🍂 011 : Aaris

31 1 3
                                    

••••

"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"

••••

Ramai pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas setelah loceng sekolah berbunyi menandakan bahawa tamat sudah waktu berehat.

Daniel jauh meninggalkan Ammar di belakang yang sedang leka dengan satu pertanyaan dari Daniel.

"Mar, kenapa muka kau merah? "

"kenapa muka aku merah? "
Ammar mengulangi pertanyaan tersebut sambil mengusap lembut pipinya.

Kebetulan Najmi berada di depannya ketika berjalan menuju ke kelas, Ammar memanggilnya.

"Mi, muka aku nampak merah ke? " Ammar bertanya.

Najmi mengangguk.

"muka kau nampak merah. Tapi sikit je lah. Tak adalah merah sangat macam tomato. " balas Najmi sambil memandang Ammar yang berada di belakangnya.

" Kau rasa kenapa eh? " Ammar kembali menyoal.

"antara dua sebab ni je. Sama ada muka kau terdedah dengan matahari terik atau kau tengah malu. Pendek kata blushing lah. " terang Najmi sambil berjalan.

Ammar merenung seketika memikirkan jawapan dari Najmi.

'Aku malu? '

"Mar, masuk kelas cepat. Nanti cikgu masuk. " arah Azri dari belakang pintu kelas.

Ammar memandang Azri lantas mengangguk. Kakinya laju melangkah masuk ke dalam kelas.

"kenapa aku nak malu? Tak akanlah sebab -"

"Budak perempuan tu"

bayangan wajah Dahlia bermain di dalam fikirannya. Muka Ammar bertambah merah, tangannya laju menutup mulut.

Lalu meraup wajahnya beberapa kali.
"Astaghfirullah al azim " ucapnya. Panjang

"apa benda kau merepek ni? istighfar istighfar." Ammar berpesan kepada dirinya supaya mengelakkan dirinya dari terus berfikir tentang perempuan. Lalu menuju ke tempat duduknya dan meneruskan sesi pelajaran.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Langit luas terbentang berwarna cerah kemerahan ditambahnya lagi dengan pelbagai bentuk awan-awan menjadi penyejuk mata. Udara pagi yang segar, angin sederhana sejuk mencubit lengan Ammar.

Matanya dipejam rapat, hidungnya perlahan-lahan menghirup udara segar lagi sejuk. segaris senyuman diukirnya seperti ada satu berita gembira yang akan menyapanya.

"Subhana Allah walhamdulillah, walaaila hailallah, Allah akbar" ucap Ammar yang berada di hadapan pintu pagar rumahnya bersama sebuah basikal moden berwarna hitam di sebelahnya.

"abang gerak dulu tau. Assalamualaikum." kata Ammar kepada penghuni rumahnya yang berada di belakang pagar besar rumahnya.

"waalaikumsalam. Tunggang basikal elok-elok tau!" Balas si penghuni rumah berserta dengan pesanan ringkas kepada Ammar.

Terpedaya Where stories live. Discover now