••••"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
"Amani !" Dahlia memanggil sahabatnya dari jauh. Dia langsung tidak menyangka bahawa Amani turut serta dalam program usrah di masjid berdekatan rumah mereka.
Senyuman gembira terukir di bibir mereka berdua. Dahlia laju melambai tinggi tangannya lalu lambaiannya dibalas ikhlas dan terus berlari laju menuju ke arah Dahlia yang berdiri di hadapan pintu dewan usrah masjid mereka.
'Kalau bukan sebab abang ajak tadi, aku terpaksa tunggu hari isnin depan, baru berjumpa dengan Amani'
Malam semalam, abang bercerita tentang usrah yang disertainya dengan bersemangat wajar. Bersungguh-sungguh abang cerita dari A sampai Z. Aku yang sekadar mendengar pun turut terasa keseronokannya.
Lagi-lagi bila dapat tahu Amani juga turut serta. Lagi bertambah lah semangat kita!
Mereka berdua mula rancak berborak antara satu sama lain. Bertanya khabar dan bercerita. Biasalah perempuan, sentiasa ada sahaja topik yang ingin dibualkan. Kemudian diteruskan dengan berkenalan dengan ahli usrah yang lain lalu dimulakan topik yang akan dibicarakan oleh Naqibah Ustazah Intan.
Manis orangnya.
Pelbagai topik yang dibincangkan bersama naqiba dan ahli usrah yang lain. Terutama sekali tentang feqah wanita.
Banyak ilmu baru yang Dahlia dapat. Insya Allah, ilmu ini akan berkekalan hingga akhirat dengan izin Allah.
Dua jam sudah berlalu, waktu telah menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk berpisah. Tapi tidak kepada Dahlia dan Amani, waktu tidak memisahkan mereka kerana Dahlia mengajak Amni lepak bersamanya di Popular.
"Lia, dah tiga tahun kita berkawan. Tapi kita tak kenal keluarga masing-masing pun. Apa kata hujung minggu nanti awak datang rumah saya? Kita buat kerja laporan Geografi bersama-sama," Amani membuka bicara.
"Kerja lapangan ke laporan?" Dahlia memerli rakannya yang sering lupa akan sesuatu perkataan jika ada perkataan lain yang lebih kurang bunyinya.
"Lapangan ehh, hahaha" Lantas Amani membetulkan soalannya.
" on je, abang awak ada ke? saya malulah " Dahlia menggaru pipinya sambil memandang Amani.
"I am not really sure about that... Tengoklah nanti. Alah janganla risau nanti saya suruh abang saya duduk diam-diam dalam bilik dia. " Balas Amani.
"Alright," jawab Dahlia.
"Nasib baik Popular dengan masjid dekat je. " Kata Dahlia. Kaki mereka berdua berada betul-betul di hadapan kedai Popular.
Tak sampai sepuluh minit, destinasi mereka kini berada di depan mata. Tak banyak sangat buku yang dicari mereka. Sekadar ingin meluangkan masa selagi mampu.
Dahlia dan Amani laju bergerak ke rak buku pilihan hati. Nama pun sahabat baik, sudah pastinya minat pun sama.
Mereka menyerbu rak buku khas yang diterbitkan oleh syarikat iman publication. Penulis kegemaran mereka berbeza. Dahlia lebih suka akan karya daripada Teme Abdullah. Manakala Amani pula lebih kepada cara penulisan yang membawa semangat dalam meneruskan hidup.
Contohnya karya dari Ayesha Syahira.
Masing-masing membeli buku yang berbeza. Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan." Aaah, malasnya nak balik rumah. Jom lepak kat taman jap. " Dahlia mengeluh. Entah mengapa hatinya terasa berat ingin melepaskan Amani.
YOU ARE READING
Terpedaya
Storie d'amoreWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...