BAB 8

2.7K 87 3
                                    

Aku meletakkan secawan vico panas atas meja encik Harraz lalu berdiri di hadapan mejanya. Isu semalam itu aku buat-buat tak pernah jadi.

“Jadual encik Harraz hari ni sebelah pagi ada mesyuarat dengan ahli lembaga syarikat berkenaan pembentangan kos perbelanjaan tahunan pada jam10 pagi nanti. Tengah hari free dan petang jam 3 jumpa klien berkenaan Projek Mega di Golden Star Hotel”, terangku lalu menutup iPad.

Encik Harraz merenung aku.

“Ada apa-apa lagi encik Harraz? Kalau tak saya keluar dulu”

“Naura wait. Apa maksud awak tentang mesej semalam tu? Saya dah ada isteri dan anak?”

“Ya encik dah ada keluarga jadi tak patut chat saya atau mana-mana perempuan lain kalau tiada urusan penting”, jawabku terus.

Encik Harraz tersenyum sinis.

“Awak dah salah faham ni, macam saya bagitahu awak semalam juga saya tiada isteri dan anak”

“Habis tu perempuan dan budak lelaki encik jumpa minggu lalu tu?”

“Awak sangka dia isteri dan anak saya?”

Aku mengangguk.

“Dia adik saya dan budak tu anak saudara saya. Suami dia outstation jadi saya jenguk dia sekejap, ni gambar kami sekeluarga kalau awak tak percaya”

Encik Harraz menunjukkan sekeping gambar.

Gambar perempuan yang aku sangkakan isterinya itu sedang bersanding dengan seorang lelaki, di atas pelamin itu juga ada encik Harraz dan beberapa orang lain mungkin itulah keluarganya.

“Maafkan saya encik”, kataku.

“Lain kali tanya dulu, ni tak terus cakap saya ada isteri dan anak. Awak buat saya terkejut je semalam”

Aku tertunduk malu dengan kesilapan sendiri yang meluluh cakap encik Harraz dah berkahwin.

“Saya tiada isteri dan anak pun jadi awak tak perlu takut kalau saya mesej or call awak. Maaf jika saya ganggu awak semalam”

Aku hanya anggukkan kepala.

“Saya pun minta maaf tuduh encik Harraz semalam”, kataku dengan sedikit sengihan.

“Hish awak ni cute lah Naura. Saya maafkan awak tapi tengah hari ni awak mesti temankan saya keluar lunch”

“Tapi saya dah cakap dengan Syarul yang saya lunch dengan dorang nanti”

“Syarul lagi? Kali ni awak ikut saya, saya bos awak dan Syarul tu awak cakap dengan dia yang awak tak jadi ikut dia lunch”

“Baiklah encik Harraz”

“Good”

“Dan ni dokumen yang encik Harraz minta tadi”, kataku sambil menyerangkan fail.

“Okay thanks”

“Sama-sama. Kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dulu”

Encik Harraz mengangguk dan aku berpusing hendak ke pintu.

“Naura?”

Langkahku terhenti lalu menoleh ke belakang.

“Ya encik Harraz?”

“Tak ada apalah, awak boleh sambung kerja awak”

Aku mengangguk walaupun pelik dan teruskan langkah untuk keluar.

Pelik je encik Harraz ni. Ada apa-apa ke dia nak cakap kat aku?

Aku menghantar pesanan kepada Syarul yang aku kali ini tidak dapat sertai mereka makan tengah hari sebab encik Harraz ada urusan. Walaupun sebenarnya encik Harraz saja bawa aku makan tengah hari tapi aku tak nak Syarul fikir lain.

SUAMIKU ENCIK DUDA HOTWhere stories live. Discover now