Kerana tekun sangat membuat kerja di pejabat, aku tidak sedar jam sudah ke angka 8 malam.
Aku meregangkan otot kerana agak lama duduk menghadap komputer. Encik Harraz pula outstation bersama keluarganya, katanya ada hal penting.
“Lets back to home”, kataku sendiri lalu mengemas fail atas meja. Setelah itu aku mencapai handbag ku dan melangkah menuju ke pintu lift.
Suasana pejabat agak lengang, staf yang stay back kat pejabat tak ramai sangat kecuali ada kerja kecemasan kat situlah semua bersengkang mata nak siapkan kerja.
Aku menekan punat untuk ke lot parkir setelah masuk ke dalam pintu lift. Tanpa rasa sedikit takut kerana bersendirian.
Kunci kereta aku genggam setelah keluar dari pintu lift menuju ke keretaku tapi aku rasa macam lain, seperti ada seseorang yang mengekoriku dari belakang. Aku pantas menoleh ke belakang tapi tiada siapa, kawasan itu juga lengang.
“Perasaan aku je kot”, bisikku sendiri.
Aku teruskan langkah tapi terdengar derapan kasut di belakangku, dan aku melangkah dengan laju menuju ke keretaku. Kunci kereta aku tekan untuk memudahkan aku terus masuk.
Belum sempat aku membuka pintu kereta, lenganku ditarik kasar.
“Arghhh! Kau siapa?”
Aku cuba melepaskan tanganku daripada lelaki yang memakai serba hitam itu.
“Shhh, aku cuma nak kau”
“Kau gila ke apa? Lepaskan aku lah!”
“Jeritlah tiada siapa yang dengar”
“Lepaskan aku lah! Tolong!”
Aku ditarik menuju ke dinding dan aku ditolak menyebabkan belakangku rasa macam nak tercabut je.
“Arghh! Kau siapa?”
“Kau tak kenal aku cuma aku dah lama perhatikan kau, aku dah lama nak ratah badan kau”
“Gila! Lepaslah!”
Tudungku cuba dia lepaskan tapi aku sedaya upaya bergelut dengannya agar aku dapat melepaskan diri. Aku pantas menendang celah kangkangannya menyebabkan dia terduduk. Aku ambil peluang untuk melarikan diri dari situ tapi dia sempat memegang kakiku dan aku terduduk jatuh.
“Lepaslah!”
“Kau ingat aku biarkan kau lari macam tu je? Sekali aku nak aku takkan lepaskan kau”
“Tolong!”, aku merayu sekuat hati dengan linangan air mata.
Lelaki ini sudah seperti dirasuk syaitan menyebabkan aku takut sehingga aku mengeluarkan air mata.
Dia menolak aku baring lalu tanganku ditahan ke lantai. Kaki yang merontah-rontah dia tahan menggunakan kakinya.
“Lepaskan aku…”, aku merayu agar dia tidak meragut maruahku.
“Shhh jangan nangis, nanti kau tak cantik”
“Tolong!”, aku teresak-esak menangis.
Aku menangis dan menutup mata tidak sanggup melihat lelaki itu yang semakin tidak keruan, tenaga sudah habis hendak merontah melepaskan diri. Ya Allah selamatkanlah aku, selamatkanlah maruahku.
“Hmm wangi. Aku suka”, kata lelaki itu yang menghidu leherku yang masih ditutupi kain tudung shawl.
“Tolong jangan apa-apakan saya”
“Shhh diam”, kain pada bahagian bahuku direntapnya sehingga terkoyak.
“Jangan!”, aku tidak sanggup melihat bahagian bahuku yang sudah terdedah.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
RomanceDisebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu...