EPILOG
Syafreena mengemas ruang tamu.Nampak tak cantik di matanya.Syafreena tak boleh betul kalau nampak benda sepah sikit.Tangan ni gatal je nak kemaslah,bersihkanlah,macam macamlah.
Setelah mengemas ruang tamu,dia mengambil mop untuk mengemop lantai setelah siap menyapu tadi.Syafreena memakai headphone di kepalanya.Sambil mengemop,dia terkinja-kinja menari sambil menyanyi.Sekejap gaya macam Elvis Presley,kejap macam penyanyi black metal pulak.
Aidil memasukkan keretanya ke perkarangan rumah.Dia mematikan enjin keretanya dan keluar dari perut keretanya.Aidil mengetuk pintu berkali-kali.Dah bagi salam pun tak dengar.
"Syaf kat atas kot.Tu yang tak dengar agaknya."Aidil bersangka baik.Kejap lagi kau tengok bini kau terkinja-kinja,terkejut beruk kau nanti.Aidil pun membuka pintu menggunakan kuncinya.
Setelah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu,matanya terpaku pada isterinya yang menari dan kemudiannya menyanyi sambil mengemop.
"Oh,bukan kat atas,rupa-rupanya menggonjeng kat bawah.Si syaf buat pesta dangdut ke apa ni?Nak kena budak ni,"Aidil mendekati Syafreena perlahan-lahan.Setelah hampir dengan isterinya,dia memegang pinggang isterinya.
Dahlah orang tengah sedap buat konsert,ada orang buat kacau.Mau tak terkejut beruk.Syafreena terus mengetuk kayu mop kepada orang yang memegang pinggangnya.Tindakan refleks.
"Adoi,sayang!Sakitlah.Abang bukannya perompak."
"Eh,abang.Kenapa balik tak bagitahu,"
"Kan tadi abang call nak balik lunch,hm lupalah tu,"Syafreena menepuk dahi.Matanya meliar melihat jam di tangannya.Alamak,tak masak lagi!
"Abang,Syaf tak masak lagi.Macam mana ni?Syaf busy sebab tadi buat konsert sampai lupa abang nak balik lunch.Abang,sorry.Syaf lupa gila."Aidil tersengih sambil mengusap kepalanya yang diketuk tadi.
"Tak apalah sayang.Kita makan luar jelah.Abang pun ingat nak terus cuti jelah,malas nak masuk balik.Boleh ajak Syaf pergi shopping."
"Eh,kenapa pulak.Kang kena marah padan muka."
"Siapa yang nak marah abang.Abang kan boss,"
"Amboi,riaknya abang.Sampai terkembang-kembang hidung tu,"Syafreena mengejek suaminya.Aidil tiba-tiba sahaja keluar idea nakalnya.
Dia memerhatikan Syafreena yang masih lagi mengemop.Dia mendekati Syafreena lalu mengambil mop tersebut daripadanya. Syafreena tersentak.
"Abang,Syaf tak habis buat kerja lagi..." Kata-katanya terpotong,dek bibirnya yang ditangkup dengan tangan kasar Aidil.
Syafreena bagai kena pukau apabila mata yang berkantakan coklat hazel itu merenungnya.Bibirnya kaku.Aidil mendekatkan mukanya.
Hampir setengah inci daripada bibir mungil milik Syafreena,tindakannya itu terhenti kerana bunyi telefon bimbitnya.Aidil mengeluh.Melepas!
"Hello!Waalaikumsalam,grandad!Hah?Grandad nak datang rumah Aidil?Err,bila?Hah?Petang ni?Okey,grandad.See you later.Assalamualaikum."Aidil menekan skrin telefonnya.
"Tan sri nak datang ke?"soal Syafreena setelah diam beberapa ketika.Aidil mengangguk.
"Abang pergilah mandi dulu,Syaf nak siapkan mop dulu.Then nak masak sikit untuk Tan Sri."Aidil mengangguk dan tersenyum kepadanya.
YOU ARE READING
I Love You,Incik Boss
Любовные романыSynopsis Syafreena,gadis biasa yang telah dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya,telah bangkit semula melawan rasa cintanya kepada Rizal dengan melakukan kerja lebih masa di salah satu syarikat terkemuka,Hushford Holding.Dengan bekerja lebi...