••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Dahlia, kau dah kenapa?
"kenapa salah ke? Bagi saya abang belakang pentas lagi hensem. Dia macam mutiara yang tersorok di sebalik seguni berlian yang lain. "
Kata Dahlia. Ya, dia dah mula merepek.
Mulut Amani terlopong mendengar penjelasan Dahlia.
Sah budak ni nak mula perangai pelik dia.
"kenapa awak terkejut, Amani Az-Zahra? "
Soal Dahlia. Pelik melihat reaksi rakannya."ish, awak ni. Orang tanya benda lain dia jawab benda lain. "
Balas Amani. Mulutnya dimuncungkan mengalahkan mulut angsa. Bukan itik, angsa ya."hahaha. Dah awak gi tanya soalan pelik-pelik dah kenapa? Kan dah kena setepek." tergelak Dahlia melihat mulut Amani sebegitu.
"tapi, awak tak serius kan yang awak suka abang belakang pentas? "
Soal Amani. Kembali serius."pft, tak ada hatilah nak suka abang-abang bagai ni. "
"jangan pernah lupa, hati yang paling jauh dengan Tuhan itu adalah hati yang banyak berbicara mengenai ajnabi."
Kata Dahlia. Nasihat tersebut bukan hanya untuk Amani sahaja, malah untuk dirinya juga.
Yang masih belajar mengenai agamanya sendiri.
Zap! Gempak lah Dahlia sekarang. Deep.
"sorry"
Ucap Amani perlahan. Menyesal mula menyelebungi dirinya."Tak apalah, biasalah tu. Lia pun baru belajar. Kita sama-sama belajar ya? Lagi pun ayat tadi, Lia kutip dalam buku Kau Bukan Adiratna. "
Pujuk Dahlia. Bukannya takut kawannya merajuk muncung angsa lagi ke apa.
Tak nak Amani terus asyik rasa bersalah sehingga lupa untuk memulakan langkah pertama dalam jalan nak berubah.
Sekejap sahaja satu jam sudah berlalu. Tepat pukul 8:30, semua pelajar dan guru dikehendaki bersurai dan naik ke kelas.
Sedang sibuk semua pelajar berjalan menuju ke kelas masing-masing. Ada dua orang hamba Allah ni yang masih sempat berborak dalam kelas.
"eh, Rayyan. Tu bukan ke Dahlia. "
Soal Rafiq kepada rakannya yang duduk di hadapannya."haah, kenapa tiba-tiba tanya nih"
Rayyan membalas dengan soalan. Sambil memandang ke luar tingkap.Kelihatan pelajar 3 Lavender berpusu-pusu memasuki kelas mereka.
"apa citer? Bukan ke kau ada confess kat si dia tu"
Soal Rafiq. Senyuman sinis ditayangkan."haah, tapi dia tak tahu lagi"
Jawab Rayyan. Intonasi suaranya seakan seperti berdendam."pulak, macam mana pulak tu. Bukan ke kau ada letak surat atas meja dia? "
Rafiq kembali bertanya seorang wartawan.
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...