••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Di pagi hari yang segar, cengkerik berbunyi. Langit berwarna separa merah jambu dan biru menghiasi langit.
Air embun dari daun hijau menitis jatuh ke tanah. Pukul tepat 6 pagi masih ramai lagi yang baru tersedar dari mimpi.
Lain pula dengan Daniel. Sudah siap dengan baju pengawas serba biru. Orangnya biasa-biasa sahaja.
Tidak bersongkok ataupun berkain samping. Mendapat gelaran Doktor (Dr.) ialah hala tuju utamanya.
Matanya tertumpu pada ayat-ayat terjemahan Al Quran.
Apabila kita mula memahami dan menghayati isi Al Quran. Secara tidak langsung, kita akan mula mengenal lebih lagi kepada Sang Pengatur cerita. Bila dekat denganNya, hati menjdai lebih tenang.
Sekarang ni, ramai orang cari ketenangan dengan membuat maksiat. Mengadu kepada yang bukan mahram. Sedangkan Dia sedang menunggu kau untuk mengadu.
Setelah habis dua muka surat. Dia akan teruskan dengan membaca buku rujukan.
Sebagai mengimbas kembali pelajaran yang lalu dan membaca intipati pelajaran yang akan dipelajarinya nanti.
'pit pit pit pit'
Bunyi jam di tangannya sudah berbunyi menandakan sudah tepat pukul 6:30.
10 minit makan pagi bersama keluarga.
Perjalanan dari rumah ke sekolah hanya mengambil masa 10 minit sahaja.Ia bermakna mereka sampai ke sekolah awal 40 minit. Faham?
Sesi perhimpunan akan berlangsung pada pukul 7:30.
Faham tak? Okey tak apa. Sebernanya macam ni.
Dah faham? Hahaha biar nampak seri sikit bab ni.
Ada nampak levi kat situ? Tak ingat dia dah ke?? Tsk, tsk, tsk.
Daniel terus bangun dari tempatnya dan mengambil begnya yang terletak di atas katilnya.
Suis lampu dan kipas ditutup. Begitu juga dengan segala jenis suis seperti charger phone dan lain-lain.
Berjimat cermat dalam penggunaan elektrik. Siapa yang bayar bil elektrik? Mak ayah kan? Hah janganlah membazir.
Ceh, terbagi ceramah lak.
Daniel terus terus keluar dari biliknya dan menuju ke bilik adiknya, Dahlia.
Tangannya mengetuk pintu dan terus mengulas tombol pintu tersebut tanpa menunggu balasan dari tuan bilik.
YOU ARE READING
Terpedaya
Roman d'amourWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...