I Love You,Incik Boss

5.1K 179 3
                                    

BAHAGIAN 1

"Sayang...i'm sorry. I terpaksa tinggalkan you...i rasa terkongkong setiap kali you ada dengan i. You know, i rimas dengan perangai you yang entah apa-apa! Lagi satu,i dah tak cintakan you.I'm sorry i have to admit it.I harap you tak kecil hati dengan keputusan i...Hmm...Okeylah,i have to go now so take care of yourself.." ujar Rizal kemudian meninggalkan Syafreena yang tersedu-sedan sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.

"Abah kau! I harap you tak kecil hati dengan keputusan i.. Banyaklah kau!Apasal kau buat aku macam ni?Aku betul-betul cintakan kau!Tapi kau tinggalkan aku! Tak guna betul!!"ucap Syafreena sebaik sahaja Rizal hilang dari pandangannya.

Syafreena bangun dari duduknya,lalu menghampiri juruwang di kaunter untuk membuat bayaran.Setelah selesai sesi bayar-membayar,Syafreena berjalan keluar dari restoran makanan Perancis itu.Syafreena berjalan lesu di tengah-tengah kota yang penuh dengan kesibujan.Hiruk-pikuk yang membingitkan telinga bagai tidak kedengaran.Kesedihannya mengatasi segala-segalanya.Kenangannya bersama Rizal satu-persatu bermain di layar matanya.

Benar-benar dia tidak menyangkan bahawa dia akan ditinggalkan.Ini kerana sudah hampir 6 tahun dia bercinta dengan Rizal,sejak di universiti lagi.Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada Rizal semalam,dia yakin dan menyangka bahawa Rizal akan melamarnya untuk dijadikan teman hidup tapi....hampeh!

Kedebuk!!

Syafreena jatuh terduduk.Kasut sandal yang tersarung di kakinya ditanggalkan.Baru tersedar bahawa kakinya sudah melecet dan ada kesan luka.Dia mengaduh kesakitan.Kemudiannya,dia bangun.Syafreena mengambil keputusan untuk memegang kedua-dua pasang kasut sandalnya dan berkaki ayam.Beg tangan kecilnya itu dikepit di celah lengannya.

Mata bundar dan berkanta hazel asli milik Syafreena terpaku kepada sepasang kekasih atau mungki suami isteri yang kelihatan begitu ceria.Timbul rasa cemburu di hati.Baru beberapa jam berpisah dengan Rizal,dia kini sudah mula merindui Rizal.

"Wait!Syaf,buat apa kau nak rindukan lagi mamat undertaker tu..Stop ingat dia,cinta dia dan tolonglah lupakan dia!!"Syafreena berkata sendirian,memberi semangat kepada dirinya sendiri.Lantas,dia mengesat air matanya yang tadinya merembes keluar.Dia mengukir senyuman selebar-lebar yang mungkin.

P/S:Jangan berhenti membaca..kalau murah hati silalah vote dan comment...kalau tak suka beri komen supaya dapat diperbaiki..:)
Lagi satu,yg ni punya memang agak boring.cuba baca next chapter.mesti uollss suka!!

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now