BAHAGIAN 10
Lepas sahaja berkemas di dapur, Syafreena masuk ke bilik tidurnya. Hatinya berdebar-debar.Rasa jantungnya macam nak tercampak keluar dari badan.Peluh merenik di dahi. Tangannya tidak berhenti mengelap peluh yang mengalir.Lain macam punya debaran ni beb.
Syafreena menolak daun pintu.Dia terjengket-jengket memasuki 'kamar pengantinnya'.Matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang enak diulit mimpi.
"Aduh bos ni pun satu,tiga perempat katil die dah sapu.Habis aku nak tidur kat mana ni.Takkan kat sofa,mana boleh.Aku tuan rumah!Ish bos ni memang nak kena belasah."Syafreena melangkah ke arah Aidil.Ditonyohnya bahu Aidil macam tonyoh roti canai.
"Bos,oh bos!Saya nak tidur ni.Macam mana saya nak tidur kalau separuh katil bos amik.Katil ni bukannya katil dua tingkat bos!"Syafreena membebel panjang.Tiada reaksi daripada Aidil.
Bahu Aidil menjadi mangsa tamparan, cubitan, dan segala an yang sewaktu dengannya.Masih lagi tiada reaksi.
Syafreena mula gelabah.
"Bos,bos dah mati ke?Bos oh bos!" Tubuh Aidil digoncang-goncang.
"Bos,janganlah mati bos!Saya baru je bergelar isteri,saya tak sanggup nak jadi janda bos.Bos ni,tak kesian ke kat saya,bos kahwin dengan saya tapi tak sampai berapa saat kahwin bos dah pergi ke alam lain.Bos,tak kesian ke kat saya.Kalau nak pergi pun tolong lah lepas seminggu ke...huhuhu.." Teresak-esak Syafreena di birai katil.
Aidil yang sedari tadi terdiam kaku menahan gelak,akhirnya terhambur juga ketawanya.Syafreena terkebil-kebil.
"Eh,bos bukan dah mati ke?"soal Syafreena.Blur benar mukanya.Aidil masih tergelak.Pipi Syafreena dicubit geram.Geram sebab comel kot.
"Bos tak mati eh?"soal Syafreena yang masih lagi tak sedar pada ketika itu.
"Eh awak ni nak saya mati sangat ke?Tak sayang kat saya ke?"ujar Aidil seakan-akan merajuk.
"Hah,yang berlakon mati tu kenapa?Bos nak mati sangat ke?Kang dibuatnya betul-betul macam mana?Eee bos,tak payahlah buat muka merajuk tu,buruklah.Dah lah tak hensem,buat gitu lagi buruk tau!"Kini giliran Syafreena tergelak sakan.
'Oh,kenakan aku eh?Tunggulah.'
Tangan Syafreena ditarik sehingga gadis itu terbaring di atas katil.Aidil memagar kedua-dua tangan Syafreena dengan tangannya.
Syafreena terkaku.Jantungnya berdebar dan bagai nak terkeluar. Matanya tidak berkelip memandang wajah Aidil disebabkan tindakan Aidil.
"Berani awak kan?"
"Be....be...berani apa bos?"Terketar-ketar Syafreena bertanya.
"Berani awak cakap saya tak hensem?Buruk?Awak tak sayang nyawa ke?"Aidil mendekatkan mukanya dengan muka Syafreena.
"Err...bos.Say...saya....saya minta maaf.Saya gu...gu..gurau je."Aidil mendekatkan lagi mukanya.Tinggal setengah inci sahaja bibir Aidil akan bersentuhan dengan bibir Syafreena.
Syafreena menelan liur.Matanya terkatup ketakutan.Aidil yang melihat tersenyum.Bibirnya singgah ke dahi Syafreena.
"Tahu takut!Cakap dekat suami macam tu lagi.Nak jadi isteri derhaka ke?"
"Saya janji saya tak buat lagi bos!Esok saya tak janjilah ya bos!"
"Syaf,wait!Stop calling me,bos.Panggil la dengan panggilan yang sweet-sweet sikit.Abang ke baby ke darling ke cutie pie ke?"Aidil tersengih-sengih.
"Eee,gelilah bos!Saya panggil bos, bos jelah.Lagi best."Syafreena mengusap lengannya yang terasa sejuk.Dipandang wajah Aidil seketika.Pandangan mereka bertaut.Sekali lagi jantung Syafreena memainkan rentaknya.
YOU ARE READING
I Love You,Incik Boss
RomanceSynopsis Syafreena,gadis biasa yang telah dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya,telah bangkit semula melawan rasa cintanya kepada Rizal dengan melakukan kerja lebih masa di salah satu syarikat terkemuka,Hushford Holding.Dengan bekerja lebi...