SEVEN

1.6K 174 22
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"WHAT do you waiting for, sweetheart?"

Aku gigit bibir. Permainan ini memang gila! K-kenapa nak mandi sama-sama pula? Biar betul mamat ni? "No, aku masih waras untuk tolak idea gila ni." Bangkangku pula.

"Wow, Elaine Jeon yang tadi berani sekarang penakut?" Dia menyilangkan tangan di dada bidangnya yang terdedah sambil berdiri di hadapanku. Ini dah masuk dua kali aku nampak dada dia yang berketak tu.

"Aku? Takut? Huh!" Sinisku.

"Biar aku ingatkan balik pada kau. Kita, baru, jumpa. Ya, kau dah kahwin dengan Elaine tapi itu Elaine yang dulu. Yang sekarang, ini Elaine yang tak kenal siapa suami dia! Dan kau, selamba ajak aku mandi sama-sama? Then anggap aku penakut?" Nada suaraku makin jelek berbicara dan menyebabkan wajahnya berubah riak.

"Well, yes! I'm afraid, stranger like you will hurt me." Kejam. Itu tafsiran untuk ayatku tadi.

"Aku bukannya stranger. I'm your legal husband. Berapa kali aku nak ulang? Elaine dulu atau sekarang, you're mine. You can't deny the facts, darling. I'm. Your. Husband!"

Darahku mula menggelegak. Tawa yang begitu sinis terlepas daripada mulutku.

"Kau ingat bila aku bangun dari koma dan dah lupa segalanya tentang kau, then, kau cakap aku ni isteri kau, dengan mudahnya aku nak percaya? Such a jokes!" Aku tepuk tangan dengan suara yang kedengaran jengkel.

"Dan kalau betulpun kita suami dan isteri, betul ke yang aku ni memang sayang kau? Atau kau sahaja yang sayang aku? Ataupun, kau langsung tak sayang aku! Itu sebab kau gelarkan diri kau, 'aku' 'kau' sebab yelah, tiada rasa cinta, takkan nak panggil panggilan manja bukan? Sebab kau kesian dekat aku sahaja kau layan aku baik-baik begini! Kan?!" Jerkahku kuat kepadanya.

Dia berdiri kejung. Wajahnya yang bertukar mula menyedarkan diriku kerana terlanjur berkata. Aku nampak dia mengetap rahangnya kuat.

"Don't you ever try to underestimate my love towards you!"

Aku mendekat. Satu senyuman cukup sinis aku lemparkan. "Kalau betul cinta mana buktinya?! Kau tak tunjukpun pada aku surat perkahwinan kita. Kau tiada bagitahu aku apa-apa berkaitan dengan kehidupan kita berdua dulu. Dan, bukan salah aku untuk pandang rendah rasa cinta kau tu!"

Dia diam tidak bersuara dan aku setia menanti jawapannya. Namun, lama keadaan kami saling berpandangan sebelum dia pejam mata dan tarik nafas dalam.

"Kalau kau tak nak mandi dengan aku tidak apa. Pakaian dan tuala segalanya dah disediakan. Aku pergi beli sarapan."

Serta-merta aku terlopong. "Hey, did you hear my question or not?"

Tapi, melihatkan dia yang mahu mengelak, aku cepat-cepat merengkuh lengannya, mematikan tindakannya mahu keluar dari bilik itu.

"Aku tanya ni, jawablah!"

"Elaine, tolong..." Aku terjeda.

"Tolong Elaine, hentikan semua ni." tegas dia berbicara dalam suara yang mengendur.

"Hentikan apa?"

"Hentikan diri kau untuk ingat zaman dulu. Zaman empat tahun yang lepas. Cukuplah, dan teruskan hidup pada masa kini. Masa yang hanya ada aku sebagai suami yang patut kau sayang! Terima aku seadanya tanpa masa silam!"

Aku berdecit geram. Kau tak faham bahasa ke aku nak tahu juga? "Tapi, aku nak tahu! Aku nak tahu tentang kita berdua! Tentang apa yang jadi, tentang-"

"Elaine, kau sendiri cakap tadi yang kau tak percaya dengan aku..."

Tangannya merentap lenganku yang tadi memaut lengannya.

"Jadi, buat apa kau nak tahu segalanya daripada orang yang kau sendiri tak percaya?"

Serta-merta aku tergemap. Intonasi suara Jungkook kedengaran begitu kecewa. Begitu juga dengan riaknya.

"Boleh ke kau percaya cakap aku yang stranger ni? Huh?" Sinis katanya masuk ke corong telingaku menyebabkan aku terus diam membisu.

"Jangan penatkan diri kau paksa aku bagitahu segalanya. You can ask me a thousand of questions, sweetheart... but my answer will always be same. No, means no. Fullstop!"

Serta-merta dia pergi dan meninggalkan aku yang terkelu sendiri. Akhirnya, aku cuma memandang lesu pintu yang tertutup rapat. Wajah Jungkook dan kata-katanya bermain di benakku.


M/M:
-Imagine JK stare at you like that. He's mad, guys~



Very Hot Husband | JJKWhere stories live. Discover now