••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Sinopsis ringkas.
“Agh! Kenapa iman didaku terlalu cetek? Kau tahu , perkara ini hanya akan menyakiti kau. Tetapi, nafsuku telah menguasaiku.”
Air mata mula membasahi pipi . Sakitnya tak dapat dilakarkan dengan kata-kata .
“Wahai hati, mengapa? Tidak serik lagikah? Diberi harapan palsu. Menaruh harapan yang tinggi setinggi gunung dosa kau yang masih belum kau sedar. ”
“Aku dan kau melalui hidup bersama. Hati kau adalah hati ku. Hatiku sudah busuk. Busuk dengan dosa yang menggunung ”
Sakit
Tidakkah kau berasa takut wahai teman , seksaan dan azab yang akan dibalas di Neraka Jahanam kelak .
Surah Al Waqiah
Menjelaskan sedikit tentang Neraka Jahanam .••••
Siapa sangka, orang yang kau cintai sepenuh hati kau, kau sanggup gadaikan masa, duit dan kasih sayang kau sebagai bukti cinta kepadanya hanyalah sia-sia.
Tup tap, dia milik ajal.
Tup tap, rupa-rupanya kau jaga jodoh orang lain.Kerna itu, cintailah Dia. Pasti tak akan kecewa.
••••
Blurb / teaser
Nafasnya tercungap-cungap akibat tidak mencukupi oksigen. Badannya tertunduk separuh dengan tangan yang mencengkam kuat kedua lututnya.Derasnya air mata terus mengalir. Badannya berpeluh. Kepala akal fikirannya masih tidak dapat menerima kenyataan.
Kepalanya seakan berpusing. Dia bingung. Dia buntu. Badannya masih lagi tertunduk.
Mata yang merah bengkak dihiraukan. Lenguhnya kaki diabaikan. Apa yang difikirkan hanyalah perkara yang baru sahaja berlaku 10 minit yang lalu.
Kepalanya terasa pening. Air mata terus lagi mengalir dan menitis jatuh membasahi tanah.
Direnungnya lama ke arah tanah. Lama kelamaan, titisan demi titisan air hujan jatuh terus membasahi bumi. Kesan titisan air matanya hilang dan terus menyerap ke dalam tanah.
Belakangnya terasa sejuk. Basah habis. Kakinya terus ditunduk ke bawah. Lutunya tadi berada di aras dada.
Tangannya yang tadi mencengkam lutut berubah arah. Tanah hitam separa coklat disentuhnya.
Lalu dicengkam kuat.
"ini adalah asal usul kau"
Katanya. Matanya layu. Perutnya bergelora kelaparan.
"nanti kau mati, sumbat dalam tanah juga. " katanya lagi.
"semua tanah. Bukannya api mahupun cahaya. Tetapi tanah. Yang kotor lagi lembap"
"tetapi dengan tanah, terciptanya Adam. Lalu disujud oleh semua malaikat yang dibuat dari cahaya"
"lain pula dengan si api. Iblis. Angkuh dan sombong. Adakah aku ni dari tanah atau api? "
"jika tanah, aku sudah semestinya tidak akan menjadi angkuh seperti si api. Tapi, aku jijik seperti si tanah."
"bagaimana Allah boleh terima Adam yang mulanya dari tanah? Kemudian diingkarnya perintah tuhan. "
"angkara siapa? Si api yang menghasut atau si pelaku dosa yang tidak leka meminta keampunan"
"pastinya si api."
"walaupun kau kotor dan jijik seperti tanah. Tapi kau tak seteruk si api. Yang terus bersinar dengan keangkuhannya."
Katanya sambil tersenyum.
"aku pelaku pendosa yang tak bertauladan. Aku pendosa yang masih ada harapan. Aku ingin menjadi seperti tanah. Meskipun kotor, tapi amat berguna."
Katanya lagi. Badannya terus ditolak dan terus berdiri tegak. Kepalanya didongak ke atas.
Memandang titisan demi titisan hujan yang turun lebih laju dari kebiasaan. Langit yang dulunya cerah kebiruan bertukar hitam kepekatan.
"Allah Akhbar Allah Akhbar!"
Tiba-tiba kedengaran jelas seruan azan berkumandang menghiasi telinganya. Jelas didengari meskipun titisan hujan lebat membingitkan
suasana."Ya, tuhan dah panggil kau untuk kembali. Dia rindukan kau. Kembalilah"
Tanpa dipaksa, kakinya laju meluncur ke arah surau kecil yang berada tidak jauh dari dari pandangannya tadi.
Meskipun surau tersebut kecil dan usang. Tapi cahaya takwa dan iman yang telah dibina oleh penduduk telah menambahkan serinya.
Cahaya lampu mula menusuk ke dalam matanya. Dengan lafaz bismillah.
Kasut yang dipakainya tadi terus dibuka. Basah. Badannya memang basah teruk.
Jemaah lelaki pertama yang melihatnya sedikit terperanjat.
Mengucap panjang pak cik tua tersebut. Dipandangnya lama.
"kamu ni nama siapa? " tanya pak cik separuh abad.
Dia terdiam seketika. Tangannya digenggam. Matanya jatuh ke bawah.
Tiada sebarang jawapan yang diberi untuk pak cik.
"kamu patutnya kena bersihkan badan dahulu. Mari, nanti ikut pak cik balik selepas solat. Kamu tak boleh solat dalam keadaan begini. Duduk di hujung sana dahulu. Nanti pak cik jemput"
Kata pak cik tersebut. Dia hanya akur dan berjalan terus ke sudut yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut.
Punggungnya dijatuhkan ke atas sudut karpet surau tersebut.
Mengeluhnya kuat. Matanya hanya mengikut setiap gerak geri para jemaah.
Jumlah keseluruhan jemaaah hanya didatangi seramai dua saf untuk wanita. Lain pula lelaki.
Ramai jemaahnya, penuh empat saf untuk solat maghrib.
Dia bukannya sesat. Tapi hanya seorang yang telah berputus asa dengan kehidupan dan berputus kata untuk melarikan diri.
Ya, dia melarikan diri dari masalah. Dari sarang maksiat. Dia penat.
"Allah Akbar "
Dilaungnya oleh seorang imam.Surah Al Fatihah dibaca. Tarannum bayati digunakannya. Merdu dan mengasyikkan.
Ia membuatkannya terlena. Matanya yang tadi layu terus ditutup rapat.
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...