5. Pawagam

43.2K 202 6
                                    

"Suhaila nak tengok cerita apa, ada genre action dengan seram hehe. Azmir fikir macam nak tengok action. Tapi apa2 pun ikut Suhaila je." tanya Azmir apabila tiba di pawagam.

"Kalau macam tu tengok action je. Suhaila tak kisah. Lagipun movie action yang tengah tayang ni ada pelakon favourite Suhaila. Mesti best."

"Ok kalau macam tu Suhaila tunggu sekejap ya. Azmir pergi belikan tiket."

Sambil menunggu Suhaila memandang sekeliling. Tidak ramai pun yang ke pawagam pada hari tu. Dia mencari2 kawan yang lain namun seorang pun tidak kelihatan. Tidak lama kemudian Azmir sampai dengan dua tiket dan sedikit makanan.

"Suhaila, minta maaf sangat. Kawan2 yang lain dah masuk masa tunggu kita tadi. Diorang tengok movie seram. Kita punya mula lambat sikit." jelas Azmir.

"Oh macam tu ke... takpe lah Azmir. Lagipun tiket dah beli kan. Maknanya kita dua je ke yang tengok ni?" Suhaila meminta kepastian. Aktiviti mereka pada malam itu tidak seperti yang dijangkanya.

"Nampaknya macam tu lah. Kita akan habis lewat tau. Tapi Suhaila jangan risau ya. Lepas habis saya akan hantar Suhaila pulang."

Suhaila cuba tidak memikirkan sangat mengenai perkara tersebut. Semasa movie sedang berlangsung, Suhaila mula berasa lebih selesa. Seronok juga jalan ceritanya. Lebih2 lagi dengan watak yang dimainkan pelakon mat saleh kegemarannya. Sehinggakan Suhaila bersorak sedikit apabila babak yang menarik dimainkan.

"Dia ni ke pelakon favourite Suhaila?" bisik Azmir.

"Haha ya Azmir. Minta maaf ya Suhaila bising sedikit. Tiba2 rasa excited pula." balas Suhaila. Malu dibuatnya. Memang kalau di pawagam dia jarang senyap sahaja.

"Eh takpe Suhaila. Comel je hihi." balas Azmir ringkas. Merah padam muka Suhaila dipuji Azmir. Nasib baik suasana tengah gelap. "Rasanya movie ni sequel untuk movie yang lain kan. Azmir tak ikuti pula. So kurang faham lah." Azmir sambung berbisik.

"Lahhh ya ke? Tak best lah kalau macam tu. Takpe2, nanti kalau ada yang penting dalam cerita ni Suhaila beritahu Azmir ya." Suhaila lega Azmir menukar topik. Takde lah nampak sangat malunya.

Mereka berborak rancak sambil berbisik dengan nada yang perlahan sepanjang movie itu berlangsung. Seronok Suhaila ada juga yang sudi melayannya bercakap2 semasa menonton movie tersebut. Hilman pula jenis yang tidak suka berborak sewaktu wayang. Mengganggu tumpuan katanya. Suhaila berasa semakin selesa. Sesekali mereka berdua ketawa kecil dengan babak lucu dalam movie tersebut.

Apabila movie itu tamat dan kredit dimainkan. Penonton mula meninggalkan tempat masing2. Sementara Suhaila selesa di tempat duduknya.

"Lepas ni ada end-credit scene kan? Kita tunggu sampai habis lah ya..." bisik Azmir.

"Wahhh tau pula Azmir. Memang Suhaila nak tunggu pun. Sayang kot kalau terlepas."

Akhirnya orang yang tinggal di dalam pawagam itu boleh dibilang dengan jari. Lampu masih belum dinyalakan. Sambil memandang sekeliling mata Suhaila tertangkap Azmir yang sedang memerhatikannya.

"Eh dah kenapa Azmir? Haha."

"Saya nak cakap jujur dengan Suhaila. Saya rasa Suhaila seorang yang cantik dan menawan. Comel sangat." Azmir berbisik lembut.

Berdegup jantung Suhaila buat seketika. Hilman pun selalu sahaja memujinya. Tetapi Suhaila sentiasa menganggap itu hanya penyedap kata dari seorang suami. Apatah lagi Suhaila hanyalah berkulit hitam manis, jarang mendapat perhatian orang ramai. Dipuji oleh lelaki lain perasaannya luar biasa sekali. Sekali lagi muka Suhaila merah padam. Walaupun kulitnya hitam manis namun ia jelas kelihatan. Kali ini tiada ruang untuk menyembunyikannya. Wajah mereka berdua begitu dekat sambil memandang satu sama lain.

"Errr apa yang Azmir cakap ni... jangan la gurau2 dengan saya pula." kata Suhaila terketar2. Dia cuba mengalihkan pandangannya.

Tiba2 satu ciuman hinggap di bibir Suhaila...

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now