I Love You,Incik Boss

2.4K 103 13
                                    

                           BAHAGIAN 8

       Syafreena bangun dari tidurnya untuk membantu ibunya di dapur.Cadar katil ditegangkan dan dia mula menggeliat menegangkan urat sarafnya.Lehernya diurut perlahan.Sakit-sakit badannya walaupun bukan dia yang memandu.

         Keluar sahaja dari biliknya,dia menjenguk Aidil di bilik tetamu.Langsir diselak dan kepala dijengulkan.Aidil masih lagi lena dalam tidurnya.Tanpa sedar,ada senyuman yang terpalit di bibirnya. 'Bos aku ni kalau tidur pun cute jugak.Tapi kalau terjaga aduhai laser benor mulutnya.'

        Dia menutup langsir dan kemudian berpaling untuk menuju ke dapur.Baru sahaja dia pusing sikit...

         "Ya Allah,mak hantu!!!!!!Makkkk!!!" Syafreena menjerit tatkala melihat dua lembaga yang berdiri di hadapannya dengan muka yang begitu menyeramkan.

         "Hey,yang kak long terjerit macam nampak toyol ni dah kenapa?"

         "Pergilah syaitan!Aku tak kacau kau.Bersemadilah kau di sana dengan aman.Janganlah kacau aku.Aku belum sempat kahwin lagi.Aku pun teringin nak ada anak dua tiga orang.Tolonglah jangan ganggu aku."Syafreena membebel panjang.

         Papp!!!
    
        Terasa pipinya ditampar perlahan. Matanya yang sedari tadi terkejam terus terbuka.

           "Kak long dah kenapa?Kena sampuk ke?"Matanya melihat Aliff,adiknya yang lagi satu dan Aidil yang dari tadi menahan tawa.

Teruk betullah!

           "Hek eleh!Yang tadi tu korang ke?Kak long ingat hantu kopek mana lah tadi.Tu yang meroyan gila sikit.Hehe..."Syafreena tersengih malu.Aliff bangun dari cangkungnya kemudian berlalu meninggalkan Syafreena dan Aidil.

           "Tadi saya dengar awak nak kahwin..Nak anak dua tiga orang..betul ke?" ujar Aidil sambil mendekatkan mukanya ke muka Syafreena.Mata nakalnya merenung ke dalam anak mata gadis itu.Merah padam Syafreena jadinya.

         'Aduh...apahal mulut aku ni bocor sangat...'Syafreena menggigit bibirnya.Mukanya kemerahan kerana mukanya terlalu dekat dengan muka Aidil.Berdebar-debar jantungnya.

     "Apasal senyap je?Saya rasa saya tak salah dengar.Kalau macam tu,i'm all ready. Saya tengah tunggu green light mak awak je."Aidil tersenyum nakal.

     "Eh!Siapa cakap saya nak kahwin dengan bos?Eee..tak malunya.Muka kalau handsome tak apalah jugak.Saya rasa bangla karpet yang selalu lalu depan rumah saya lagi handsome daripada bos."

     "Apa awak cakap? Bangla karpet lagi handsome daripada saya?"Sengaja Aidil mendekatkan wajahnya ke arah gadis di hadapannya.Tinggal beberapa inci sahaja lagi hidungnya akan mengenai hidung Syafreena.

     Terkejut dengan perlakuan Aidil, Syafreena menolak dada bidang Aidil dengan kuat sehingga lelaki itu tersungkur ke lantai.

     "Hah,padan muka bos.Nak kenakan saya kan...tengok tu dah kena daulat.. Hahahahahahahahaha"Syafreena ketawa jahat.Aidil mengepal penumbuk.

     "Siaplah kau!!Syaffffff!!!!"Aidil bangun dan terus mengejar Syafreena.Mulalah adegan kejar-mengejar di rumah itu yang disaksikan oleh dua pasang mata dengan bibir yang tersenyum.

P/S:Sorry ya..updatenya lambat dan pendek..maapin ya..gue busy sedikit..kerna tahun ini gue spm..maaf ya kalian

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now