Suhaila sudah bekerja di pejabatnya semenjak dia menjadi lepasan universiti lagi. Walaupun sibuk Suhaila seronok bekerja di situ. Menjadi satu kepuasan baginya jika dia dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Suhaila memang seorang yang teliti. Sebab itulah satu pejabat sudah mengenalinya sebagai seorang yang tegas. Jika bekerja dalam kumpulan, Suhaila akan menuntut yang sebaiknya dari rakan sekumpulan tersebut. Tidak pelik apabila rata2 Suhaila dipandang tinggi oleh rakan sekerja dan diberi penghormatan yang sewajarnya.
Mesyuarat petang itu berkenaan kerjasama dua syarikat dalam satu projek bersama. Suhaila diberi kepercayaan mengetuai team sebagai wakil dari syarikatnya. Dia diperkenalkan kepada wakil dari sebelah sana, Azmir. Seperti biasa, Suhaila memberikan penerangan di dalam mesyuarat bagi pihaknya, dan Azmir bagi pihak satu lagi. Suhaila perasan Azmir pandai berkata2, tetapi seperti kurang pengetahuan dalam bidang yang sepatutnya dia wakili. Fikir Suhaila mungkin mereka memilih Azmir sebagai ketua hanya kerana kemahiran penyampaiannya. Apa pun, mulai sekarang mereka berdua akan bekerja bersama dan Suhaila berharap segalanya berjalan lancar.
Seusai sesi tersebut, Suhaila berbual bersama beberapa orang rakan wanita dari teamnya sambil menikmati sedikit juadah ringan. Seorang dari mereka memulakan perbualan.
"Hensem juga ya En Azmir tu. Dengarnya dia sebaya dengan Kak Ila, tapi masih bujang hihihi." kata Nora.
"Amboi mata awak tu jangan liar sangat ya. Waktu kerja pun tengok lelaki ke. Hmmm tapi mungkin memang itulah yang dicari anak dara macam awak ni ya... haa Nora ada niat nak mencuba ke?" usik Suhaila.
"Eh Kak Ila ni... takkan la orang hensem je terus saya nak tangkap. Saya pun ada standard juga. Tapi kalau dah hensem dan sesuai hati budi apa salahnya kan... hihi" balas Nora.
Suhaila tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagat Nora. Perbualan tersebut diteruskan oleh Nora dan rakan yang lain. Terfikir juga Suhaila lelaki sebayanya seperti Azmir itu masih bujang. Selalunya sudah pasti ramai anak dara menawarkan diri sebagai isteri. Ahh ada sesetengah lelaki memang sengaja mahu memulakan rumah tangga lewat. Perjalanan semua orang tidak sama. Mungkin Azmir ada matlamat peribadi yang ingin dicapainya dahulu, samada kewangan atau kerjaya. Dalam diam timbul rasa kagum dalam fikiran suci Suhaila.
Selang beberapa minggu mereka bekerja, Suhaila dan Azmir lah yang merupakan titik perhubungan dua team tersebut. Mereka berdua banyak bertemu, selalunya di pejabat Suhaila. Dalam tempoh tersebut keyakinan Suhaila mengenai persepsi awal terhadap Azmir semakin mendalam. Pandai bercakap, kurang pengetahuan. Walaubagaimanapun tidak dinafikan Azmir bijak membawa diri sebagai seorang yang berkarisma. Mungkin sebab itulah orang lain tidak begitu perasan akan kekurangan Azmir.
Semakin lama Suhaila semakin tidak berpuas hati. Dia perlu menghadap Azmir secara peribadi untuk memaklumkannya. Seolah2 ada sesuatu yang tidak kene jika disimpan sendiri sahaja. Dengan rakan professional pun hendak makan hati ke, fikir Suhaila. Selepas satu sesi perjumpaan dengan team mereka, Suhaila memberitahu Azmir untuk tinggal sebentar, ada sesuatu yang perlu dibincangkan.
Bersambung
YOU ARE READING
Jalan Sehala Suhaila
RomanceKisah perubahan Suhaila daripada seorang isteri yang setia kepada...