I Love You, Incik Boss!

2.1K 97 5
                                    

                           BAHAGIAN 5

           Pagi itu seperti pagi-pagi yang lepas,meja dipenuhi dengan kertas kerja bosnya yang 'rajin' itu.Disebabkan dia terlalu rimas dengan mejanya yanh sudah seperti kapal Titanic karam itu,dia mengemaskan kertas dan jadah-jadah yang ada diatas mejanya itu.Digitukan dan diginikan.Buku nota dan buku kerjanya diambil dan mahu disimpan di laci almarinya.

          Namun sebaik sahaja dia membuka lacinya,matanya tertancap pada bingkai gambar yang terbaring dalam laci itu.Diambil bingkai gambar itu dan dipandang dengan rasa yang remuk redam.

          "Rizal....Apa salah i sampai you tinggalkan i?Tak cukup baik ke i sampai you buat i macam ni?I dah korbankan masa i untuk you Rizal...Tapi kenapa perpisahan yang i dapat sebagai hadiah?"Tanpa sedar,tubir matanya mula pecah dan mutiara jernih keluar dengan lajunya.Dia sedih mengenangkan bekas kekasihnya itu.Hampir sekian lama bercinta tetapi ditinggalkan dengan tanda tanya.

            Gambarnya dan Rizal dikeluarkan dari bingkai gambar.Bingkai tersebut diletakkan kembali ke dalam laci dan kemudian gambar tersebut dibuang.

             "Syafreena!!!!!"teriakan Aidil memecahkan lamunannya.Dipandang ke bilik Aidil yang ditutupi dengan kaca.Muka bengis lelaki itu menggerunkannya.

             "Apalagi la si mangkuk tingkat ni nak?Pagi-pagi ceria ni dah jerit-jerit macan nak terberanak pulak!"Pantas air matanya diseka.Kacau je orang nak feeling-feeling.Buku notanya dicapai dan bergegas menuju ke ruang pejabat bos bossy dan fussy.

             "Ya,incik boss!!Ada apa terjerit-jerit macam orang kena sawan ni?"Amboi, statement berani mati!Kelas kau Bedah!!Matanya merenung wajah Aidil yang kelihatan huru-hara.

             "Syaf,awak kena tolong saya.Daddy saya yang kat Australia tu dah nak balik Malaysia!!!!!"Syafreena buat muka toya.Pahal bos aku ni?Apa kaitan bapak dia dengan aku?Setahu aku,aku tak perna skandal pulak dengan lelaki yang bergelar bapak orang ni!

             "Motif kes ni?Saya tak ada kaitan dengan Daddy bos!Apa yang nak ditolongnya pun???"Syafreena semakin pelik dan rasa musykil mulai timbul. Ni ada je dia nak mendajalkan aku ni.

             "Memang bapak saya tak ada kaitan dengan awak sebab tu bapak saya bukannya bapak awak.Yang penting sekarang ni,awak kena tolong saya,menyamar sebagai...."

             "Woah!!Apa menyamar-menyamar ni?Tak main la fake ni.Eee.. tak kuasa lah bos!"Aidil meraup mukanya tapi rambutnya yang tercacak itu masih tidak bergerak.Motif?

              "Dengarlah dulu...Menyampuk je tau bila orang bercakap.Saya nak awak menyamar dalam jangka masa yang pendek je.Hah!Saya akan bayar awak dua kali ganda daripada gaji sebenar awak.Amacam? Deal or no deal?"Aidil mula berharap.

              Dua kali ganda gaji aku!!!Whoah!! Super Daebak!!!!

               "Hah....Apa pulak kali ini bos nak saya menyamar?Tukang kebun?Penggali kubur seperti Tok Adi??"Syafreena sekali membuat muka soya basi.

                "Saya....nak....awak...menyamar.... sebagai....isteri saya!Jangan risau!Atuk saya kat London.So, no worries!"Rahangnya hampir terjatuh saat terdengar kata-kata yang terkeluar dari mulut bosnya itu.

                "Apa??!!!!!"

*********************

                "Apa??!!!!!Bos gila ke?Tak naklah saya berlakon jadi isteri bos!Buang tebiat ke apa?"Syafreena mengomel.Aidil mengeluh.

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now