BAHAGIAN 6
"Daddy,meet my wife,Syafreena Ermila..25,from Kedah.She's pretty isn't it?That'why Aidil nak kahwin dengan Syaf ni.Syaf,ni daddy abang yang abang ceritakan hari tu."Aidil memperkenalkan bapanya,Armand kepada Syafreena.Gadis itu kemudiannya menghulurkan salamnya dan disambut oleh Armand.
"Apa khabar,Daddy?Gembira dapat kenal dengan Daddy.Encik..errr...Abang Aidil banyak cerita pasal Daddy."ujar Syafreena ramah.Armand tersenyum.
"Apa yang Aidil cerita pada kamu?Nak jugak Daddy tahu.Mana tahu budak ni mengumpat pasal Daddy ke..."Armand berkata lalu menyisip kopi panas yang sudah tersedia tuang di dalam cawan yang bercorak ala Inggeris itu.
'Ah,sudah!Apa pulak yang si Syafreena nak cakap pada Daddy?Bila pulak lah aku bercerita kat dia pasal Daddy.Memandai je budak ni.'gerutu Aidil sendirian.
"Banyak sangat Daddy..Abang Aidil cerita pasal Daddy banyak sangat sampai dah full memory Syaf."Syafreena cekap berdalih.Haihh,tak pasal-pasal cipta dosa kering aku hari ni.
Aidil menghela nafas lega. 'Sipi-sipi je nyawa aku nak melayang.Nasiblah budak ni pandai corner baring depan Daddy.Kalaulah dah kantoi tadi,haih melepaslah duit saham yang Daddy nak bagi pada aku.'Aidil menghela nafas kelegaan entah untuk ke berapa kalinya.
"Bila kamu kahwin ni?Grandad tak cerita apa-apa pun pasal wedding korang.Betul ke korang ni dah kahwin?Entah-entah kahwin olok-olok je?"Syafreena dan Aidil kedua-duanya menelan liur.Alamak,gi mana nih?
"Err...kami kahwin kat luar negara. Kahwin senyap-senyap je.Tak ramai yang tahu,cuma keluarga Syaf dengan Aidil je yang tahu."Bedal jelah!Yang penting ada juga alasan nak bagi.
"What?Kat luar negara??Daddy pantang betul kalau ada keluarga Daddy yang kahwin kat luar negara?Takkan kamu tak kenal dengan Daddy?Daddy ni berjiwa patriotisme.Daddy tak suka lah macam ni." Dahi tua milik Armand yang sudah sedia berkedut semaki berkedut disebabkan perihal anak terunanya itu.Hmmm...teruna ke?
"Alah,Daddy...Kahwin kat mana-mana pun sama je.Yang penting dah halal kan sayang?"ujar Aidil lalu mencapai tangan lalu dikucupnya.Syafreena sudah terkejut beruk. 'Pahal nak cium-cium ni.Agaklah,bos!'
"Daddy nak kamu kahwin lagi sekali." Aidil sudah ternganga.Syafreena lagilah,rahangnya sudah rabak,tak boleh nak tutup dah.Armand sudah tersenyum.
"What??"Aidil dan Syafreena,kedua-duanya menjerit.
"Aidil,marriage is such a divine relationship and we should do it properly.Barulah perkahwinan tu akan jadi lebih baik sebab kita jemput orang ramai meraikan kebahagiaan kita.Berkongsi kebahagiaan.Got it,son?"Mereka berdua saling berpandangan.
"You two just discuss this matter later...Now,let's eat."Armand mempelawa mereka makan bersama.
"Yes,i think we should discuss this later kan,sayang?"Syafreena melemparkan senyuman plastik econsave kepada Aidil.
**********************
"Macam mana ni bos?Tak naklah saya kahwin dengan bos!Dah lah tak handsome..." Syafreena merungut sejurus mereka berdua masuk ke kereta.Sempat lagi tu mengutuk bos dia.
YOU ARE READING
I Love You,Incik Boss
RomanceSynopsis Syafreena,gadis biasa yang telah dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya,telah bangkit semula melawan rasa cintanya kepada Rizal dengan melakukan kerja lebih masa di salah satu syarikat terkemuka,Hushford Holding.Dengan bekerja lebi...