I Love You, Incik Boss

2.2K 92 6
                                    

BAHAGIAN 4

Syafreena berlari dengan laju sehingga termengah-mengah dibuatnya.Ini pasal takut masuk office lambat.Sejak tadi dia terfikirkan syarat apa yang Mr.Fussy akan beri nanti.Ini kalau tak lain dan tak bukan mesti projek nak membuli lah ni.Syafreena mencebik sendiri.

Punat lif ditekan dan seketika kemudian pintu lif terbuka.Syafreena melangkah masuk ke dalam lif.Sementara menunggu lif terhenti,Syafreena memasang ipod dan mendengar lagu sambil menyanyi kecil.Rambut menggerbangnya diusap perlahan.Sepit rambut strawberi yang terletak elok di atas rambutnya dibetulkan sedikit.

Sebaik sahaja lif terhenti,Syafreena bergegas keluar dari lif dan menuju ke pejabat Mr.Fussy.Dia mengetuk pintu bilik itu dan setelah itu, dia memulas tombol pintu.Syafreena mencari-cari Aidil di dalam biliknya.Tetapi orang yang dicarinya tidak ada.Namun selepas itu,matanya tertancap pada susuk tubuh yanh sedang tidur nyenyak di atas sofa.

"Hek eleh, kat sini rupanya.Hai,best betul jadi bos ni,Encik Aidil.Boleh tidur waktu kerja macam ni. Tak payah bersusah payah buat kerja penat-penat.Untung jadi bos macam Encik Aidil ni.Kalau nak tunggu saya jadi bos,alamatnya kena tunggu rambut menggerbang saya ni ditebas agaknya." Syafreena berkata sendirian.Tersenyum dia melihat muka bosnya yang seperti budak-budak ketika tidur.Pulas sekali kelihatannya.

''Nak kejut dia ke tak ni?Kalau kejut nanti kena marah pulak kacau si sleeping handsome ni tidur.Tapi kalau tak dikejutkan nanti aku juga yang kena bebel.Dilema betullah!"Syafreena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Ah,kejut jelah!

"Encik Aidil!Oh Encik Aidil!Bangunlah...Saya dah sampai ni."Syafreena mulai menggoyang-goyangkan tubuh Aidil.Lelaki itu menggeliat sedikit. 'Oh...tak nak bangun ya??Siaplah kau!'

"Bismillahirrahmanirrahim....Yaaaaasiiiinnn..." Serta-merta mata Aidil terbuka seluas yang mungkin.Dipandangnya Syafreena yang sudah mengekek ketawa.Terus sahaja dia bangun dari pembaringannya. Kotnya dibetulkan.Rambutnya yang agak tidak kemas dibentukkan sambil matanya merenung tajam Syafreena.

'Siaplah kau Syaf!Tunggu jelah nasib malang yang menimpa kau malam nanti. Hua hua hua!!!'hati kecil Aidil mulai ketawa jahat.Tangannya masih ligat membentuk rambutnya.Kalau sekali pandang adalah muka mamat korea sikit.Hehehe...

"Bos, kita nak pergi mana ni?? Kalau boleh nak balik awal sebab saya kena balik kampung.Mak saya sakit.Saya risau ni.Aidil diam.Tidak mempedulikan Syafreena.Dia berjalan bersahaja sambil memandang Syafreena sekilas.

Mereka turun bersama-sama menggunakan lif.Syafreena sedari tadi menggumam bibirnya, mengutuk bos mungkin?

Apabila tiba di parkir yang berhadapan dengan pejabatnya,Aidil menekan punat di atas kunci keretanya.Kemudian dia menghempas punggungnya dalam perut keretanya.Setelah beberapa minit duduk di dalam kereta,Aidil menekan hon keretanya apabila melihat Syafreena yang berdiri tercegat bagai patung di hadapan keretanya.

Syafreena membuka pintu kereta Volkswagen Beetle yang super mewah itu dan masuk ke dalam perut kereta itu.Beberapa tika selepas itu, Aidil menekan pedal minyak sekuat yang mungkin membuatkan Syafreena di sebelahnya bagai cicak kobeng tersedak susu.

"Bos, agak-agaklah nak suruh saya mati cepat pun.Janganlah macam ni caranya.Saya nak mati dalam keadaan yang lebih baik daripada situasi sekarang ni.Kalau saya mati sekarang, tak sempat saya nak belikan emas untuk mak saya kat kampung, nak rasuah adik-adik saya dengan choki-choki dan nak mandikan cik kembang kat kampung tu."ujar Syafreena panjang lebar sambil matanya masih tertutup rapat,takut melihat kereta yang dinaiki itu hampir sahaja terbang.

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now