BAB 34

3.8K 107 23
                                    

Telekung aku letak semula dalam almari yang disediakan dalam surau hospital. Tudung bawal aku kemaskan dan naik semula ke wad Encik Harraz.

"Encik?", mataku melilau mencari Encik Harraz.

Katil kelihatan kosong. Aku mula risau. Mana pula Encik Harraz.

Kakiku baru saja hendak ke tandas terhenti mendengar suara.

"Nau...ra"

Aku menoleh ke belakang, Encik Harraz terbaring di belakang pintu.

"Ya Allah, encik kenapa ni?", aku membantunya duduk.

"Shhh... dalam tandas...", Encik Harraz menahan kesakitan di perutnya.

"Kenapa?", aku menoleh ke pintu tandas.

"Jangan dekat... ada orang..."

"Encik duduk dulu, saya pergi tengok"

"Naura jangan... Awak keluar minta bantuan"

Aku perlahan-lahan melangkah seperti ada seseorang di dalam tandas. Sebelah kasutku aku genggam sebagai senjata walaupun ia tidak dapat melindungi aku.

Aku menolak pintu tandas dan kemudian keluar seorang berpakaian dan bertopeng hitam. Lelaki itu menolak aku sehingga ak terduduk dan aku pantas berdiri.

"Hei!", kasut ditangan aku lempar ke badannya.

"Auch!", dia mengerang kesakitan lalu keluar dari wad.

Aku pantas mengejarnya tanpa memikirkan bahaya.

"Naura jangan..."

"Encik tunggu dulu sini"

Telefon dikocek seluar aku capai lalu mendail 999 melaporkan kemunculan lelaki yang mencurigai dalam wad Encik Harraz.

Kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan aku merengus geram.

Aku kembali ke wad Encik Harraz dan Encik Harraz perlahan-lahan melangkah ke katilnya.

Aku memaut lengannya untuk membantu Encik Harraz.

"Encik okay tak ni? Saya panggilkan doktor ya?"

Encik Harraz baring menyandar pada tiang katil.

"Tak perlu saya okay, sakit sikit je", katanya dan menutup mata sekejap memberikan ketenangan pada dirinya yang kesakitan.

"Orang tadi saya tak sempat kejar, saya dah call polis"

"Kan saya dah cakap jangan kejar, bahaya awak dekat dengan dia"

"Saya tak fikir dah benda tu, saya just nak tahu dia siapa apa motif dia"

"Jangan, biarkan dia sebab terlalu bahaya untuk awak"

Aku hanya mengangguk.

"Dia ada apa-apa kan encik ke? Luka encik okay tak tu? Berani dia sampai datang sini"

"Saya okay. Mujur dia tak sempat bertindak ganas, saya sangka awak masuk wad ni saya pusing je dia cuba untuk sembamkan bantal kat muka saya. Mujur saya dapat elak dan bergelut dengan dia"

"Bahayanya, mungkin dia orang yang cederakan encik malam tu"

"Yes saya pasti itu dia. Awak masuk je dia terus sembunyi kat tandas, nasib baik dia tak cederakan awak. Lain kali jauhkan diri dari orang macam tu, risau saya awak pergi kejar dia tadi"

"Syukur encik okay, rasanya dia memang nak bunuh encik sampai datang sini cederakan encik lagi"

"Mungkin tapi atas sebab apa. Saya tiada musuh pun"

"Nasib je lah dia cepat lari, kalau saya dapat tadi saya hantuk kepala dia kat dinding banyak kali"

Encik Harraz ketawa.

"Awak ni comel kan kalau geram, marah macam ni. Lagi satu cara awak baling kasut kat dia tadi, auch saya boleh rasa sakitnya. Awak dulu pemain bola boling ke?"

Aku hanya tersengih.

Tidak lama kemudian dua orang pegawai polis muncul dan mula bertanya kejadian yang berlaku. Mereka juga akan membuat pemeriksaan lanjut di sekitar ruangan untuk menjejaki identiti orang tersebut.

"Itu saja, kalau ada apa-apa kami akan jumpa encik. Buat masa ni encik berhati-hati je", kata pegawai polis tersebut.

"Baik encik, terima kasih"

Mereka berdua meminta diri untuk pulang.

Aku dan Encik Harraz diamkan, dan aku cuba mencerna apa yang telah berlaku tadi.

"Naura?"

"Hah? Ya Encik Harraz?"

"Dengar tak apa saya cakap ni?"

"Sorry, apa dia encik?"

"Mengelamun eh? Saya cakap awak pun kena hati-hati juga kat luar sana"

"Baik encik, Insyallah semuanya okay"

"Lepas ni pastikan awak jalan kat ramai orang jangan suka sendirian especially tempat parkir"

"Ya encik, soal saya encik jangan risau. Encik tu, kena selalu berhati-hati, orang yang ancam encik tu ada kat mana-mana tanpa kita sedar"

"Ya saya tahu, sekarang ni kita masing-masing sentiasa berjaga-jaga"

Aku mengangguk.

"Awak tak nak balik ke? Dah lama awak kat sini, awak pun kena rehat", kata Encik Harraz.

"Err tapi encik sorang-sorang kat sini, nanti orang tadi tu datang balik macam mana?"

"Risaukan saya kan? Kan?"

"Encik jangan main-main boleh tak?"

"Okay sorry, saya okay je sorang-sorang kat sini. Awak pergilah balik, rehat"

"Betul ni? Kalau tiada siapa yang encik nak call, call saya je"

"Ya saya pasti akan call awak, awak orang first saya call selepas mama. Okay?"

Aku mengukirkan senyuman dan lega sedikit. Aku risau tinggalkan Encik Harraz seorang diri dalam wad.

"Dah balik je, rehat. Esok kalau nak datang boleh je, saya alu-alukan", kata Encik Harraz dengan senyuman lebar.

Sempat lagi!

"Saya balik dulu, assalammualaikum"

"Waalaikumsalam, hati-hati tau"

Aku melangkah keluar dari wad dan menutup pintu perlahan.

"Insyallah Encik Harraz okay", gumamku sendiri dan melangkah pergi.

Aku sempat memberitahu Datin Kartini yang aku sudah membawakan makanan untuk Encik Harraz dan memberitahunya kejadian tadi.

Mujur Datin Kartini dalam perjalanan pulang dan terus ke hospital menjenguk Encik Harraz membuatkan aku lega sepenuhnya.

🌼🌼🌼
Sorry boring sikit😢

SUAMIKU ENCIK DUDA HOTWhere stories live. Discover now