---
"Sayang.. cepatlah~"
Aku mengeluh. "Perlu ke pergi? Malaslah nak keluar.." Rungutku pula. Siapa tak malas kalau kena kejut pukul 7.30 pagi, selepas penat semalaman, semata-mata ambil angin sahaja?
"Udara waktu pagi sangat bagus untuk kesihatan diri, sayangku Elaine. Nak cepat sembuh, kena usaha! Kita dapat normalkan tekanan darah, tingkatkan tenaga, kuatkan peparu dan yang paling penting dapat kurangkan stres." Ceramah Jungkook di pagi hari.
Masalahnya, kau yang buat aku stres!
"Tapi, saya penatlah.. Semua salah awak semalam! Jadi, bagilah saya rehat hari ni.." Aku tarik comforter semula tapi ditegah Jungkook. Sejak dah berbaik, aku tidak lagi gunakan 'kau' dan 'aku' dengan dia.
Almaklumlah, cinta dah mula mekar.
"Bukan salah aku okay? Kau sendiri kata kena action. So, takkan nak action satu je, kenalah banyak kali, kan sayang? Baru dapat lepas rindu tu~"
Ish! Rasa nak bertinju pun ada! Tapi melihatkan senyuman nakal Jungkook, jadi malulah pula. Apalah dia ni, mengusik orang saja!
"Cepatlah sayang, bangun! Kalau tak aku tambah round lagi." Ulat bulu Jungkook dah mula beraksi! Cepat-cepat aku bangkit meskipun muka masam dan mulut muncung macam itik.
"Tadi suruh cepat! Yang berdiri tegak macam tiang bendera kat situ kenapa?" Soalku dengan nada tak puas hati. Dia cuma senyum manis. Hailaa, cairlah aku jadinya.
"Nak pegang tangan.."
"Peganglah Jungkook. Semua diri saya serta hati saya ni dah jadi kepunyaan awak dah.."
"Wow!"
Aku tergelak melihat reaksinya. Makin gatal Jungkook rupanya. Sudahnya, kami keluar dari wad aku. Rasanya macam baru lahir dari dunia. Keadaan nampak agak berbeza. 4 tahun itu jangka masa yang agak lama, jadi tak hairanlah kalau negara maju seperti Korea Selatan ini boleh berubah.
"Rasa macam bayi.Baru kenal dunia sekarang." Ujarku kepada Jungkook dan dia masih setia di sebelahku.
"Tak mengapalah kalau baby. You're my very sexy babygirl!"
Aku mencebik dan turut ketawa bersamanya. Ada saja cara dia untuk hilangkan keresahan aku. "So, babygirl.. ikut daddy Jungkook okay?"
Aku angguk persis kanak-kanak dan menjatuhkan kepala di bahunya. Selesa dan bahagia. Dia membawa aku ke atas bangunan hospital. Tak ramai orang pada waktu pagi ini, mungkin masih lena diulit mimpi. Adapun cuma duduk dan perhati pemandangan sahaja.
"Nak bawa kau ke rumah kita, masih belum dibolehkan lagi. Jadi, aku bawa kau tengok dulu pemandangan kat sini."
Aku pandang pawana bumi Seoul sekarang. Lebih canggih dan lebih berlampu. Banyak juga bangunan pancakar langit, tidak sama dengan 4 tahun lepas. Kereta-kereta juga tidak banyak memandangkan hari ini hari minggu.
"Kenapa awak sanggup tunggu 4 tahun jaga saya Jungkook?"
Dia menongkat dagu dan merenungku. "Because you're worth to wait, sweetheart. Aku hanya nak habiskan masa aku hanya dengan menunggu dan menjaga kau. Walaupun ambil beratus tahun, aku tetap akan ada dengan kau, sepanjang masa."
Aku tersenyum manis. Tersentuh dengan ungkapan romantiknya. "Awww, you're being romantic right now."
"I always be, sweety." Dia kenyit mata pula.
Aku duduk di bangku berdekatan selepas penat berdiri. Mata dipejam rapat menghirup udara segar. Betul kata Jungkook, aku rasa lebih lapang.
"Sayang.."
"Hmm?"
"Macam mana kalau satu hari kau bangun nanti, aku tiada sebelah kau?"
Aku berkerut namun masih dengan mata terpejam. "Saya akan cari awak sampai lubang cacing lepastu tendang awak sebab tinggalkan saya."
Aku dengar Jungkook gelak. "Daripada tendang, apa kata peluk? Kau mesti akan rindu aku sangat-sangat waktu itu."
Aku mencebik dan sekali lagi dia ketawa. Aku dapat rasakan pelukan di bahu. Sudah tentu Jungkook orangnya. "Dan aku akan sentiasa rindukan kau, sayang.."
Aku cuma angguk dengan senyuman yang lebar. "How I wish I can stay here.. longer with you?"
"Jungkook, awak sendiri kata awak dah ada dalam hati saya. Jangan nak keluar mana-mana eh? Saya dah penjarakan awak dalam itu dan cuma itu tempat tinggal awak. Beranilah awak keluar, saya smackdown awak nanti!" Selorohku lagi dan dia cuma tergelak. Kerja gelak sahaja Jungkook ni!
"Aku dalam hati kau?"
"Selalu."
"So, if one day, you can't see me anymore... you know I'll always live in your heart. Aku bahagia duduk dalam hati kau dan akan selalu ada dalam tu."
Aku buka mata laju. Dan waktu itulah aku nampak Jungkook berada di hadapanku sedang bercangkung. "Apa maksud awak?"
Dia ukirkan senyuman lalu melarikan pandangan. Aku perasan dia tarik nafas seperti menahan satu rasa. Jeda lama sebelum dia berkata.
"Jaga hati elok-elok okay? Jangan bagi dia terluka. Kalau dia terluka, habislah aku kat dalam."
"Jungkook apa maksud--"
"Jom, aku dukung kau. Sementara orang tak ada ni." Dia bingkas bangun dan dengan cepat dia mendukung aku di belakangnya. Aku terjerit kecil. Angin yang muncul membelai wajah dan helaian rambutku. Dingin!
"Jungkook!!"
"You can do it, Elaine! You can do it..."
Aku tergelak kecil melihat perlakuan Jungkook. Sambil berlari sambil mendukungku. Kami berpusing ibarat melakukan drama di atas bumbung itu. Sehinggalah Jungkook mendakap pinggangku lembut.
Hidungnya dilagakan padaku sebelum senyuman sekali lagi meniti di bibirnya.
"You can do it alone don't you?"
Aku sedikit terkejut. Apa maksud dia? Namun, melihatkan Jungkook berharap aku cuma angguk dan lagakan hidung kami semula.
"Saya kan isteri husband paling hot dalam dunia ni? Mestilah saya boleh!"
Dan Jungkook senyum.
M/M:
Maaf atas kelewatan. Tiga update sebagai tanda maaf. Do vote and comment~
YOU ARE READING
Very Hot Husband | JJK
Fiksi PenggemarHe's the definition of seductive and hotness. Yes, he's my very hot husband. --- "Shower with me." "W-what?" "It's an order from your husband. As a wife why not you just obey it?" Dia melangkah lebih dekat kepadaku. Matanya meliar ke segenap inci tu...