4. Tarik Tali

40.6K 180 2
                                    

"Terima kasih Azmir, tapi Suhaila kene balik untuk sediakan makan suami. Dia cerewet sikit bab2 makan ni." Suhaila cuba memberi alasan kepada Azmir. Dia sebenarnya tidak biasa meluangkan masa bersama rakan di luar waktu pejabat. Apatah lagi dengan orang yang tidak rapat. Azmir kelihatan kecewa. Perubahan wajahnya membuatkan Suhaila pula rasa bersalah.

"Wah beruntungnya suami Suhaila... dia kerja apa ya kalau Azmir boleh bertanya."

"Dulu kerja engineer, sekarang tengah berjinak2 dalam consultancy. Dia memang sibuk kebelakangan ni. Balik pun lewat malam. Itulah kalau boleh saya nak pastikan saya ada di rumah bila suami pulang. Senang saya nak layan dia nanti." Suhaila sudah semakin selesa menceritakan perihal kehidupannya kepada Azmir.

"Faham... kalau saya suami Suhaila pun saya nak Suhaila sentiasa ready untuk layan saya hehe. Saya pun cerewet bab2 layanan ni tau." usik Azmir sambil mengangkat keningnya.

"Hahahaha tau takpe. Ada hari nak makan pedas lah, nak makan western lah. Boleh pening kepala dibuatnya. Dah sayang kan... saya ikut je la kikiki." Suhaila lega Azmir memahami dirinya yang agak keberatan mengikutnya keluar.

"Ok Suhaila kalau begitu jumpa lagi esok hari ya. Oh waktu siaran pawagam lepas maghrib tau. So kalau Suhaila berubah fikiran ke bagitau je saya ya." balas Azmir. Dalam hatinya tak sangka Suhaila ni begitu innocent. Geram pula Azmir rasa terhadap kecomelan Suhaila.

"Baiklah Azmir. Minta maaf ya."

**********

Suhaila: Abang nak makan apa malam ni? Ila baru nak masak.

Suhaila menghantar mesej kepada Hilman setibanya di rumah.

Hilman: Sayang... meeting malam ni ada makan sekali... rasanya balik nanti abang dah kenyang kot. Ila buat je la apa2 untuk Ila sendiri makan malam. Sorry ya sayang.

Suhaila sedikit hampa membaca mesej suaminya. Selalunya pujian dari Hilman menjadi motivasi baginya untuk memasak. Patut ke dia order sahaja hari ini ya... fikir Suhaila. Tiba2 Suhaila teringatkan Azmir. Hmmm nampaknya alasan yang dia berikan kepada Azmir tadi sudah tiada. Tapi Suhaila masih ragu2 patutkah dia keluar? Hmmm kalau Hilman makan di luar, pasti dia akan balik lambat dari biasa. Baiklah, Suhaila sudah membuat keputusan.

"Hello Azmir, pelawaan tu masih terbuka kan hehe. Suhaila nak ikut boleh? Pawagan yang korang pergi tu kat mana... kejap lagi saya bertolak." tanya Suhaila melalui telefon.

"Of course la boleh! Eh Suhaila tak perlu susah2. Hantar saje location rumah, nanti Azmir akan jemput Suhaila ya."

"Oh baiklah kalau macam tu. Jumpa nanti." balas Suhaila. Baik juga si Azmir ni ya, kata hati Suhaila. Terharu pun ada aduhh.

Selepas mandi Suhaila mengenakan baju kasual biasa, tidak terlalu ketat, dengan seluar jeans gelap. Kepalanya dilitup tudung shawl kegemarannya. Selepas memaklumkan Hilman melalui mesej yang dia akan menonton wayang bersama rakan2, Azmir sudah bersedia di luar rumah. Nampaknya Azmir berseorangan, tentu sekali yang lain sudah sampai ke pawagam. Sekali lagi Suhaila rasa bersalah kerana menyusahkan Azmir pada petang itu...

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now