BAHAGIAN 9
Pagi itu mereka bercadang untuk ke pekan.Yalah,jalan cuci-cuci mata,tengok chombi kat pekan.Syafreena dan adik-adiknya dari tadi sudah siap untuk bergerak.Aidil sudah menunggu di dalam keretanya.
"Kak long,mak rasa mak tak jadi pergilah.Mak ingat nak pergi rumah Mak Ngah kau.Dia dah minta tolong mak dari semalam.Mak terlupa pulak."ujar ibunya. Syafreena buat muka sedih.
"Makk...alaaaa..tak ada hari lain ke mak nak pergi rumah Mak Ngah tu.Jomlah pi pekan,mak."Syafreena seperti anak kecil,mendesak ibunya.
"Mak minta maaf sangat.Kak long pergi je denga Aidil dan adik adik.Sorry ya anakanda.Ibundamu tak boleh."Syafreena tak terkata.
"Hmm..baiklah ibunda..Anakanda nak pi pekan sat naa.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam...Jalan baik-baik naaa,"ujarnya.Kemudian,wanita itu menuju ke telefon.Gagang telefon diangkat dan menekan punat-punat nombor di atasnya.
"Assalamualaikum,Ngah.Aku ni Kamilah.Depa dah pi dah.Sat gi aku pi rumah hang.Kita bincang pasal anak aku dengan bos dia tu.Berkenan betul aku dengan dia."
"Hah,okey.Sat gi aku pi amik motor.Aku pi rumah hang.Assalamualaikum."ujar Puan Kamilah seraya meletakkan kembali gagang telefon.
Wanita berusia lebih kurang 48 tahun itu tersenyum-senyum.
***********************
"Mak cik,saya nak cakap sesuatu ni.Hajat saya ni sangatlah besar sebesar periuk belanga belakang rumah mak cik."ujar Aidil sambil kepalanya terteleng-teleng memastikan tiada sesiapa yang akan mendengar perbualannya.
"Hawat?Macam penting je?"
"Sebenarnya.....saya...er..sebenarnya saya..."Aidil tiba-tiba gagap dan terkelu.
"Sebenarnya apa?!"
"Saya nak kahwin dengam Syafreena!" Terbuntang kedua-dua bola mata milik Aidil.Begitu juga dengan ibu Syafreena.
'Tadi baru aku plan dengan Ngah.Si Aidil ni dah nak merisik.'
"Syafreena tahu tak?"Aidil menunduk.Dia menggeleng perlahan.
"Tak apa,mak cik setuju."
"Huish!Serius ke ni mak cik?"Terus bersinar-sinar mata milik Aidil.
"Tapi,kamu rasa bila agak-agak nak langsungkan majlis ni?"Aidil tersengih.
"Dalam minggu depan boleh?"Aidil mengesat titis peluhnya dengan tangan.
"Tunang minggu depan?Mak cik rasa okey..boleh."
"Eh,tak.Kalau boleh saya nak langsungkan perkahwinan saya dengan Syaf minggu depan."melopong Puan Kamilah jadinya. 'Amboi,tak menyabor benor budak ni.'
Aidil memandang wanita di hadapannya itu.'Mak oi,serius gila muka bakal mak mertua aku ni.'
"Erm...okey,boleh.Mak cik tak kisah.Tapi kita fikirkan cara macam mana nak bagitahu Syaf ni.Kamu ada idea ke?"Tanya Puan Kamilah.Aidil tersenyum lalu mengangguk.
"Apa caranya?"
"Haaaaaaa...Macam ni caranya..."Dengan itu mulalah plan pelik yang dikemukakan oleh Aidil.Tunggu dan lihatlah gamaknya..
***********************
Beberapa hari lepas perbincangan mesyuarat agong antara Aidil dengan Puan Kamilah..."Syaf,saya nak bagi cuti seminggu ni kat awak."ujar Aidil dengan tenang,seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
YOU ARE READING
I Love You,Incik Boss
RomanceSynopsis Syafreena,gadis biasa yang telah dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya,telah bangkit semula melawan rasa cintanya kepada Rizal dengan melakukan kerja lebih masa di salah satu syarikat terkemuka,Hushford Holding.Dengan bekerja lebi...