••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Sudah genap 3 bulan sejak musim persekolahan bermula. Perkara yang sama dilakukan berulang-ulang banyak kali.
Bab mata pelajaran juga makin lama makin sukar bagi setiap pelajar sekolah. Peperiksaan juga tidak ketinggalan datang mendekat. Waktu persekolah Sekolah Menengah Kemboja telah pun tamat. Ramai dari kalangan pelajar pulang ke rumah, ada yang pulang rumah kawan mereka untuk belajar berkumpulan selepas habis sekolah.
Lain pula dengan Dahlia dan Amani, mereka mengambil keputusan untuk belajar bersama-sama di dalam kelas mereka. Memandangkan kelas 3 Alavender tidak diguna oleh pelajar-pelajar sesi petang, mereka lebih rela belajar di dalam kelas. Kurang gangguan.
"Amni soalan nombor 7 ni awak dapat tak? " soal Dahlia kepada Amni yang berada di hadapannya.
"ouuh dapat. C. Awak kena faktorkan dulu baru dapat"
Amani menerangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan matematik."ouuh... Macam tu. Okey okey." Dahlia mengangguk dan terus mencuba menjawab soalan nombor 7.
Dahlia hanya tergelak mendengar bebelan sahabatnya. Memang tidak boleh dinafikan ketegasan yang tertanam dalam diri abangnya.
Pernah sekali dia terkantoi dengan abangnya ketika sedang berkomunikasi bersama seorang lelaki di dalam LahGram.
Daniel pun apa lagi, naik angin lah ceritanya. Dalam marah-marah pun, abangnya tidak lupa untuk menasihatinya tentang menjaga batas dan ikhtilat.
Sejak dari itu, Dahlia terus menghilangkan diri dari semua lelaki yang pernah berhubung dengannya.
Block, unfollow, remove followers.
"biasalah tu sebagai ketua pengawas mestilah kena tegas."
Dahlia cuba mempertahankan abangnya yang sememangnya garang mengalahkan Kak Ros."awak? "
Soal Amani yang juga ingin mendengar kisah seharian bertugas sebagai PRS."saya? Biasa-biasa je. Kalau ada budak ada masalah, kena lah dengar lepas tu fikirkan jalan penyelesaian.
Tolong cikgu semak ujian psikologi korang. Itu je lah kot.. "
Balas Dahlia manakala tangannya masih lagi laju mengira.
"hmm bestnya. Pengerusi korang? "
Amani kembali menyoal."okey je, abang belakang pentas tu. Nama dia Ammar Azim. Panggil abang Ammar. " jawab Dahlia sambil menjongket bahunya.
Amani tersenyum sinis setelah mendengar jawapan dari Dahlia.
"okey....then. Sudah siap? " Amani bertanya setelah habis memikirkan sesuatu perkara. Alatan sekolah di hadapannya dikemaskan.
"dah." jawab Dahlia sepatah.
"nak balik dah? " Dahlia bertanya.
"tak belum. Nak dengar cerita dari awak. Apa reaction cikgu kaunseling? Saya jamin mesti dia happy.
Awak kan berani orangnya. Cakap kat depan orang ramai semua. Lepas tu awak ada cerita tentang abang awak tu yang ketua pengawas yang garang tu yang pergi daftarkan awak jadi pengawas sekolah.
Selepas tu semua. Awak tak cerita apa-apa lagi"
Panjang Amani menerangkan intipati cerita Dahlia dari A sampai ke Z. Keningnya diangkat sedikit.
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...