I Love You,Incik Boss

2.4K 97 8
                                    

                          BAHAGIAN 7

          Sudah hampir 30 minit pemanduan Aidil,mata Syafreena tidak lepas memandang Aidil.Bukan kerana terpegun dengan tahap kehandsomean si Aidil,tapi perangai bosnya yang tiba-tiba baik memusykilkannya.Aidil masih lagi fokus memandu sambil bernyanyi kecil mengikut rentak muzik di corong radio.Jari-jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta menikmati muzik tersebut.

            "Syafreena,yang awak tenung saya macam singa lapar dah kenapa? Hai,handsome sangat ke saya ni? Bukan hari itu awak cakap saya tak handsome ke?"Aidil menyentak lamunan Syafreena yang panjang.

            "Eh,bos memang tak handsome pun. Saya pandang bos sebab saya musykil kenapa bos tiba-tiba je nak hantar saya balik kampung.Lagipun kampung saya tu kat Kedah!Lebih 5 jam nak sampai kampung saya.Ni mesti bos nak apa-apakan saya kan? Bos nak jual saya kat siam eh?"Syafreena terus memukul lengan Aidil.Terjerit lelaki itu jadinya.

             "Woi,sakitlah! Buat apa saya nak apa-apakan awak?Dan apa motif saya nak jual awak kat siam?Saya dah cukup kaya dah nak tambah duit lagi.Adui,bengkak lengan aku!" Aidil mengusap lengannya yang terasa sakit. Syafreena tersengih malu.

            "Sorry lah bos.Teremosi sikit. Yelah,saya pelik dengan bos je."

            "Awak nak tahu kenapa saya nak hantarkan awak balik sejauh ni?"Syafreena mengangguk.

            "Sebab....saya...sukakan awak!" Syafreena tersentak.Nak percaya ke tak benda ni.Dilihatnya Aidil yang tiba-tiba sahaja ketawa.

            "Syaf...Syaf!Takkanlah saya ni gila nak sukakan awak!Aduhai, awak kan PA saya. Lagipun saya tak minatlah style awak yang macam makcik cleaner nih.Kan saya dah transform awak dari ugly duckling pada swan..So,pakailah baju yang macam swan sikit lain kali ya."Aidil mengutuk Syafreena yang berada di sebelahnya.

           "Ish,bos ni!Bikin filem seram je tadi.Sikit je lagi nak kena heart attack." Syafreena mengusap dadanya perlahan.Kemudiannya,dia menguap perlahan.Tiba-tiba pulak mata ni rasa mengantuk.Aidil memandang sekilas.

           "Syaf,kalau awak mengantuk, awak tidurlah."ujar Aidil setelah Syafreena menguap beberapa kali.Syafreena apalagi,memang terus melentokkan kepalanya ke cermin.Terus sahaja tertidur. Aidil menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus fokus dengan pemanduannya.

********************

            Aidil mematahkan jari-jemarinya, meregangkan segala ototnya kerana terlalu lama memandu.Mujur sahaja dia membuat keputusan untuk berhenti di hentian rehat. Dapatlah dia minum kopi dan mencari makanan ringan.Syafreena yang masih tertidur di sebelah dipandang kejap.

            Tangannya mengalihkan anak-anak rambut yang menutupi muka Syafreena.Dan tika itu,entah mengapa dia berasa begitu tenang sekali melihat wajah polos Syafreena itu.Matanya beralih kepada alis matanya dan kemudian turun ke bibir merah merekahilik Syafreena.Namun kemudian, Aidil bagaikan tersedar.Terasa mukanya panas.

            "Dah kenapa pulak dengan aku ni?No!!!Whoah!This is so not me!!Wake up, Aidil!!Wake up!!!!!"Tiba-tiba sahaja Aidil menjerit. Syafreena sudah terjaga kerana terkejut dengan jeritan Aidil.

            "Bos ni dah kenapa?Jerit-jerit macam histeria je?"Syafreena bertanya sambil jarinya menggenyeh matanya yang terasa kelat.Diregangkan leher yang terasa letih kerana tidur dengan kepala yang senget. Rambutnya yang berserabai itu diraut dan diikat kemas. Sejak dah transform ni,Syafreena asyik jaga rambut dia sahaja.

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now