🍂006 : Fitnah

23 2 20
                                    

Langit mendung kelabu kegelapan mula mempamerkan dirinya.

Awan gelap berkumpul berkolompok. Nampaknya, tanah bumi akan dibasahi dengan sedikit curahan air hujan dariNya.

Hari yang malang....

Langit seakan dapat menjiwai apa yang hatinya yang kecil rasa.

Ya, pedih. Pedih yang amat...

Pasrah, kecewa, putus harapan dan berbagai lagi. Semuanya bercampur baur.

Kepalanya didongak ke atas melihat langit hitam.

Hitam lah kau kepekatan malam. Titiskanlah air hujanMu biar sebati dengan kepunyaan ku.

Hujan turun sedikit demi sedikit memukul tanah. Makin lama makin banyak menurun jatuh menyembah tanah.

Ada yang diserap, ada juga yang bertakung menjadi lecak.

Lama juga mata ini ditakung dengan mutiara jernih.

"kenapa hidup ku begini Ya Tuhan? "

Pedihnya luka di dahi tidak diendahkan. Masih terasa berpijar-pijar di pipinya akibat satu hemparan tampar dari seseorang yang dia sangka menyanyangi dia.

Tidak, salah. Tiada siapa sayang dia.

Datangnya seorang dibawanya memori indah, perginya seseorang meninggalkan di saat hidup yang pahit. Ditinggalnya pengajaran.

"siapa lagi yang mampu ku bergantung? " soalnya.

Tiba-tiba cecair pekat keluar mengalir dari mulutnya saat dia baru sahaja ingin menatap tanah.

Matanya terbeliak.

"d-darah?! "

Tangannya laju mengelap dan mengangkat tangan yang adanya kesan darah ke hadapan matanya.

Kepalanya sakit dan pening. Perlahan-lahan kepalanya jatuh menyapa tanah yang basah ditemani dengan air hujan yang mencurah.

Matanya mula terasa berat dan laju tertutup.

ーーーー

Iris matanya dapat menangkap satu panahan cahaya tajam kena ke mata.

Matanya dibuka secara Perlahan-lahan. Sel badannya mula kembali berfungsi segala rangsangan mula dirasainya.

Baru dia sedar, tangannya digenggam lembut oleh seseorang.

Matanya menoleh perlahan ke arah genggaman tangannya. Lantas memandang empunya tangan yang berani menggenggam tangannya yang kecil dan berharga.

Matanya diseret dari tapak tangan terus ke lengan dan diikuti dengan wajah empunya.

Hatinya sedikit terperanjat.

"tak mungkin-"

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

"Megat, dah habis baca?" soal Mia selaku penolong ketua kelas 5 Violet.

Terpedaya Where stories live. Discover now