BAB 17

2.4K 86 5
                                    

"Raz", Datin Kartini mendekati anaknya yang dari jauh nampak tidak keruan itu.

"Ma"

"Naura macam mana?"

"Belum lagi. Doktor masih rawat Naura kat dalam dah hampir satu jam. Raz risau"

"Insya-Allah Naura okay, kita berdoa je ya nak"

Encik Harraz mengangguk lemah.

"Raz pergilah bersihkan muka dah serabut mama tengok. Tangan tu basuh, ada darah tu. Mama tak bawa pula baju Raz tadi", kata Datin Kartini melihat baju kemeja encik Harraz yang ada sedikit tompokan darah.

Encik Harraz menganggk lalu bangkit dari duduk melangkah ke tandas. Darah ditangannya dibasuh di bawah pancuran air disingki, darah kat kepalaku tadi.

Muka yang sembab dibasuh dan rambut yang kusut dirapikan.

"Doktor belum keluar lagi ma?"

"Belum", jawab Datin Kartini melihat muka anaknya yang sudah nampak sedikit segar.

Encik Harraz kembali duduk dan melihat pintu bilik rawatan.

"Raz tak nak balik ke? Tukar baju, mama boleh tunggu sini"

"Its okay ma. Raz nak tunggu doktor keluar, nak tahu perkembangan Naura"

Datin Kartini hanya mengangguk, tidak mahu memaksa anaknya.

"Raz yakin dengan perasaan Raz?"

Encik Harraz merenung wajah Datin Kartini.

"Raz yakin ma. Raz sukakan Naura, Raz takkan permainkan dia"

Datin Kartini mengangguk percaya, dia kenal anaknya itu macam. Anaknya Harraz Zhafran jenis lelaki yang tidak suka mempermainkan perasaan orang lain terutamanya perempuan walaupun dia memiliki segalanya.

"Baguslah kalau macam tu. Mama tumpang gembira untuk Raz dah dapatkan semula kebahagian Raz, mama doa yang terbaik untuk Raz dan Naura"

"Terima kasih ma"

Datin Kartini memandang anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang, dia sudah pernah nampak keadaan encik Harraz yang begitu sedih ditinggalkan orang yang dia sayang dahulu. Hatinya cukup terseksa melihat anaknya mengalami saat-saat itu dan kali ini dia harap encik Harraz dapat mengecapi semula erti bahagia itu sampai bila-bila.

"Tapi ma please jangan bagitahu Naura, Raz tak nak dia tahu sekarang"

"Yelah"

Mereka menunggu sudah satu jam lebih, encik Harraz sikit pun tidak meninggalkan ruangan itu.

"Raz mama nak ke bawah kejap, beli makanan"

"Okay ma"

Datin Kartini bangun dari duduk dan melangkah menuju ke tingkat bawah terletakkan kafe hospital.

Tidak lama kemudian, doktor yang merawat aku tadi keluar.

"Doc macam mana keadaan dia?"

"Awak waris pesakit ke?"

"Saya majikan dia, dia tiada keluarga yang lain"

"Begini encik kepala pesakit mengalami sedikit komplikasi, kami sudah sedaya upaya untuk merawatnya..."

"Jadi macam mana keadaan dia doc?"

"Bertenang encik. Pesakit selamat melepasi tahap kritikal tapi dia tidak sedarkan diri untuk beberapa lama saya itu sendiri juga tidak pasti. Kita tunggu saja dia sedar untuk rawatan lanjut dan mengetahui perkembangannya akibat kemalangan itu"

Encik Harraz lega sedikit.

"Terima kasih doc. Boleh saya rawat dia nanti?"

"Boleh sekejap lagi dia dipindahkan ke wad biasa, cuma kami tak galakkan ramai yang lawat dia"

"Okay doc"

"Encik banyakkan bersabar. Saya pergi dulu"

Encik Harraz mengangguk.

"Doc tolong pindahkan dia ke wad VIP ya"

"Baik encik"

Doctor dan jururawat meninggalkan ruangan itu.

"Alhamdulillah Naura, awak selamat"

Aku dipindahkan ke wad VIP dan encik Harraz masuk melawat aku.

"Naura...", aku dengar suara itu.

Dia begitu sedih melihat keadaanku yang pucat dan tidak sedarkan diri. Bantuan alat pernafasan juga dipasangkan ke mulut dan hidungku, kepalaku berbalut dan sambungan wayar pada tanganku. Hanya kedengaran bunyi heart monitor dalam ruangan itu.

"Saya harap awak cepat sedarkan diri, saya nak dengar dari mulut awak yang awak okay. Maafkan saya sebab gagal lindungi awak hari ini"

Tanpa dipintah encik Harraz menitiskan air mata lalu tertunduk sehingga titisannya terkena ke tanganku. Aku hendak bangun tapi begitu payah, telingaku saja yang dapat berfungsi setakat ini.

"Saya rasa bersyukur sangat awak dah selamat, tapi tolong cepat sedar. Saya tak boleh nak tengok keadaan awak macam ni"

Selepas melawat aku, encik Harraz keluar dari wad.

"Raz, macam mana Naura?"

"Dia selamat ma, dia lepas tahap kritikal. Cuma sekarang dia tidak sedarkan diri dan doktor tak dapat nak pastikan perkembangannya setakat ini"

"Syukur Naura selamat. Kita doa yang baik-baik saja dan serahkan kepada Allah"

"Ya ma"

"Kalau macam tu jomlah balik, esok Raz datang lagi lawat Naura. Mama sendiri risau dengan keadaan Raz sekarang ni, you need to rest also sayang"

Encik Harraz akur dengan kata-kata Datin Kartini, mereka berdua pulang ke rumah.

*****

Encik Harraz bertelekuh atas sejadahnya selepas usai solat Isyak. Dia menadah tangan lalu doa dipohon kepada Yang Maha Esa.

"Ya Allah, aku memohon kepadamu sembuhkanlah wanita yang aku sayangi, Naura. Berikanlah kesihatan kepadanya seperti sedia kala dan sedarkan dirinya dalam waktu terdekat ini. Aku sangat risaukan dirinya Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mahu rasa kehilangan sesiapa lagi. Izinkanlah aku untuk mengaku isi hatiku kepadanya, berikanlah aku kesempatan"

Encik Harraz berjeda.

"Sesungguhnya Engkau mengetahui isi hati setiap hamba-Mu, sesungguhnya kau mengetahui apa yang aku rasakan sekarang. Hanya pada-Mu aku meminta dan bantulah aku", tangan dibawa ke muka dengan ucapan amin.

Sejadah dilipat dan songkok diletak atas meja, kaki dibawa melangkah ke katil.

"Semoga awak cepat sedar Naura"

🌼🌼🌼
Hai guys sorry lambat sgt update😘
And yesss Naura selamat🥳

SUAMIKU ENCIK DUDA HOTWhere stories live. Discover now