12. Kejutan

19.2K 168 13
                                    

Keesokan harinya Suhaila tidak masuk ke pejabat. Suhaila meminta Nora mengganti dirinya mengendalikan mesyuarat yang akan diadakan di mana Azmir akan terlibat sama. Sejujurnya Suhaila tidak terdaya untuk berhadapan dengan Azmir. Mesej dari Azmir semalam pun masih tidak terjawab. Malu, kecewa, takut menyelubungi dirinya. Suhaila tidak tahu mengapa dia bertindak demikian pada malam sebelumnya. Dia berharap akan dapat menenangkan diri pada hari ini dan mengumpul kekuatan untuk kembali bekerja.

"Suhaila ada beritahu Nora ke mengapa dia tak datang hari ni?" tanya Azmir kepada Nora seusai mesyuarat mereka selesai.

"Takde pula, Kak Ila cuma cakap cuti kecemasan sebab peribadi," jawab Nora yang juga ingin tahu situasi Suhaila.

"Ohh, so bukan MC lah ya... Baiklah terima kasih Nora," Azmir sedikit lega mendengar jawapan dari Nora. Jika Suhaila tidak sakit, fikirnya pasti dia tidak datang sebab apa yang berlaku antara mereka berdua malam tadi. Sementara rakan sekerjanya yang lain bersiap2 pulang ke syarikat mereka, Azmir memberitahu bahawa dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan di tempat lain dan meminta mereka tidak menunggunya.

"DING DONG"

Loceng rumah Suhaila berbunyi. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Suhaila mengintip dari celah2 langsir rumahnya untuk melihat siapakah gerangan yang berada di depan pintu pagar. Alangkah terkejutnya melihat Azmir berada di situ! Menggeletar seluruh tubuh Suhaila, memikirkan lelaki yang paling ingin dihidarinya hari ini, kini berdiri di depan rumahnya.

Azmir menekan loceng rumah sekali lagi. Satu senyuman terukir di bibirnya. Melihatkan hanya kereta Suhaila yang berada di parkir rumah, dia pasti Suhaila berada di dalam. Tiba2 telefon bimbit Azmir berbunyi, nama Suhaila tertera di skrin telefon. Pantas Azmir menjawab panggilan tersebut.

"Hello Suhaila, awak ada kat dalam kan. Buka lah pintu ni," kata Azmir dengan nada biasanya. Seolah2 kedatangannya ke rumah Suhaila adalah perkara normal.

"AWAK BUAT APA KAT SINI AZMIR?? Baik awak pergi sekarang sebelum orang lain nampak awak!" jerit Suhaila sambil cuba menahan suaranya. Walaupun dia di dalam rumah entah mengapa Suhaila risau jiran2 akan mendengarnya.

"Saya risau awak tak datang kerja hari ni Suhaila. Sebab tu lah saya datang sini nak pastikan awak tak apa2. Saya harap semua ok,"

"Awak tak perlu nak buat2 risau pasal saya ya. Saya tak nak jumpa awak. Sekarang saya nak awak pergi, CEPAT!!"

"Itulah masalahnya Suhaila, kalau awak tak nak jumpa saya macam mana kita nak bekerja bersama? Kan saya dah beritahu di WhatsApp saya tak nak apa yang berlaku antara kita jadi penghalang untuk kita berurusan. Buka lah pintu ni, let's talk about it together?"

"No no no NO Azmir. There's no way saya akan benarkan awak masuk. Lambat laun saya akan datang kerja juga, awak tak payah risau," Suhaila cuba memujuk Azmir. Kedengaran dari panggilan itu suara Suhaila semakin menggeletar. Azmir tahu semakin lama dia di depan rumahnya semakin panik Suhaila jika ada jiran2 yang melihat.

"Saya tak percaya awak Suhaila. Saya perlu pastikan awak datang kerja esok. Lebih lambat perkara ini selesai nanti rakan2 sekerja awak akan lebih banyak tanda tanya. Awak tak nak sesiapa mengesyaki kita kan? Lagi satu, siapa kata saya perlu masuk ke rumah awak. Kalau awak nak saya masuk tentulah saya mahu. Tapi kalau tak, kita boleh bercakap di luar sahaja kan,"

"Awak gila ke Azmir, saya takkan berada di luar tu bersama awak. Nanti orang kata apa!! Saya nak awak balik!"

"Suhaila, saya akan berdiri di sini sehinggalah awak buka pintu. Kalau awak tak nak bercakap di sini takpe. Let's go somewhere else. Saya tunggu awak," kata Azmir lalu terus mematikan panggilan tersebut.

AAARRRGHHH jerit hati Suhaila. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Benarkan Azmir masuk ke rumah? Berapa lama pula nanti, dengan keretanya yang boleh dilihat di luar... Suhaila terpaksa membawa Azmir jauh dari kawasan rumahnya itu. Dengan pantas Suhaila mencapai cardigan lengan panjang lalu menyarungnya di atas singlet kelabu tanpa lengan yang sedang dipakainya. Tudung indon hitam yang singkat disarung dengan tergesa2. Seluar tidur bercorak petak dibiarkan sahaja. Lalu Suhaila keluar sambil menyarung selipar jepun, menuju ke pintu pagar di mana Azmir sedang tersenyum menunggu.

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now