14. Carbonara & Bolognese

16.6K 136 3
                                    

Tergumam Suhaila mendengar luahan Azmir. Inilah kali pertama seseorang selain suaminya menyatakan mereka berhasrat ke atas dirinya. Sebahagian kata hati Suhaila ingin membalas dengan amukan kemarahan kepada Azmir. Namun sebahagian lagi menahan diri, memproses setiap kata yang baru diperdengarkan. Jika Azmir memang serius, apa maknanya semua ini? Adakah dia akan berkeras mendapatkan apa yang dia mahu? Adakah diri Suhaila selamat berada begitu dekat berdua-duaan dengan Azmir?

Sejurus kemudian makanan yang dipesan tiba di meja mereka. Azmir membantu pelayan tersebut menyusun dua hidangan spaghetti yang diturunkan; carbonara dan bolognese sebelum dia mengajukan soalan ke Suhaila.

"Awak lebih suka yang mana?" Azmir memberi pilihan kepada Suhaila.

"Saya tiada selera. Awak makanlah yang mana awak nak,"jawab Suhaila ringkas.

"Okay... Tapi kalau selalunya Suhaila akan pilih yang mana? Carbonara yang pekat berkrim dari keju yang dicairkan atau kuah tomato masam manis bolognese?"

"Saya selalunya tak makan makanan yang masam. Awak ambillah bolognese tu," balas Suhaila. Melalui cara Azmir menerangkan hadiangan tersebut, teringin pula dia merasa kuah krim dan keju carbonara yang memang kesukaannya itu.

"Haa macam tu lah Suhaila. Awak jangan malu2 cakap je dengan saya," kata Azmir sambil meletakkan pinggan carbonara tersebut di hadapan Suhaila. Azmir perasan Suhaila masih memandang tajam ke arahnya. Seolah-olah masih berhati2 dengan sikap baik yang dipamerkan Azmir.

Tanpa menunggu Suhaila, Azmir mula menikmati spaghetti bolognese tersebut. Melihatkan Azmir yang makan dengan bergitu berselera, Suhaila pun mencapai garfu lalu menyuap makanan ke dalam mulut. Sedap rasanya. Memang memenuhi cita rasa Suhaila sebagai penggemar keju. Tiba2 rasa laparnya mula kembali dan Suhaila melahap hidangan tersebut tanpa disedarinya. Tergerak pula hatinya untuk mengingati tempat ini agar dia boleh pergi lagi sekali, mungkin bersama Hilman nanti.

"Berselera betul awak makan ya Suhaila. Sedap sungguh ke hihihi," Azmir menyampuk Suhaila yang sedang menikmati makanannya.

"Boleh tahan," balas Suhaila sambil mengangguk perlahan. Dia cuba untuk tidak mengakui tempat pilihan Azmir ini memang sedap.

"Awak tau tak, bolognese saya ni pun sedap. Rasa manis tomato tu memang padu. Tak rasa masam langsung. Suhaila patut rasa juga,"

Sebelum Suhaila dapat menghalangnya, Azmir sudahpun memutarkan segulung besar spaghetti bolognese di sekeliling garfunya lalu dengan cermat meletakkan di atas pinggan Suhaila. Risau juga Suhaila jika Azmir hendak menyuapkan ke mulutnya terus. Alang2 sudah di pinggan, Suhaila merasa juga sedikit. Aduhh, sedap pula bolognese ini. Memang betul kata Azmir, tidak masam dan memang menepati cita rasanya.

"Kuah pekat, manis, tak masam. Mince meat pun banyak. Jarang saya boleh suka dengan masakan bolognese ni. Pandai pula dia pilih tempat," kata2 hati Suhaila terkeluar juga dari mulutnya. Azmir tersenyum mendengar pengakuan tanpa sengaja Suhaila.

"Kalau awak suka, saya boleh bawa awak ke sini lagi. Bila2 je yang awak nak," balas Azmir sambil mengenyitkan mata. Ahh sudah, kenapa lah aku puji Si Azmir ni tadi. Nanti makin perasan pula dia, kesal Suhaila.

"Err... Tadi awak meeting dengan Nora kan? Ada apa2 perkembangan ke?" Suhaila cuba menukar topik. Azmir tersenyum mendengar, dia sedar Suhaila semakin tidak selesa.

"Alhamdulillah semua tugasan kumpulan kita berjalan mengikut perancangan. Laporan dari kumpulan Azmir akan dihantar esok" Azmir melayan sahaja perbualan Suhaila. Mereka meneruskan perbincangan perihal kerja sehingga habis makanan yang terhidang.

**********

Seusai membuat bayaran, Azmir membawa Suhaila kembali ke rumah atas desakannya. Hari sudah semakin petang. Suhaila kenal betul suaminya. Dia risau Hilman akan pulang lebih awal memandangkan dia mengakui tidak sihat pagi tadi. Tatkala kereta mereka menyusuri jalan raya itu, Suhaila merasakan masih ada perkara yang belum selesai dengfan Azmir. Projek syarikat mereka masih lama untuk diselesaikan, Suhaila perlukan Azmir sebagai seorang rakan kerja yang boleh dipercayai.

"Azmir, what we had just now, at the restaurant... I can work with that. Kita boleh berhubung pasal kerja tanpa melibatkan awak buat perkara yang tak baik pada saya... kan?" Suhaila memecahkan kesunyian. Azmir mengambil beberapa ketika sebelum akhirnya membalas.

"Baiklah awak. Azmir faham. Saya pun seronok dapat meluangkan masa dengan awak. Saya akui memang saya mempunyai niat tidak baik membawa awak keluar hari ni. Tapi setelah melihatkan awak yang tidak selesa dari awal tadi, saya rasa kasihan pula. Sehinggalah awak boleh tersenyum dan berselera makan. I think I'd like to see that more," akui Azmir.

Suhaila lega mendengarnya. Dia berharap selepas ini urusan antara mereka berdua dapat dijalankan secara profesional. Tapi bolehkah Azmir dipercayai? Wajarkah Suhaila memejamkan sahaja mata kepada pengakuan Azmir di restoran tadi bahawa dia dalam diam meyukai Suhaila, mengINGINkan Suhaila? Tidak... Suhaila masih belum berasa selamat. Bagaimana pula dengan Hilman? Walaupun kejadian malam itu terpaksa disembunyikan dari suaminya, tapi Suhaila merasakan dia perlu memberitahu bahawa ada lelaki lain di tempat kerja yang menyukainya!

Bersambung

Jalan Sehala SuhailaWhere stories live. Discover now