••••
"𝔄𝔭𝔞𝔟𝔦𝔩𝔞 𝔎𝔦𝔰𝔞𝔥 𝔖𝔦𝔩𝔞𝔪 𝔇𝔞𝔱𝔞𝔫𝔤 𝔅𝔢𝔯𝔱𝔞𝔫𝔡𝔞𝔫𝔤"
••••
Apalah nasib aku hari ni.
Dahlia mnegeluh. Kakinya lantas beredar dari mejanya. Dengan berat hati dia keluar dari kelas dan menuju ke arah pengawas yang memanggilnya tadi.
Matanya lari ke arah lain apabila wajah ketat itu menatap wajahnya.
"oi, pergi ke bilik pengawas. Cikgu dan ketua pengawas tengah tunggu kau. Pandai-pandai kau lah jalan kaki ke sana. Aku nak naik kelas. Buang masa aku je panggil kau"
Kata pengawas tadi. Dia terus jalan meninggalkan Dahlia yang masih berdiri tegak di belakang kelas.
Fuh, nasib baik dia tak ikut aku. Garangnya.
Dahlia terus jalan menuju ke arah bilik pengawas yang tidak jauh dari kelasnya.
Hanya terletak belakang pentas. Sebelah kanan. Tingkat bawah.
Kelasnya terletak di tingkat tiga. Itu dia kata tidak jauh? Memang mengeluh kuatlah Dahlia ni.
"haih, kenapa kelas aku kat tingakat tiga? Penat weyh pagi tadi naik tangga. Beg dah lah berat."
"kenapa pula ketua pengawas nak jumpa ni?? Kacau line lah. Orang baru nak borak sakan dengan member"
Dahlia mula membebel sepanjang perjalannya ke bilik pengawas.
Jauh perjalanannya, akhirnya sampai juga ke pintu hadapan bilik pengawas.
Jangan main-main dengan bilik pengawas ni. Besar ya. Boleh kata sebesar satu kelas.
Paling gempak, ada penghawa dingin. Lantainya pula dialas dengan karpet tebal berwarna biru.
Memang gempak. Ada peti sejuk besar pula tu. Kawannya ada kata. Dalam peti sejuk tu, ada pelbagai jenis air.
Nescafe, soya, cincang, sarsi, sirap, teh bunga kekwa. Yang dalam kotak warna kuning tu. Belum lagi dengan makanan.
Ada banyak manisan. Memang menggugat keimanan.
Air liurnya ditelan. Ditariknya nafas dalam-dalam.
Bismillah
Kasutnya dibuka dan mengetuk pintu besi tersebut.
Tidak menunggu lama. Ada yang menyahut ketukan pintunya.
"sekejap! "
Suaranya seperti biasa didengari.Eh Dahlia ni. Tak tau lagi ke? Shh korang jangan spoil.
"silakan masuk." seorang abang pengawas menyambut kedatangnnya dengan ceria.
Dahlia sekali lagi terkejut. Matanya dibuka lebih besar.
Adakah ini benar?
Abang?!Ye lah Dahlia. Abang Daniel kan ketua pengawas.
YOU ARE READING
Terpedaya
RomanceWelcome back! "Syaitan telah menjadikan perbuatan buruk mereka dirasakan indah, sehingga menghalang mereka ke jalan Allah" Menerima sesebuah takdir yang perit bukannya mudah untuk ditelan. Tapi kau kena terima. Tiada apa yang kekal di dunia yang se...