakikat namun, setelah keadaannya semakin baik, Faris cuba memujuk Nazatul untuk mencuba sekali lagi.

Maka, lahirlah anak perempuan mereka yang bernama Nurul Sofiya . Tiga tahun, mereka menjaga dengan baik tetapi nasib mereka sangat malang apabila mereka ditimpa kemalangan ketika menuju ke rumah ibu Nazatul.

Disebabkan itu, Ain berhasrat untuk menjaga Sofiya sebagai anak angkatnya . Dia yakin Qayyim mampu melayani Sofiya seperti adiknya sendiri dan tidak akan mengulang kembali perbuatan Syed.

Tetapi dia... terlebih yakin ?

Maka, Chubby 2 sudah melabuhkan tirainya. Setelah sekian lama, hiatus, takde semangat nak sambung. Sunyi sepi. Hilang radar. Ni je la saya mampu siapkan. Apa-apa pun, terima kasih sebab masih setia walaupun saya ni sekejap ada, sekejap takde. Jangan risau, komen- komen awak semua saya baca sambil tersengih. Rasa bersalah pun ada sebab biarkan semua menunggu. Maafkan saya.

Zaman kegemilangan saya duk layan Wattpad masa 2018 dah hilang. Izinkan saya mengundurkan diri. Terima kasih.

- syam -

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now