BAB 5

3.1K 107 1
                                    

“Kenapa? Terkejut”

Aku mengangguk.

“Maaf, saya tak tahu CEO syarikat ni ialah encik”

“Its okay tak perlu minta maaf, masa interview hari tu saya ke luar negeri dan saya pula baru je tahu awak staf kat sini masa kita mula-mula jumpa kat lift”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“So nama saya Harraz Zhafran awak boleh panggil saya encik je or encik Audi”

Aku tertunduk, segan teruk ni!

Encik Harraz Zhafran ketawa.

“Saya gurau je lah, panggil je apa-apa ikut keselesaan awak. Soal kenapa awak saya minta untuk ditukarkan ke sini, jadi secretary saya sebabnya adalah saya…”

Aku menunggu bicara darinya.

“Sebabnya awak tak perlu tahulah dan saya tak ada niat jahat pun, saya just nak awak yang gantikan Syarul. So welcome to HZ Holding”

“Terima kasih encik”

“Okay now please be the best secretary for me dan saya harap kita akan dapat bekerjasamalah dengan baik”

“Baik encik. Insya-Allah”

“Saya rasa tu je lah setakat ini”

“Kalau macam tu, saya keluar dulu encik Harraz”

Encik Harraz mengangguk dengan senyuman.

Aku pula dengan paksanya membalas senyumannya itu dan keluar dari situ.

“Mimpi ke ni? Dia CEO kat sini? Ya Allah kebetulan apakah ini? Aku harap sangat dia tak ada rancangan jahat nak jadikan aku P.A dia ni”

*****

Aku pantas berdiri tanda hormat kepada encik Harraz yang baru saja keluar dari bilik pejabatnya.

“Naura awak tak keluar lunch ke?”

Aku mengerling jam tanganku. Tak sedar dah waktu rehat tengah hari.

“Sekejap lagi saya keluar encik”

“Lain kali jangan buat kerja sangat, tengok masa rehat then keluar makan. Makan untuk isi tenaga kat dalam badan, saya tak nak staf saya sakit”

“Baiklah encik Harraz”

“Good, I have to go bye. Jangan lupa pergi makan”

Aku hanya mengukirkan senyuman kemudia encik Harraz berlalu pergi.

Aku terdudu tersandar, patutlah rasa lapar dah waktu makan tengah hari rupanya.

Fail atas meja aku kemas, punat off pada komputer aku tekan dan handbag dalam laci aku capai.

Yeay nak pergi makan! Nampaknya hari ni aku makan sorang-soranglah kat luar, dulu ada Zizi atau Diana temankan sekali pergi makan. Kali ni back to basic makan sendiri.

Aku duduk menunggu pesanan makanan sampai sambil mengerling keadaan restoran itu, pertama kali aku datang sini.

Kepalaku atomatik menoleh melihat gerangan yang duduk di hadapanku.

“Encik Harraz? Encik buat apa kat sini?”

“Saya rindu dengar awak panggil saya encik Audi”

Aku diam.

“Saya nak makanlah buat apa lagi”

“Tapi…”

“Its okay Naura, relax and chill”

Eh encik Harraz ni, dia keluar awal tadi pergi mana? Ingat nak pergi makan.

“Bukan apa, saya tak nak staf lain nampak nanti dorang cakap yang bukan-bukan lagipun saya dan encik baru je kenal”

“Its normal thing bila bos dan secretary dia keluar berdua makan, awak kena biasakan diri. Lepas ni awak akan kerap ada dengan saya bila pergi meeting and after meeting perkara biasa untuk kita keluar makan berdua”

Yeke macam tu? Aku hanya mampu cakap dalam hati.

“Jangan risaulah, tiada siapa yang berani cakap bukan-bukan”, kata encik Harraz lalu membelek buku menu dan memesan makanan.

Aku hanya diamkan diri dan kemudian makanan yang aku pesan sampai.

“Kenapa tak makan lagi?”, soalnya.

“Errr saya tak selesa makan sorang dan orang dimeja yang sama tak makan dan tengok saya je”

Encik Harraz tersenyum.

“Its okay, makanlah. Saya tak tengok awak pun makan”, katanya lalu menghadap telefon bimbit.

Aku pula mencapai sudu dan garfu setelah membaca doa makan dalam hati. Sesudu nasi goreng cina aku suapkan ke dalam mulut dan mengunyahnya perlahan.

Tidak lama kemudian, makanan encik Harraz pesan pun sampai. Kami berdua makan tanpa sebarang bicara, melayan makanan masing-masing.

“Sebelum ni awak kerja kat mana?”, soal Harraz memecahkan kesunyian antara kami.

Aku memandang dia seketika.

“Sebelum ni saya kerja kat satu company ni, Mus and Wong Sdn Bhd”

“Oh, saya kenal owners company tu juga encik Mustafa dan encik Wong. Kenapa awak berhenti kerja kat sana?”

“Sebab saya nak cari pengalaman lain kat syarikat lain”, alasanku.

Encik Harraz mengangguk tanda faham.

“Saya nak tanya encik boleh?”

“Tanya je. Apa dia?”

“Mula-mula kita terserempak kat lift syarikat kenapa encik tak terus terang yang encik CEO bukannya staf kat marketing department”

Encik Harraz ketawa.

“Maaf sebab bohong awak, saya saja je tak nak bagitahu yang saya CEO kat situ”

“Tapi kenapa? Tak salahkan?”

“Sebab saya tak suka perkenalkan diri saya kat orang lain as a CEO, biar mereka tahu sendiri kecuali saya akan perkenalkan diri dalam meeting bussines untuk syarikat”

Aku terangguk-angguk.

Bagus juga encik Audi ni, kiranya dia jenis yang tak suka menunjuk pangkat dan darjatnya.

Selepas makan aku meminta bil makanan.

“Its okay saya bayar sekali”

“Tak apa encik Harraz”, kataku lalu mencapai duit dalam purse tapi encik Harraz pantas menuju ke kaunter dan membayar makanan kami.

Aku pula mengeluh lalu menunggu dia di luar restoran.

“Nah saya bayar balik”

“Apa ni Naura?”

Encik Harraz ketawa lalu memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar dan memandang aku.

“Saya tak biasalah macam ni encik Harraz”

“Awak ni Naura, semua benda awak tak biasa tak selesa. Tapi saya suka wanita macam tu, its okay hari ni saya belanja but next time awak kena belanja saya”

Aku hanya menurut.

“Kalau macam tu terima kasih encik Harraz. Encik Harraz terus balik office ke?”

“You’re welcome beauty. Yes saya terus balik office, awak drive kereta sendiri ke hari ni? Kalau tak jomlah sekali”

“Saya bawa kereta sendiri, so jumpa saja kat office. Saya pergi dulu encik”

“Okay drive safe jangan langgar kereta orang lain sudah”

Aku tersenyum kecil lalu meminta diri untuk kembali ke pejabat.

🌼🌼🌼
Hah for those yg teka bos Naura tu ialah encik Audi its correct! 🤣 tak jadi nak suprisekan korg HEHEHE. But its okay hrp korg enjoy baca❤ dan banyak bab yg menarik antara Naura dan encik Audia dia tu lepas ni, tunggu tau🥰

SUAMIKU ENCIK DUDA HOTWhere stories live. Discover now