BAHAGIAN 2
"Weh,bos besar dah sampai!!"jerit salah seorang pekerja di Hushford Holdings. Masing-masing sudah teruja kerana ada gosip yang mengatakan bahawa bakal ada bos baru yang akan menggantikan bos besar mereka,Tan Sri Hussein,iaitu datuk kepada bakal bos baru mereka.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua..."Tan Sri Hussein mengucapkan salam.Namun begitu,yang menjawab salamnya hanya terdiri daripada staf lelaki sahaja.Staf perempuan? Mereka sudah terpukau dengan jejaka kacak di sebelah Tan Sri Hussein.
Hampir semua staf perempuan di Hushford Holdings ternganga melihat jejaka tampan,kacak,bergaya dan sewaktu dengannya.Kening tebal cantik terbentuk,mata berkantakan coklat gelap,hidung mancung dam bibir tipis itu kini menjadi perhatian.
"Ehem!!Girls,jangan nganga sangat nanti cicak masuk mulut pulak!Semua pakat dok usha cucu saya eh?Okey,hari ini saya nak kenalkan cucu kesayangan saya, Aidil Hafriz yang akan menggantikan saya dan akan memulakan tugasnya sebagai CEO Hushford Holdings yang berkuatkuasa hari ini.So,Aidil please introduce yourself,"Tan Sri Hussein memberi peluang kepada Aidil untuk berucap sepatah dua kata.
"Thanks,grandad!Hai,nama saya Aidil Hafriz bin Armand.I'm 27 and still single and available.Nice meeting you guys and tolong beritahu saya kalau saya ada buat kesilapan. One more thing,jangan takut dengan saya tapi hormat saya.Terima kasih." ujar Aidil kemudianya tersenyum.Tangannya yang dimasukkan ke dalam poket menyerlahkan lagi ketampanannya.Aidil memandang setiap seorang stafnya.Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang err..nak kata manusia macam tak, nak kata binatang adalah sikit.
Agak terbuntang jugalah matanya melihat ciptaan tuhan yang agak mengerikan itu.Dengan rambut kerinting yang mengerbang macam pontianak, kening yang bercantum dan bulu mata palsu pula sudahlah tebal dan hampir menutupi mata.
"Okey semua!Get back to work!!Jangan dok nganga sangat tengok cucu saya..."seloroh Tan Sri Hussein lalu memecahkan tawanya.Bahu Aidil dipaut dan diajak cucunya masuk ke dalam pejabat.
"From now on,this is your office and your assistant is Syafreena Ermila, the girl outside.Kak Ros will handle everything before Syafreena takes over.So far,anything else you want to ask?"Tan Sri Hussein memandang cucunya,Aidil.Dia amat berharap agar Aidil dapat menstabilkan masalah yang melanda Hushford Holdings yang sudah bertahun lamanya ditadbirnya.
"Grandad,siapa Syafreena?"soal Aidil dengan kening yang mulai bertaut.Hati berharap sangat, janganlah minah kening cantum kat luar tadi.Selisih! Tan Sri Hussein tersenyum.
"Aidil nampak tak budak yang rambut kembang tu?Haa, itulah dia Syafreena and she'll be your secretary soon.Syafreena tu bertanggungjawab tau.Tak silap grandad kan,dia dapat anugerah pekerja terbaik tiga tahun berturut-turut.Apa-apa yang Aidil tak tahu,tanya je dia. She knows everything..."Tan Sri Hussein menjelaskan.Aidil sudah meneguk liur entah untuk ke berapa kali.
'Perlu ke aku buat solat hajat dan berharap minah kening cantum mati kena langgar bulldozer? Err..macam kejam sangat pulak.Kang tetiba aku buat kerja macam ni nyawa aku diambil. Free-free je dapat dosa kering.Aku ni pun yang wajib pun buat jarang-jarang,ini lagi yang sunat!Memang tinggal harapan jelah!'desis Aidil sendirian.
"Grandad,tak boleh ke kalau Kak Ros je yang jadi PA Aidil? Bukan apa,Kak Ros kan dah lama kerja sini dari Aidil sekolah menengah lagi.So mesti Kak Ros lebih berpengalaman kan?Betul tak,grandad?"ujar Aidil dengan keningnya yang terangkat-angkat.
"No!! Grandad tetap nak Syafreena yang jadi PA Aidil.Well,i think i know what makes you don't want her to be your PA.Because she looks horrible,isn't it?Alasan tu memang tak munasabah.Apalah salahnya sekali-sekala tengok Syafreena tu daripada tengok perempuan yang seksi tak cukup kain?Nak tak nak,Aidil kena terima hakikat yang Syafreena akan jadi PA Aidil!"Tan Sri Hussein melambaikan tangannya kepada Aidil yang sudah terlopong.
"Oh Tuhanku!!Tariklah nyawaku!!!" Serentak dengan itu,dia memandang Syafreena sekilas.
P/S:Macam biasa la...tunggu update seterusnya dan vote dan komen la kalau sudi...;)
YOU ARE READING
I Love You,Incik Boss
RomanceSynopsis Syafreena,gadis biasa yang telah dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya,telah bangkit semula melawan rasa cintanya kepada Rizal dengan melakukan kerja lebih masa di salah satu syarikat terkemuka,Hushford Holding.Dengan bekerja lebi...