🍂005 : Nota

33 8 18
                                    

••••

"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"

••••

"saya... "

Nafasnya ditarik dalam. Jantungnya berdegup kencang.

" terima. " jawab Dahlia sepatah.

Segaris senyuman dihadiahkan. Jika ini membuatkan abangnya gembira. Dia sanggup.

Jika ini akan lebih membuatkan sekolah mereka lebih teratur, dia terima.

Daniel tersenyum lebar kegembiraan. Puan Nora menghela nafas lega.

"Jadi jangan lupa beli baju pengawas nanti. Minggu hadapan dengan rasminya awak akan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. "

Kata Puan Nora sambil mencari fail kertas borang pendaftaran pengawas sekolah.

"Ini dia, borang awak. Daniel dah tolong isikan. Tinggal letak gambar awak je." Puan Nora menyerahkan kertas borang milik Dahlia.

Dahlia dengan berat hati mengambil borang tersebut. Ya! Hatinya menjerit. Dia memang tak puas hati.

Dia menipu diri sendiri. Boleh saja dia menjerit sekuat hatinya. Ini bukanlah apa yang dia impikan.

Berangannya telah hancur. Bilik Kaunseling yang ingin dia jejak sudah tidak kelihatan di dalam bayangannya.

"baiklah" segaris senyuman tawar bercampur manis ditayangkang.

Agak-agaknya apa rasanya. Ikan masak tawar manis. Pernah wujud ke?

"kalau minggu hadapan, maksudnya minggu ni saya menjadi pengawas percubaan?"
Soal Dahlia. Ingin mendapatkan kepastian.

" tidak. Awak tak perlu menghadiri sebarang temu duga dan menjadi pengawas percubaan. Minggu ni saya beri awak kebebasan. Minggu hadapan awak kena mula bertugas "

Terang Puan Nora panjang lebar.

"oh okey. Boleh saya undur diri dahulu ya?" Dahlia meminta keizinan.

"boleh-boleh. Terima kasih"
Ucap Puan Nora. Hatinya penuh kegembiraan dengan kejayaannya.

Dahlia berdiri dengan membawa hatinya yang hancur, pasrah.

Kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut.

Kenapa? Hari pertama sekolah aku kena tipu diri sendiri?

Soalnya. Sungguh dia memang pasrah.

Antara sebab tujuan dia ingin menjadi PRS bukannya untuk mengenal pasti apa yang PRS buat selain lepak di dalam bilik kaunseling.

Tidak sama sekali. Dia ingin membantu orang lain.

Dia ingin, mendapat sokongan sampingan dengan PRS lain.

Pandangan pertamanya ketika bertemu dengan PRS tingkatan 5 hanyalah sepatah iaitu 'hebat'

Ya, mereka hebat. Mereka tidak gerun tampil ke hadapan. Mereka berani. Mereka sporting. Dahlia ingin menjadi seperti mereka.

Terpedaya Where stories live. Discover now