Aku menaiki kereta Grab untuk ke pejabat pagi tu, nampaknya staf sudah tahu kejadian yang menimpa Encik Harraz cuma mereka tidak tahu lagi keberadaan ku sekali bersama dia malam kejadian itu.
Itu membuatkan aku rasa lega, aku tidak mahu mereka tahu yang aku ada bersama Encik Harraz malam tu termasuk membantu dia ke hospital.
Suasana pejabat sedikit riuh bercerita kejadian itu serta semua risau dengan Encik Harraz sehingga dimasukkan ke hospital.
"Dia dah sedar ke?", gumamku sendiri yang duduk di tempatku.
Aku menoleh ke bilik pejabat Encik Harraz, rasa tidak senang pula tidak nampak dia hari ni lalu depan mejaku.
"Pstt!"
Aku mendongak, muka kak Rina terpampang di penglihatanku.
"Hai kak"
"Alah kenapa hari tak dah semangat? Sebab bos tak ada eh?"
"Tak adalah kak, biasa je"
"Bos okaylah, akak yakin dia okay"
Aku mengangguk. Sedangkan aku sudah tahu keadaan Encik Harraz sejak semalam.
"Naura tak ada terserempak ke dengan bos semalam lepas majlis?"
"Errr keluar dari dewan, saya terus balik. Bos pun terus balik rasanya"
"Oh... Tapi kenapa pula bos kena macam tu, kena rompak kut? Kesian bos kita tu"
"Mungkin juga kak Rina, siapa lagi kan buat macam tu kalau bukan nak merompak Encik Harraz"
"Tak pergi tengok bos ke? Akak cadang kita orang pergi lepas office hour"
Macam mana ni? Nanti mereka nampak kereta aku parkir kat hospital sebelum aku sampai sana.
"Nanti saya lawat Encik Harraz mungkin esok sebab petang ni saya ada hal, akak dan yang lain pergi je petang ni eh"
"Yelah"
"Akak tak cuti lagi ke? Cuti honeymoon?"
"Esok baru start cuti, cuti seminggu je. Kerja banyak dengan keadaan bos lagi tu, kesian bos"
Aku mengangguk.
"Akak honeymoon kat mana?"
"Honeymoon kat negara jiran je, Jakarta"
"Wow bukan biasa-biasa eh, bestnya ke Indonesia"
"Sebab tu kena kahwin awal-awal, boleh honeymoon. Mungkin bos boleh sponser tiket, Naura kan P.A terbaik bos"
"Eh akak ni, lambat lagilah"
Kak Rina ketawa.
"Dah lah kak, saya nak sambung kerja ni. Akak ni makin lama makin melalut jauh"
"Elleh! Yelah bye"
Aku tersenyum.
"Ada-ada je kak Rina ni", gumamku sendiri.
Aku menyambung semula kerja dan menelefon client yang ada temu janji dengn Encik Harraz dua tiga hari ini dibatalkan.
Jam sudah menunjukkan lunch hour aku mengemas mejaku dan menyusun fail semula.
"Naura keluar lunch ke? Tergesa-gesa je saya tengok"
Aku menguntumkan senyuman kepada Ezza walaupun aku sudah tahu perangainya di belakang.
"Tak saya ada urusan penting, kena cepat sebelum lunch hour habis"
"Oh tak lawat Encik Harraz ke?"
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
RomantikDisebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu...