BUSHH!
Seakan baru mendapat nafas semula, seluruh tubuhku basah di simbah dengan air. Rasa pedih luka yang terkena air buatkan aku menyeringai.
"Macam mana rasanya hampir mati?"
Suara Yeonjun!
Mataku yang kabur memerhati sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak di hadapanku. Aku terketar-ketar ketakutan.
Kerana tubuhku kini tidak beralas dengan pakaian lagi! Hanya tinggal baju dalam dan seluar panjang sahaja! Tergamaknya Yeonjun buat aku begini!
Jemarinya bermain pada kulitku. Terasa jijik sekali perlakuannya! Dia merenung tubuhku dengan pandangan seakan mengejek! Seolah-olah aku tiada maruah!
"Mesti Jungkook tak percaya yang aku akan 'rasa' isteri yang dia sayang ni! Patutlah kau berjaya buatkan lelaki tak guna tu gilakan kau! Badan kau, tak sama macam perempuan yang lain~" Ujar Yeonjun lalu sekali lagi menyimbah badanku dengan air.
"Kau tahu tak? Aku terkejut bila dapat berita isteri Jungkook masih hidup. Aku ingatkan dah jahanam sekali dengan Jungkook lepas aku langgar kau dan dia masuk ke dalam gaung tapi-"
Kenyataan yang baru Yeonjun keluarkan begitu menghiris hatiku! Aku cuba untuk bangun namun badanku terikat kemas! Dengan daya yang sikit, mustahil untuk aku bolos!
"Kau marah ya?"
Tajam mataku merenungnya.
"Don't look at me like that. You make me want you so bad!"
Gila!
"Jungkook memang perosak segalanya! Malam waktu aku culik kau, dia seboleh-boleh nak cari kau padahal hari itu, hari jadi aku! Hari aku lahir tapi abang yang aku sayang, lebih pentingkan orang luar daripada daging sendiri!" Yeonjun bersuara dalam nada tinggi.
"D-Dia sanggup nak bawa aku ke polis semata-mata kerana aku simpan isteri dia! Tergamak dia buat aku macamtu hanya untuk orang yang tak guna macam kau ni?!!" Laung dia nyaring. Persis orang gila, dia mengusutkan rambutnya.
"Jadi, aku fikir.. kalau aku bunuh kau berdua, rahsia aku selamat dan aku tak payah masuk ke dalam penjara! Ya! Sebab itu, lepas Jungkook berjaya bawa kau keluar walaupun dia dah nak mampus, aku bawa kereta laju ke arah kau berdua!"
Dia senyum padaku. "Memang bagus waktu itu kau yang memandu! Jadi, kau tak mampu elak kereta aku dan boom!! Jatuh gaung!!" Dia bersorak keriangan ibarat kematian kami seperti sebuah kemenangan!
"Sayangnya... kau pula yang hidup dan Jungkook yang mati!" Mata itu kembali kosong semula.
"Jadi, sebab kau dah mula sedar, aku tak naklah ada langau yang cuba buat aku melingkup dalam lokap! So,.."
Satu tukul panjang berada dalam genggaman Yeonjun. Mataku terbeliak melihat tukul tersebut. J-Jangan-jangan...
"Langau tu patut mati."
Air mataku mengalir deras. Mengenangkan pembunuhnya ialah Yeonjun dan aku yang menjadi punca kematian suami tercinta adalah begitu menyakitkan!
"K-Kenapa kau kejam Yeonjun?! K-Kenapa kau buat aku dan Jungkook macam ni??"
Tanpa peduli jawapan Yeonjun, aku panggung kepala. "Jungkook sayangkan kau! Dia sanggup buat apa saja untuk lihat adik dia gembira! Kenapa kau... buat dia begitu?!! Kenapa?!!!" Jeritku dengan tangisan.
"DIAM!!!" Dia menekup telinganya dan tukul tersebut jatuh ke tanah.
"Malam hari jadi kau, dia sanggup habiskan masa menghias rumah untuk sambut hari lahir adik dia! Dia belikan kau segalanya malam itu! Dia cakap dia mahu luangkan masa hanya dengan kau tapi kau--"
"AKU CAKAP DIAMLAH!! KAU NAK MATI KE?!!"
Yeonjun sudah umpama orang gila! Tak keruan dan makin kuat meroyan! Aku menangis dan menangis melihatkan Yeonjun yang tidak sedar betapa sayangnya Jungkook pada adik sendiri!
"M-macam mana sebagai a-adik... k-kau, s-sanggup bunuh dia?? Sedangkan dia--"
"HEI PEREMPUAN AKU CAKAP DIAM!!!"
Tukul di lantai dicapai lalu diangkat tinggi untuk menghentak kepalaku. Saat ini, aku sudah tidak bisa rasa takut kerana sedih yang teramat. Hatiku perit!
"KALAU KAU KESIAN SANGAT DENGAN JUNGKOOK, BIAR AKU HANTAR KAU JUMPA DIA!!!"
Tukul tersebut disasarkan pada kepalaku. Aku lihat ia dilayangkan dan dengan relanya aku pejamkan mata. Dalam kepalaku, cuma hanya nama Jungkook.
Jeon Jungkook.
"Tak perlu hantar dia. Aku ada dengan dia sekarang. Yes, I'm her husband!"
YOU ARE READING
Very Hot Husband | JJK
Fiksi PenggemarHe's the definition of seductive and hotness. Yes, he's my very hot husband. --- "Shower with me." "W-what?" "It's an order from your husband. As a wife why not you just obey it?" Dia melangkah lebih dekat kepadaku. Matanya meliar ke segenap inci tu...