13. Pengakuan

19.6K 175 14
                                    

Suasana di dalam kereta Azmir agak janggal. Masing2 tidak bersuara. Suhaila kerap melarikan pandangannya kerana gementar; sekejap ke dashboard kereta, sekejap ke luar, sekejap ke arah Azmir. Suhaila perasan Azmir juga mencuri2 jelingan ke arah dirinya sambil senyuman terukir di bibirnya. Suhaila semakin resah.

"Awak nak pergi ke mana ni?" Suhaila memecahkan kesunyian.

"Kita cari tempat yang kita boleh berbincang. Suhaila dah makan ke belum?"

"Belum..." balas Suhaila perlahan.

"Ok kalau macam tu kita pergi makan ya. Awak ada nak makan apa2 ke?"

Suhaila tidak menjawab soalan Azmir. Perutnya tidak terasa lapar. Semenjak semalam Suhaila telah hilang selera makan. Dia teringat sebelum suaminya Hilman ke kerja, Suhaila memberi alasan yang dia berasa kurang sihat. Hilman tampak risau dengan keadaan isteri tersayangnya itu lalu memesan Suhaila untuk makan sarapan yang dibelinya dan jangan tinggal makan. Walaupun Suhaila telah berjanji dengan suaminya, diiringi senyuman yang dipura-purakan, dia sebenarnya masih belum makan sehinggalah sekarang.

"Suhaila tak tau nak makan apa ya. Kalau macam tu biar saya yang pilihkan tempat. Awak jangan risau mesti awak suka makanan kat tempat ni," kata Azmir setelah melihat Suhaila berdiam diri. Suhaila tersedar dari lamunannya. Bayangan Hilman tadi tiba2 membuatnya berasa serba salah.

"Saya tak beritahu Hilman..." bisik Suhaila perlahan.

"Awak cakap apa? Saya tak dengar," soal Azmir. Fikirnya mungkin Suhaila hanya bermonolog sendirian, tapi Suhaila terus memandang tepat ke arah Azmir.

"Ini kali pertama saya keluar tanpa izin suami saya. Semua ni sebab awak tau tak!" nada Suhaila sedikit tinggi. Azmir perasan mata Suhaila sudah berair, namun wajahnya masih sedang menahan diri dari menangis.

"Maafkan Azmir... Saya tak berniat sampai terjadi begini. Tapi saya rasa apa yang kita nak cakap nanti ni sangat penting. Saya pun tak nak awak berterusan macam ni. Suami awak balik kerja petang nanti kan. Saya janji kita akan selesai sebelum dia balik," pujuk Azmir.

Suhaila sedikit tenang mendengar kata2 Azmir. Walaupun kali terakhir Azmir janjikan sesuatu dengan Suhaila, dirinya masih tumpas ke tangan Azmir. Namun Suhaila takut untuk membalas kerana dia tahu secara teknikalnya, Azmir tidak pernah memungkiri janjinya semalam. Lamunannya terhenti tatkala mereka tiba di satu restoran. Azmir mempelawa Suhaila ke satu meja di sudut restoran itu, tersembunyi dari pandangan orang lain.

Waktu rehat pejabat sudah tamat. Walaupun ramai pelanggan sudah beransur pergi, masih ada yang menikmati juadah mereka di situ. Suhaila perasan rata2 memakai baju segak kemas bergaya termasuklah Azmir. Hanya dirinya sahaja yang seperti hendak keluar sebentar menyidai baju. Secara spontan Suhaila tertunduk memandang ke bawah, berharap tiada siapa mengenalinya. Seolah2 Suhaila lebih risau akan orang terlihat pemakaiannya daripada terlihat dirinya yang sedang keluar makan dengan seorang lelaki selain suaminya.

Azmir memesan makanan untuk mereka berdua, walaupun Suhaila menolak. Setelah pelayan itu beredar, Azmir tersenyum memandang Suhaila yang masih tertunduk malu. Suhaila menangkap wajah Azmir lalu menajamkan pandangannya. Jelas nampak kebencian kepada Azmir.

"Saya tahu mungkin awak tak suka saya buat masa ini," Azmir memulakan bicara. "Tapi awak mesti sedar yang kita masih menguruskan projek ni bersama. Samada awak suka atau tak, selepas ini akan lebih banyak turun padang, jumpa klien, outstation. Macam mana pun kita perlu cari jalan supaya kita dapat bekerja bersama."

"Awak yang mulakan semua ni. Kenapa awak sentuh saya semalam? Azmir ingat saya ni perempuan murahan ke... selepas ni mustahil saya akan berbaik dengan awak. Tapi betul, kerja tetap kerja. Saya tetap akan menjalankan tugas saya. Azmir tak perlu risau," kata Suhaila dengan tegas. Dia sudah boleh mengawal dirinya dengan lebih baik. Azmir terdiam merenung wajah Suhaila untuk seketika sebelum dia membalas.

"I'll be honest with you Suhaila. I don't want it to be like this. Azmir juga nak kita dapat bekerja bersama secara professional. Tapi apa yang berlaku semalam itu bukanlah tidak disengajakan. Kalaulah kita boleh ulangi malam semalam sekali lagi, I won't do anything any differently. In fact, I might do more to you, with you... Ada sesuatu tentang awak yang membuatkan saya tertarik. Your hard to get attitude, your loyalty to your husband, and what I saw you can do last night in that car, all of that Suhaila!"

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now