Aku memandu ke pejabat dalam keadaan tenang sambil mendengar lagu dan tiba-tiba keretaku semakin perlahan.
“Eh kenapa ni?”, aku mengambil langkah selamat untuk ke tepi jalan raya dan enjin keretaku mati.
Aku cuba menghidupkan semula dengan memutar kunci Myvi tapi gagal.
“Alamak kenapa ni Myvi? Janganlah buat hal aku nak pergi kerja ni”
Aku keluar lalu membuka penutup enjin dan hanya mampu melihatnya sebab aku tidak begitu arif soal enjin kereta ni.“Apa masalah kau kali ni Myvi?”, kataku lalu mengambil telefon bimbit dalam kereta.
Nak minta bantuan siapa ni? Aku ada mana kawan dan aku duduk berfikir sejenak.
Aku mencuba mencari sekiranya ada bengkel berdekatan melalui Google Map untuk aku hubungi.
“Angkatlah abang pomen”,kataku sambil mendail nombor telefon bengkel yang aku dapati menerusi carian di Google Map tadi.Aku mendailnya beberapa kali tapi masih tidak dijawab.
“Haish betul ke tak nombor ni”
Sedang aku berfikir, aku teringat kat Syarul.
“Yes Syarul! Mana tahu dia ada tahu mana-mana nombor pomen, baik aku call tanya”
Nama Syarul dalam contact list telefon aku cari dan belum sempat aku menelefonnya, tertera nama encik Harraz menelefon aku.“Alamak mesti encik Harraz cari aku, dah lewat 15 minit ni. Matilah aku”
Aku menghembus nafas panjang dan berdehem lalu mengangkat panggilannya.
“Assalammualaikum encik Harraz”
“Waalaikumsalam. Awak kat mana Naura? Tak sampai lagi ni”“Maaf encik, saya sekarang kat tepi jalan. Kereta saya tak boleh nak start”
“What? Dah 15 minit kenapa awak tak call saya?”
“Saya minta maaf sebab lambat masuk office dan saya sekarang tengah cari bantuan”
“No, tunggu kat situ sampai saya datang. Jangan pergi mana-mana or call sesiapa”
“Tapi encik saya…”“Just waiting there Naura”
Panggilan terus dimatikan oleh encik Harraz.
“Aduh tak pasal-pasal aku menyusahkan bos sendiri. Workshop ni pun satu aku call tak angkat. Encik Harraz marah ke aku tak bagitahu dia yang aku lambat masuk?”
Aku menunggu encik Harraz dalam kereta Myvi ku yang buat hal pagi-pagi ni.
Tidak lama kemudian encik Harraz datang lalu mendekati aku yang baru saja keluar dari kereta setelah nampak kereta encik Harraz parkir di belakang kereta.“Awak okay Naura?”
“Saya okay encik. Saya minta maaf sebab tak bagitahu yang saya lambat masuk hari ni"
“Saya tak marah pun kalau awak masuk lambat cuma saya nak awak call saya dalam keadaan macam ni”
“Saya tak nak susahkan encik, saya dah nak minta bantuan tadi”
“Bantuan siapa?”
“Saya cari nombor workshop yang berdekatan kat google tapi tak angkat lepas tu saya baru je nak call Syarul”
“Kenapa mesti Syarul?”“Sebab dia sorang je kawan yang saya ada”
Encik Harraz tunduk mengeluh lalu memandang aku semula.
“Kalau awak dah tak ada kawan yang awak nak call, just call me. Anggap saja saya kawan awak”
Aku terdiam.
Tidak lama kemudian, pomen yang encik Harraz kenal sampai.“Ni kereta yang rosak tu bos?”
“Ya”
“Takpa-takpa, saya bawa bengkel dan tengok apa masalah dia. Nanti saya call bos”
“Okay. Ambil barang awak, naik kereta saya”
Aku pantas mencapai handbagku dalam kereta dan menyerahkan kunci kepada pomen serta ucapkan terima kasih.
“Dah berapa lama awak tak servis kereta awak tu?”
“Saya pun dah tak ingat encik”“Patutlah dia buat hal, awak kena selalu pergi bengkel servis kereta awak tu”
Aku hanya mengangguk faham.“Terima kasih encik tolong saya”
“Sama-sama. Saya risau tadi kalau kereta awak tiba-tiba lost control boleh bahayakan diri awak”
“Alhamdulillah encik dia tak lost control pun, masa saya drive tadi kereta saya tiba-tiba slow dan saya pergi tepi jalan lepas tu enjin mati. Saya start pun dah tak boleh”
Encik Harraz ketawa. Aik lucu ke apa aku cakap tadi?“Awak ni Naura kalau bercerita luculah, Suara awak tu, haih…”
“Yeke? Saya rasa macam biasa je”
“Tu awak tapi kalau saya dengar awak bercerita memang lucu macam budak-budak”Lebih baik aku diamkan diri.
*****
“Naura, workshop dah call saya. Dorang dah pun baiki kereta awak, petang nanti dah boleh ambil”“Yeke encik? Cepatnya”
“Yes, so saya akan hantar awak ke sana”
“Eh tak apa encik, saya boleh naik teksi ke grab ke. Saya dah susahkan encik ambil saya dan carikan pomen untuk baiki kereta saya tu”
“Its okay. Lagipun saya urusan dengan pomen tu, Mr. Lim”
Yeke? Boleh percaya ke encik Harraz ni?
“Awak ikut saya erh?”“Baiklah encik Harraz”, aku mengalah.
Encik Harraz tersenyum menyebabkan hatiku berdegub kencang melihat ketampanannya dan lesung pipitnya yang dalam itu.Lantas aku menepis perasaan itu dan meminta diri untuk keluar dari bilik pejabatnya.
Hish apasal aku rasa macam tu tadi? Naura please jangan rasa apa-apa kecuali segan terhadap encik Harraz tu. Please please… Janganlah rasa berdebar lagi aku tak nak timbul perasaan lain untuk encik Harraz.🌼🌼🌼
Thank you vm yg sudi baca dan tunggu saya update❤ maaf juga jika ada perkataan yg salah ke, ayat tunggang tebalik atau apa2 je kesalahan dlm penulisan saya, harap korg tegur utk saya perbaiki😘
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
RomansaDisebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu...