TWENTY FOUR

945 117 67
                                    

Aku menghirup air mineral yang berada di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menghirup air mineral yang berada di atas meja. Badanku menggigil ketakutan. Kerana apabila aku bangun,

Jungkook tiada di sisiku.

Aku memeluk lutut dan menyembamkan wajah pada tubuhku. Teresak-esak aku menangis. Aku yakin bahawa Jungkook betul-betul ada bersamaku tadi! Aku dapat rasa dia datang selamatkan aku tadi!

Tapi, di mana dia?

Adakah aku bermimpi lagi?

"Kenapa sayang aku menangis ni? Hmm?"

Aku angkat kepala. Jungkook sudah selamat bersila di hadapanku. Keadaan jadi senyap sebelum aku menyentuh pipinya. Nyata!

"J-Jungkook?"

Dia sambut tanganku. "Ya, sayang. Aku kat sini. Kau belum pulih lagi tapi dah menangis macam--"

Tanpa lengah, aku memeluk tubuhnya. Lehernya ku rangkul erat dan kepalanya tepat di dadaku. Aku mengusap rambutnya. "Am I dreaming?"

"No, I'm your reality, sweetheart."

"Saya rindu awak! S-Saya rindu awak.." Makin kuat tangisan aku apabila Jungkook yang ini betul-betul berada di hadapanku. Selama ini aku berfikir bahawa aku tidak lagi dapat memeluk tubuh lelaki ini tetapi..

Hari ini, saat ini. Dia berada dalam dakapanku! Masih bernyawa!

"Aku rindu kau juga.. I'm sorry. I'm sorry I didn't come earlier. I'm sorry for making you suffer. I'm sorry for making you hurt. I'm sorry because I can't protect you from him.." Jungkook membalas pelukanku.

Aku tersenyum dan meleraikan pelukan. Wajahnya aku pegang dengan kedua-dua belah tangan. Dengan anggukan, aku menjawab. "Segala kesakitan saya sudah ternoktah apabila awak datang semula dan berada bersama saya, Jungkook."

Rambutnya ku belai. "Terima kasih kerana datang semula. Terima kasih kerana terus setia. Terima kasih kerana masih cinta saya."

Kali ini giliran Jungkook pula tersenyum. "Terima kasih juga pada kau. Terima kasih kerana menunggu. Terima kasih kerana percaya aku. Terima kasih kerana terus sayang dan cintai aku."

Dahinya ku kucup lama sebelum pelukan bersambung. Ah, tuhan. Terima kasih kerana kembalikan dia kepadaku!


---

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Very Hot Husband | JJKWhere stories live. Discover now