TWENTY

926 140 61
                                    


"Puan masih tidak boleh discaj buat masa sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puan masih tidak boleh discaj buat masa sekarang. Walaupun fizikal Puan Elaine dah sembuh tapi mental puan belum cukup kukuh. Saya sarankan puan duduk lebih lama di hospital dan kami akan bantu puan untuk atasi masalah ini."

Doktor yang selalu merawatku itu menyudahkan ayat. Aku geleng kepala.

"Lagi lama saya duduk sini, lagi gila saya dibuatnya! Tolonglah bawa saya keluar daripada sini!"

Doktor itu bersabung pandang denganku. Wajahnya jelas dingin bersama tatapan mata yang tajam. Aku telan air liur.

"Doktor saja yang boleh tentukan awak gila ataupun tidak, Puan Elaine. Puan cuma perlu rehat dan duduk sahaja di hospital. Tolong jangan degil sebab keputusan saya, muktamad!" Keras doktor itu bersuara sebelum keluar daripada wad aku.

Keluhan berat terkeluar daripada mulutku. Apa tak kena dengan doktor itu? Angin monsun apa yang serang dia sampai aku pula yang kena marah?

Aku geleng kepala lagi sebelum bangun menuju tingkap. Senyuman terbit di bibir. Teringat memori aku dan Jungkook ketika berada di sini.

Ah, rindu!

"Kau masih boleh tersenyum lepas kau dah bunuh orang ya?"

Aku berpaling. Yeonjun!

"Kita tengok berapa lama kau boleh senyum, Elaine..." Yeonjun menghampiriku. Matanya penuh terisi seribu satu kemarahan dan dahaga akan kepuasan!

"Aku tak salah Yeonjun! Aku ingat 100% apa yang terjadi malam itu! Aku ingat bukan aku yang pandu tetapi Jungkook! Dan ada pemandu gila yang cuba langgar kami berdua!" Aku masih kuat dengan pendirianku.

Takkan memori itu boleh tipu aku?

"Kau yang gila sebab cuba bunuh hyung! Kau yang gila!!!" Yeonjun mula menunjukkan belang dengan mencengkam kolar bajuku.

Tubuhku kuat ditolak ke dinding. Memandangkan badanku lebih kecil daripadanya, dengan mudah sekali dia membantutkan pergerakanku walau sekuat mana aku meronta.

"Percayalah aku, Yeonjun! Bukan aku yang bunuh dia! J-Jungkook sendiri cakap dengan aku y-yang ia b-bukan salah aku!" Jelasku padanya tapi Yeonjun tidak boleh terimanya!

"Jungkook dah mati! Macam mana orang yang mati boleh hidup semula?!"

"Habistu kau nak cakap aku gila?! Doktor cakap aku tak gila! Dan aku tak gila!!!"

"Kau gila! Kau gila dengan hyung! Kau paksa dia sukakan kau! Kau paksa dia cintakan kau!! Kau cuma cipta memori yang tak pernah terjadi!!!" Mata lelaki itu menjadi merah berair.

Aku geleng laju. "T-Tak! Jungkook sayang aku dan aku sayang dia!!"

"Perempuan tak guna!!"

Pipiku ditampar kuat. Kebas! Aku cuba boloskan diri tapi dia lebih pantas dengan mencekik leherku dengan kedua-dua tangannya.

"Kau.. tak berhak cakap kau sayang dia!!"

Nafasku mula tersekat-sekat. Kekurangan oksigen buatkan kepalaku pening. Yeonjun... dia bersungguh-sungguh untuk tamatkan riwayat aku!

"Dia.. terseksa sepanjang hidup dengan perempuan tak guna macam kau! Kenapa- kau tak biarkan dia mati dengan tenang?!! Kau tak nak mengaku yang kau bunuh dia?!"

Sebab aku tak buat!!

Tapi, aku cuma larat menjawabnya dalam hati.

"Kalau kau sayang dia, tolong, Elaine! Tolong.. mengaku yang kau bunuh dia!"

Air mataku mengalir. Begitu sekalikah Yeonjun membenci diriku? Betulkah aku yang punca segalanya?? Tapi, aku tetap geleng! Jungkook sendiri kata bukan salah aku, jadi ia bukan salah aku!

"A-Aku t-tak salah!" Dengan suara tersekat aku masih tetap dengan keputusanku.

Tiba-tiba..

"Aku dah merayu cara baik, tapi kau tetap dengan keputusan kau, kan?"

Mata Yeonjun... air mata itu hilang sekelip mata!

"Kau dengan hyung sama saja! Bodoh!"

Aku dapat rasa nyawaku kini dihujung tanduk.

"Biar aku hantar kau pada Jungkook, dengan cara yang sama aku bunuh dia!"

BUM!!



Very Hot Husband | JJKWhere stories live. Discover now