3. Perkenalan

45K 198 3
                                    

"Tadi En Azmir ada mengatakan yang syarikat Azmir mencatat kenaikan untung untuk tahun ini. Tapi dalam laporan team En Azmir, saya check sebenarnya ada penurunan."

Azmir menyelak laporan tersebut, dia seperti tidak tahu bahagian mana yang disebut Suhaila. Setelah lama membelek2 dia menutup dan meletakkannya di atas meja.

"Saya pasti ada kesilapan tu Pn Suhaila. Nanti saya akan pastikan salah seorang dari team saya jelaskan pada Suhaila ya." balas Azmir.

"Baiklah... tapi bukan itu sahaja yang saya nak cakapkan. Saya rasa Azmir sendiri tak pernah baca laporan tu kan? Selama ini pun banyak yang saya perlu rujuk orang lain selain Azmir. Saya rasa Azmir perlu lebih peka pada apa yang berlaku dalam team sendiri." Suhaila bernada sedikit tegas.

Azmir kelihatan terperanjat. Suhaila menyedari mungkin Azmir beranggapan ini satu serangan peribadi. Bukan begitu niat Suhaila. Tidak sama sekali. Suhaila cuma ingin suasana kerja yang produktif dan memanfaatkan kedua2 pihak. Suhaila menunggu jawapan balas dari Azmir dengan gementar.

"Beginilah, saya rasa tidak patut Suhaila mempersoalkan bagaimana saya mengetuai team saya. Setiap orang ada kelebihan masing2. Jika Suhaila rasa sudah menjadi ketua yang baik jangan pula pandai2 menilai saya. Apatah lagi Suhaila bukannya bos saya pun." kata Azmir, kemudian berlalu pergi meninggalkan bilik mesyuarat itu.

Terdiam seketika mendengar jawapan Azmir. Suhaila masih tidak berpuas hati, malah dia bertambah geram. Nampaknya Azmir tidak mudah menerima kritikan, seolah2 dia rasa dicabar. Suhaila nekad akan menunjukkan Azmir bahawa dia lah yang betul, lambat-laun Azmir pasti akan menyedarinya.

***********

Nora: Kak Ila! Saya salah hantar fail kepada bos!

Terbeliak mata Suhaila membaca mesej Nora. Mereka sedang bermesyuarat penting dengan bos kedua2 syarikat. Namun sudah terlewat, bos sedang memulakan penyampaiannya menggunakan fail yang salah! Kelihatan semua orang sedar ada sesuatu yang tidak kene, tetapi tiada seorang pun yang menegur. Ahhh pasti dia akan dimarahi bos selepas ini!

Suhaila berharap dia dapat membetulkan keadaan semasa waktunya membentang nanti. Malangnya selepas ini bukanlah giliran Suhaila, tetapi pihak sana! Seusai bos Suhaila habis bercakap, Azmir bangkit memberikan penerangan. Tanpa disangka, secara halus, Azmir membawa perbincangan ke topik lain, tanpa mengulas banyak berkenaan kandungan yang jelas2 salah sebentar tadi. Suhaila berasa lega yang teramat. Setibanya gilirannnya, semua soalan yang diajukan adalah berkenaan topik Azmir sebentar tadi. Sambil menjawab dengan senang hati, Suhaila terlihat Azmir mengenyit mata kepadanya. Suhaila membalas dengan senyuman sipu2 malu.

"Terima kasih Azmir, kalau Azmir tak tolong back up tadi habis saya kene marah dengan bos." kata Suhaila selepas mesyuarat tamat.

"Sama2, saya pun memang perasan muka Suhaila dah berkerut masa bos bercakap tadi. Jangan cepat panik, ni mesti Suhaila stress sebab banyak kerja kan. Seminggu dua ni Suhaila ok ke dengan kerja2?" balas Azmir dengan lembut.

"Haha ya memang kebelakangan ni selalu stress. Suhaila minta maaf ya kalau ada tersilap kata pada Azmir sebab itu." Suhaila teringat pada perbualan mereka tempoh hari. Dia berasa kagum kerana Azmir cuba memahami dan masih melayannya dengan baik.

"Hehe takde masalah pun. Selalunya team saya akan luangkan masa sama2 lepas kerja untuk release stress. Apa kata Suhaila ikut sekali? Rasanya petang ni diorang mahu tengok wayang, mesti Suhaila dah lama tak pergi kan?" pelawa Azmir. Sesuatu yang sukar untuk Suhaila tolak. Lagipun Azmir baru sahaja membantunya, fikir Suhaila...

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now