FIVE

2K 193 47
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

AKU dapat rasa seseorang mengelus lembut pipiku. Juga dapat aku rasakan cecair hangat jatuh pada pipi dan tiba-tiba ada rasa sakit yang menjalar.

Malangnya, aku tidak bisa membuka mata. Untuk menyaksikan apa yang berlaku.

"Tidurlah sayang... Jangan bangun untuk masa terdekat ini, tau? Awak memang kena rehat..."

Suara serak yang seakan menangis itu makin mendodoikan aku supaya lebih selesa untuk terus terlena. Namun, aku berperang untuk berjaga! Mahu menggerakkan kelopak mata untuk melihatnya!

"Ingat sayang..." Satu kucupan lembut tepat berlabuh pada pipiku. Hangat dan cukup selesa.

"Cinta itu memang perlukan pengorbanan."

"Cinta itu harus melindungi kalau ada antara kita berdua yang disakiti."

"Dan.."

Tubuhku yang tadi terangkat kini diletakkan di atas sesuatu tempat yang kasar dan keras! Seperti di atas permukaan jalan raya. Dari jauh aku terdengar bunyi geseran tayar kereta.

"Cinta itu tak semestinya memiliki sampai hujung nyawa."

Streeett.... POM!

---

"ARGHH!!"

Akhirnya aku dapat bangun daripada pembaringan. Namun, sebaik sahaja aku melihat sekeliling, ianya cuma situasi aku berada di dalam hsopital. Masih tak berganjak aku setelah ketiadaan Jungkook tadi.

Aku menekup muka. Apa yang aku mimpikan tadi? Suara itu, aku yakin itu suara Jungkook!

Pengorbanan? Tak semestinya memiliki? Kenapa aku rasa sangat sakit seperti dilanggar sesuatu ketika sedang bermimpi? Adakah itu memori aku yang hilang? Dan..

Kenapa ada Jungkook sekali dalam mimpi itu?

"S-sayang?"

Aku toleh ke sisi. Jungkook dengan wajah yang risau bangun dan mendekatiku. "Kenapa kau jerit? Kau tak apa-apa ke? Ada rasa sakit di mana-mana?"

"A-aku..."

"Kepala tu ada rasa sakit ke? Nak aku panggil doktor? Kejap, aku pergi.."

"J-jangan pergi..." Tanganku terus sahaja menarik tangannya. Rasa takut itu merendahkan terus ego yang setinggi gunung. Buat pertama kali, aku rela menyentuhnya sekarang.

Very Hot Husband | JJKWhere stories live. Discover now