••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Ammar terus menoleh kebelakang setelah habis berzikir cukup 99 tambahnya lagi satu menjadi cukup 100
Setiap kali lepas solat fardhu boleh amalkan.
سبحان لله 33x
الحمد لله 33x
الله اكبر 33x&
Tambah
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ
الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌMaka dosa akan diampunkan walaupun sebanyak buih dilautan.
Sumber gambar dan amalan zikir : telegram Iddin Ramli
"korang, baca ni subhana Allah, Alhamdulillah, Allahu akbar. Masing-masing 33 kali. Lepastu cukupkan 100 dengan tambah
La ilaha illlahu wahdahu la syarikalahu, lahu mulku walahulhamd, wa huwa ala kulli syai'in qadir.
Inysa Allah dosa akan diampunkan walaupun sebanyak buih-buih di lautan. Baca selepas solat fardu ya? "
Pesan Ammar seperti seorang abang yang cukup prihatin dengan adiknya.
Mikail dan Shafiq sekadar mengangguk tanda faham. Sungguh, sudah lama dahi ini tidak menyembah sejadah untuk sekian lamanya.
Tak hairanlah, hati selalu tak senang dan resah sentiasa. Cuma.... Solat fardu kali ini cukup menyedarkan dia dan telah memberikan rasa keindahan yang lain dari yang lain apabila kembali bertemu-Nya dari setelah sekian lama.
Hatinya cukup terasa tenang. Terasa seperti masalah yang terbeban di bahu hilang begitu sahaja.
Resah yang bersarang di dalam hati telah dibersihkan.
Tiba masa untuk sesi 'Tarbiah' kepada mereka yang haus dengan nasihat.
"tapi bang... Terlalu banyak dosa saya bang. Menipu, memfitnah...banyak lagi. Saya ni layak ke diampunkan dosa macam tu je? " soal Shafiq. Sedari dari tadi hanya mendiamkan diri.
Dirinya cukup kagum dengan sikap yang ditonjolkan oleh Ammar. Meskipun difitnah masih lagi sudi melayannya dengan baik.
"maafkan saya bang... Walaupun saya dah banyak fitnah abang, tapi abang masih lagi mahu tolong saya. Saya... Terkilan... "
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...