Aku duduk bersandar pada kepala katil wad sambil menekan telefon bimbitku. Sekejap lagi aku akan discharge, tidak sabar nak balik rumah.
Sekarang aku tunggu encik Harraz sebab dia dah pesan awal-awal hendak hantar aku balik, no excuse katanya.
"Doktor", sapaku kepada doktor Ikmal yang melangkah masuk seorang diri.
"Tahniah dah dapat discharge hari ni"
"Terima kasih doktor dan terima kasih juga sebab rawat saya dengan baik selama ini"
"Sama-sama dah tanggungjawab saya cuma saya dah tak dapat jumpa awak lagilah lepas ni"
Aku hanya menguntumkan senyuman.
"So boleh saya jadi kawan awak?", soalnya.
"Boleh, apa salahnya. Insya-Allah ada masa saya datang sini lagipun nurse yang lain dah jadi kawan saya tau"
"Yeke? Baguslah kalau macam tu"
Aku hanya mengukirkan senyuman.
"Awak balik nanti naik apa? Saya risau kalau awak drive sendiri", soal doktor Ikmal.
"Oh saya tak drive sendiri. Encik Harraz... Arghh!", aku memegang kepalaku.
Aku memejamkan mata menahan sakit yang tiba-tiba pada kepala.
"Naura? Kenapa ni?"
"Kepala saya... Sakit sangat"
Doktor Ikmal mendekati aku lalu memegang lenganku yang berlapik.
"Cuba awak baring dulu"
"Arghh! Sa... Sakit"
"Naura?!", terpampang wajah encik Harraz lalu datang mendapatkan aku. Dia menolak sedikit tubuh badan doktor Ikmal yang memegang aku.
"Naura okay tak ni? Kenapa macam ni?", dia serba salah hendak pegang kepalaku.
"Kepala saya... sakit. Arghh!"
"Encik Harraz, encik keluar dulu saya hendak rawat dia", kata doktor Ikmal lalu menekan punat sebagai tanda memanggil jururawat.
Jururawat kemudiannya masuk lalu encik Harraz menapak keluar, mataku sempat melihat raut wajahnya yang risau.
"Naura awak cuba baring dulu. Saya nak periksa keaaaan awak"
Aku hanya menuruti arahan daripada doktor Ikmal.
Encik Harraz duduk menunggu, niatnya hendak datang menjemput aku tapi baru saja dia hendak menapak masuk ke dalam wad dia terdengar jeritanku.
"Macam mana keadaan Naura?"
Doktor Ikmal memberikan senyuman.
"Dia okay sakit yang tadi dia alami itu biasa, tindak balas daripada kecederaan itu. Tapi masih dalam pemantauan juga"
"Lepas ni dia akan selalu rasa kesakitan macam tadi tu? Benda tu tak bagi kesan negatif kan?"
"Setakat ni tiada apa yang perlu encik risaukan, itu hanya kesan biasa saja. Cuma untuk di masa akan datang itu saya sendiri tidak pasti sama ada ia akan berikan kesan yang buruk"
Encik Harraz mengangguk faham, lega sedikit.
"Kalau macam tu saya pergi dulu, Naura sedang berehat so encik berikan ruang sedikit untuk dia berehat terlebih dahulu"
"Okay doktor"
"Saya minta diri dulu"
"Doktor sekejap, ada benda saya nak tanya doktor. Hal peribadi"
Doktor Ikmal dan encik Harraz saling berpandangan mata.
******
"Nah makanlah"
Aku menyambut huluran mangkuk berisi bubur ayam. Aku tak sakit pun encik Harraz bagi makan aku bubur? Hmm...
"Terima kasih"
"Awak rasa sakit lagi tak kat kepala tu?"
Aku menggeleng lalu menyuapkan bubur ke dalam mulutku. Hmm sedap, Datin Kartini kut yang masak.
"Sedap tak?"
"Sedap, encik tolong bagitahu datin yang saya ucapkan terima kasih sangat masakkan bubur ni. Sedap sangat"
"Apasal pula mama saya yang dapat nama ni? For you information cik Naura, saya yang masak tau bubur ayam tu"
"Encik masak? Serius?"
"Kenapa? Tak percaya? Muka kacak macam ni, badan sado tak pandai masak ke?"
Erk? Puji diri sendiri nampak.
"Tak cuma saya tak sangka encik masak. Terima kasih"
Encik Harraz menguntumkan senyuman.
"Saya dulu belajar kat oversea jadi kat situlah saya dah pandai memasak, masak untuk diri sendiri. Balik sini pun masak juga tapi tak selalu, mama yang selalu masak. Nasib baik bubur tu sedap sebab saya dah lama juga ni tak masak"
Aku hanya mengangguk, bijak sangat encik Harraz ni belajar tinggi-tinggi sampai luar negara.
"Encik jangan risau, masakan encik ni sedap"
"Dah tahu dah"
Eh dia ni!
Encik Harraz ketawa lalu menggelengkan kepala.
"Gurau je. Lega saya bila awak cakap bubur tu sedap, saya masak penuh ikhlas tau supaya awak cepat sembuh"
Aku menguntumkan senyuman.
"Naura ada tak kawan awak datang melawat awak sepanjang kat sini?"
"Kawan?", kalau tak silap aku soalan ni pernah kut encik Harraz tanya.
"Yeah sesiapa je yang lawat awak selain saya dan mama saya. Ada?"
"Ada, kawan lama saya", aku teringat kat Ayden dia je yang pernah datang sini selain encik Harraz dan Datin Kartini.
"Kawan lama? Oh ramai ke kawan lama awak tu datang lawat awak?"
"Saya tak ramai kawan pun encik, ada pun kawan biasa-biasa saja. Kawan rapat itu tiada. Saya dah biasa hidup seorang diri tanpa kawan. Kawan saya yang datang lawat saya tu classmate saya kat universiti dulu, tu pun kami baru jumpa sebab terserempak baru-baru ni. Dia kawan biasa je dulu masa kat universiti tak rapat mana pun, cakap dengan dia pun bila perlu je", terangku.
Encik Harraz mengangguk faham dan ada rasa timbul di hatinya mendengar penerangan itu. Rasa?
"Oh... Okay", jawabnya senang.
🌼🌼🌼
Sorry slow update. Last2 sem mcm ni assignment bertubi2 pulak dtg🤣
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
Roman d'amourDisebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu...