🍂007 : Keadilan

20 1 6
                                    

••••

"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"

••••

"agh, stresnya aku!"

Panggilan telefon dari Ammar langsung diendahkan. Perkara yang telah berlaku di sekolah sebentar tadi memang menyakitkan hati.

"aku tak sangka kau talam dua muka. Dasar munafik"
Daniel melontarkan sumpah seranah tanpa sebab yang kukuh.

Runsing kepalanya apabila teringat kembali kejadian yang berlaku di tandas selepas pulang dari bilik pengawas.

Flashback

Daniel's POV :

"gembiranya hati ini, bila adik kesayangan dah jadi pengawas"
Daniel menyanyi riang ketika dalam perjalanan pulang ke kelas.

"dengan kuasa ketua pengawas, aku boleh buat apa saja yang aku nak"
Katanya lagi. Dah macam watak antogonis.

"senang lah aku nak perhatikan si Dahlia ni. Mesti tak ada sesiapa berani kacau dia."
Walaupun nampak jahat, tapi masih ambil berat tentang Dahlia.

Macam mana ni?

"ouh, biasanya budak nakal lepak kat tandas buruk belakang sekolah. Baik aku pergi tinjau sekejap. Mana tahu dapat tangkap, rezeki aku"

Tidak jauh dari kawasab tandas buruk tu dapat tangkap bau vape.

Kan dah cakap.

Daniel terus berjalan dengan pantas menuju ke dalam tandas tersebut.

Pft, perisa milo? Benda boleh beli air kotak kat kantin. Kenapa lah nak susahkan diri beli benda tak guna tu?

Daniel dapat mengesan bau dan perisa vape yang diguna pakai oleh si pelaku.

Deria bau Daniel memang berfungsi dengan baik sekali. Lebih baik jadi polis dari jadi doktor.

Apabila kakinya melangkah masuk ke dalam, matanya dapat menangkap satu susuk tubuh seorang lelaki.

Bibirnya terukir satu kemenangan.

Habis lah kau.

Dia terus melangkah untuk mendekati si pelaku.

Apabila dia dapat mengesan milik susuk tubuh tersebut. Dahinya berkerut.

Tak mungkin...

Matanya terus beralih ke kasut milik si pelaku.

Dia seakan tidak percaya. Cara pemakaiannya sperti orang yang baik, tak kurang juga dengan perlakuannya yang cukup alim.

Rupa-rupanya inilah sisi sebenar kau, Mar.

"Ammar! "
Daniel memanggil nama sahabatnya.
Sahabat yang setia dengan dia.
Sahabat yang sentiasa ada bila dia susah.
Sahabat yang sering menegurnya bila dia tersasar.

Terpedaya Where stories live. Discover now