10. Bersih

30.8K 220 9
                                    

Gelap. Hanya satu lampu di koridor yang ditinggalkan bernyala. Suhaila berasa gelisah, kemungkinan Hilman masih berjaga, duduk di sofa memerhatikannya dalam kegelapan. Namun setelah ditinjau, hanya dirinya seorang di ruang tamu itu. Suhaila perlahan2 menuju ke bilik tidur utama. Dikuaknya pintu bilik, menghendap Hilman yang tidur berselimut di atas katil. Lega.

Jam menunjuk pukul 1.30 pagi. Tidak sangka sudah begitu lewat, terasa cepat sungguh masa berlalu. Selepas meletakkan tas tangannya, Suhaila mencapai tuala lalu beransur ke bilik mandi yang terletak di dapur. Dia tidak mahu merisikokan sebarang bunyi yang boleh mengejutkan Hilman. Lebih2 lagi dalam keadaan penampilan dirinya yang pasti menimbulkan seribu satu persoalan dari suaminya...

Di bilik air, Suhaila memandang dirinya di cermin. Wajah kusut masai, tudung yang senget, nafas yang masih laju, jantung yang masih berdegup kencang. Suhaila mengimbas kembali peristiwa2 yang telah berlaku pada malam ini. Pertama kalinya, dia dikucup oleh lelaki selain suaminya, kemaluannya disentuh tanpa lapik dengan penuh berahi, dan mencapai kemuncak sehingga terpancut kerana belaian lelaki tersebut. Paling mengecewakan, Suhaila terikut2 dengan permainan Azmir seolah2 dia sendiri merelakannya!

Masih jelas kehangatan tubuh Azmir. Kelikatan air liur mereka berdua saat ia bercampur-baur. Parasaan klimaks yang geli dan senak namun melegakan ketika faraj Suhaila merembeskan cecair nikmat sementara jari Azmir masih tersumbat di dalam kemaluannya. Semua itu masih segar terlekat di tubuh Suhaila.

Dengan segera Suhaila bersiap2 untuk mandi membersihkan dirinya. Ketika melucutkan seluar jeans, kelihatan bahagian kelangkang basah dari air pancutannya sebentar tadi. Panties apakan lagi, basah lencun diiringi bau orgasme bercampur peluh yang sungguh memberahikan. Suhaila malu kerana terpaksa menguruskan dirinya yang yang dalam keadaan sebegitu rupa. Suhaila mencuci seluruh tubuh badannya, dengan harapan dapat membersihkan sisa2 perlakuannya malam ini, jasmani dan rohani.

Seusai bersiap2, Suhaila membaringkan diri di sebelah Hilman dengan cermat dan senyap. Dipandang wajah suaminya yang sedang nyenyak dilamun mimpi. Perasaan bersalah menyelubungi diri Suhaila. Seharusnya dia menolak pelawaan Azmir petang tadi, tidak patut dia membalas ciuman mulut Azmir, tidak sepatutnya dia memberi kerjasama ketika dalam kereta...

Ah! Apakah yang telah menguasai dirinya sehingga dia tergamak berbuat sedemikian? Selama ini Suhaila tidak pernah menganggap dirinya seorang yang cuma mengikuti kehendak nafsu. Dia bahagia bersama Hilman. Suaminya memberikan layanan batin yang secukupnya. Sebentar tadi bukanlah pengalaman pertamanya squirt. Suhaila dan Hilman sendiri telah banyak menerokai diri mereka sebagai pasangan seksual yang sihat. Azmir bukannya lebih handal dari suaminya. Tapi mengapa Suhaila tetap tersungkur?

Hatinya bagai berperang dengan diri sendiri. Ingin dilupakan peristiwa malam itu selama2nya. Namun tidakkah kejam jika dia mengabaikannya begitu sahaja? Adilkah kepada Hilman? Mana mungkin Suhaila dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini. Dipandangnya wajah Hilman sekali lagi. Suhaila mengucup lembut pipi suami yang dicintainya itu. Dia lalu berselimut dengan selesa dek kesejukan penghawa dingin. Mungkin tidur yang elok dapat menenangkan hatinya yang gundah gulana.

"TING!!"

Saat mata Suhaila hampir terlelap, satu mesej masuk ke telefon bimbit. Siapa pula gerangan yang menghantar pesanan pagi2 buta begitu.

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now