Aku menyiapkan laporan seperti yang diminta oleh Encik Harraz sebelum waktu pejabat tamat.
Pintu pejabat Encik Harraz aku ketuk dan mendekati mejanya.
"Encik ni laporannya"
"Okay"
"Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu"
Encik Harraz mengangguk saja dan aku terhenti apabila pandanganku kabur dan kepalaku sedikit pening. Mungkin kesan sampingan, puasa lepas tu banyak kerja dari biasa di tambah lagi tengah hari tadi ditinggalkan oleh Encik Harraz mujur ada Ayden.
"Naura? Ada apa-apa lagi?"
"Tak ada encik Harraz. Saya balik dulu"
Aku pantas keluar dan duduk rehat sebentar sambil memicit kepala.
"Awak sakit ke?"
"Eh encik. Saya okay je", aku cuba ukirkan senyuman sambil tangan menahan di sisi meja agar kaki teguh berdiri.
"Awak baliklah"
"Ya encik", aku kemas meja dan kemudian meminta diri untuk balik.
Aku menyandarkan kepala pada streng kereta yang masih parkir di lot parkir syarikat.
Lama lagi waktu berbuka puasa, badanku seperti lemah sangat hari ni berbanding hari lain walaupun dalam keadaan berpuasa.
Tuk tuk!
Aku sedikit terkejut lalu menoleh ke tingkat keretaku. Terpampang wajah Encik Harraz.
Aku menekan punat untuk menurunkan cermin tingkap kereta.
"Kenapa Encik Harraz?"
"Awak okay tak ni? Dari tadi asyik tunduk, tak sihat ke?"
"Saya pening sikit je"
"Sebab banyak kerja saya bagi?"
Aku pantas gelengkan kepala.
"Tak encik, bukan macam tu"
"Saya bawa awak pergi klinik"
"Eh tak apa, pening sikit je. Lepas minum ubat okaylah ni"
"Tunggu sini"
Aku hanya memandang Encik Harraz menuju ke keretanya yang tidak berapa jauh parkir dari keretaku.
Encik Harraz menyuahkan sebotol air mineral dan sepapan panadol.
"Nah minum dua biji"
Aku teragak-agak menyambutnya.
"Minumlah"
Aku menggenggam botol air mineral ditanganku.
"Naura minumlah", katanya lagi.
"Maaf encik, saya puasa hari ni. Puasa ganti"
"Awak puasa?", soal Encik Harraz lalu riak wajahnya bertukar menjadi serba salah.
Aku anggukkan kepala lalu memandangkan panadol dan air mineral ditangan.
"Kenapa tak bagitahu saya tadi?"
"Er...", lidahku keluh.
Takkan nak bagitahu dia aku puasa? Tak ke tu macam tiber? Buat malu ada lah!
"So dari tengah hari tadi?"
"Ya", takkan aku start puasa lepas lunch hour kut.
"Tengah hari tadi awak balik office naik apa?"
"Saya mulanya nak naik bas je, jalan ke bus stop lepas tu..."
"Dari office Encik Fakhrul ke bus stop?"
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
عاطفيةDisebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu...