••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
"oi, apa kau buat tu? "
Terjah Daniel. Dibawanya muka bengis.Sekali pandang, memang kecut perut. Ya, kat rumah memang gedik mengalahkan anak dara.
Tapi, kat luar rumah. Memang berbeza macam langit dan bumi perwatakannya.
"erk, tak ada apa-apa. Aku tolong diaorang ni je tak jumpa barisan kelas. " jawab pengawas sekolah yang tinggi itu.
"3 Lavender kat sana. Pergi berbaris sekarang. Kau pergi jaga kat hujung sana. "
Arah Daniel penuh serius. Bab kerja jangan bawa main dengan Daniel. Tapi kalau kau sentuh Dahlia walaupun pandang lama.
Memang tempah kubur lah jawabnya.
Dahlia dan Amani terus tunduk dan jalan tinggalkan mereka.
Dahlia sendiri terkejut tengok perlakuan abangnya. Mungkin sebab ini kali pertama dia jejak ke sesi pagi?
"Kalau kau pandang perempuan macam tu lagi. Muka kau, aku tak agak-agak nak sentuh. "
Bisik Daniel ke telinga pengawas tadi.Matanya meluncur ke tag nama pengawas.
"Adam"
Namanya disebut. Daniel terus jalan meninggalkan Adam berdiri tegak di situ.
"auch, hari pertama dah kena marah dengan ketua pengawas. Parah betul"
Bisik Adam. Tangannya menepuk dahiYa, siapa sangka. Daniel ialah ketua pengawas. Keputusan muktamad dibuat oleh Pengetua sekolah, Encik Suhaimi seminggu sebelum sekolah dibuka.
Muhammad Daniel sememangnya pelajar 'kegemaran' sekolah.
Dan, sepatutnya Firdaus dari kelas 5 Iman yang patut memegang jawatan ketua pengawas.
Tetapi, Pengetua sama sekali tidak setuju. Bukannya apa, Firdaus juga tidak kurang hebatnya menjadi pelajar contoh.
Tetapi jawatan ketua Badan Dakwah juga dia pegang. Jadi, ketua pengawas tidak dapat dia genggam lama.
Walaupun begitu, Daniel dan Firdaus masih berkawan baik. Tetapi masing-masing ada haluan sendiri.
Ammar Azim menjadi satu satunya kawan yang ada tempat dia mengadu dan bermanja. Hiks, dah macam anak beranak pulak dua orang ni.
Sebelum ni sejak Tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 Daniel dan Ammar menggengam sebagai pelajar aliran agama.
Tetapi, disebabkan minat mereka lebih cenderong ke arah sains. Maka, mereka berputus kata untuk masuk kelas Sains Tulen bersama-sama.
Manakala, Firdaus ingin meneruskan pelajarannya dalam aliran agama dan dia juga hormat pada keputusan yang dibuat oleh Daniel dan Ammar.
Mereka bukannya budak kecil lagi mahu merajuk bila kawan baik tak ingjn ikut sekali. Masing-masing dah matang.
"test test. One two three. "
Suara Ammar bergema di tapak perhimpuanan. Percubaan penggunaan mikrofon digunakan oleh Ammar setiap pagi.
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...