EIGHT

1.5K 161 22
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

AKU pandang Jungkook yang tenang menyusun makanan di atas meja. Reaksinya tidaklah seperti tadi. Dia seakan tidak terkesan langsung kerana ditengking aku. Berbeza pula dengan aku yang masih berlahar.

"Yang kau pandang aku macam nak telan buat apa sayang? Ni, pandang makanan dan telan makanan yang aku dah bawa ni."

Aku merengus. "Kau memang suka buat hati aku sakit, bukan?"

Mata kami saling bertentangan. Dia cuma senyum. Aku merengus lagi. "Jerk." Gumamku lantas menolak makanan di hadapanku. Dan, berjaya menarik perhatian dia.

"Aku dah lindung hati kau tu, sayang. Jadi kalaupun ia nak sakit, yang rasa dulu aku. Tugas kau cuma jaga hati aku tu baik-baik sahaja." Tenang dia noktahkan ayat buatkan aku makin menyampah.

"Sejak bila aku benarkan hati kau masuk?"

"Sejak kau cakap 'saya setuju' waktu perkahwinan kita. Kau setuju untuk biar aku jadi pelindung dan pemilik mutlak hati kau. Begitu juga dengan aku, setuju untuk jaga kau, sampai hujung nyawa."

Waktu itu, lidah aku bagai digam dengan gam gajah. Tergamam dengan kata-kata Jungkook. Aku lupa, Elaine dulu dah berjanji untuk bersama dengan Jungkook dan seikhlas hati menerima lelaki itu.

"Kenapa kau sayang sangat dekat aku, Jeon Jungkook?"

Dia senyum manis. "Berminat nak tahu kisah cinta kita?"

Aku julingkan mata ke atas dan dibalas dengan tawa cerianya. "Okey, aku cerita. Tapi kau kena makan dua suap dulu."

Aku angguk laju. Setakat dua suap, aku sanggup telan dengan mangkuk dan sudu kalau itulah yang diperlukan untuk tahu kebenaran. Dia menyuapkan aku makanan dan aku mengunyah laju.

"Dah, aku dah makan lebih dua suap dah ni. Sekarang, cerita!" Aku berpeluk tubuh memandang dia.

"Well, macam mana aku boleh sayang sangat pada kau, ya?" Dia kelihatan berfikir dan aku setia menanti.

"Aku rasa jawapan itu cuma ada pada kau, sayang. Kau patut tanya diri kau, macam mana, dan kenapa aku boleh terlalu cinta." Habis berkata, dia kenyitkan mata. Terus menyirap darahku jadinya.

"Kalau aku tahu jawapannya, tak perlu aku terhegeh-hegeh nak tanya kau! Tak boleh ke kau bagitahu sahaja macam mana kita boleh jatuh cinta? At least, hanya tentang kita dan bukan kenapa aku boleh terlantar empat tahun dalam hospital ni?" Ujarku separa merayu.

Dan, wajahnya bertukar sedikit tawar. Ada sesuatu yang tak kena padanya acap kali aku menyoal soalan sebegini. Buatkan aku memang mahu tahu, mahu cari dan selongkar segala rahsia yang dia pendam.

Diam. Lama.

Aku urut pangkal hidung. Yes, Jungkook gotta be Jungkook. Always with his stubborn attitude!

"I'm in love with you.. and your entire being."

Aku kaku saat dia mula menitipkan bicara. Tangannya mencapai lantas memaut erat tanganku seakan menyalurkan kasih yang terdalam.

"Your hands and the way they hold mine.."

Seterusnya, tangannya menuju pula ke mataku. Bibirnya mulai bentukkan senyuman.

"Your eyes, and the way they smile at mine."

Saat dia mengelus pipiku, dia mulai merapat dan tangannya itu berhenti tepat pada kawasan bibirku yang mulai bergetar. Jemarinya menyentuh bibirku lama sebelum semakin merapatkan wajah.

"Your lips... and the way it fits mine.."

Dahi bertemu dahi. Aku sendiri bertindak seakan merelakan diri namun, ia cuma otak yang membangkang walhal hati yang degil untuk terus berpasak kekal tak berganjak.

"It's just everything about you, sweetheart. And, it's all mine.."

Dan saat itulah bibirnya bersatu dengan kepunyaanku tanpa perlu aku halang. Dia tak tipu bila mana dia kata kucupannya itu menghangatkan.

Oleh kerana kehangatan itu, aku terbuai dan membiarkan.



Very Hot Husband | JJKWhere stories live. Discover now